Pages

Monday, April 23, 2012

Q & A

Q: KEPALA otak aku ni dah 'ting tong' sejak dua minggu lepas. Macam mana nak settle ya?
A: Ala.. relax lah. Nak 'ting tong' kan kenapa? Pasal kerja? Apa, dalam dunia ni kau seorang aje ada kerja? Orang lain goyang kaki ya? Siapa suruh kau tak pandai manage kerja? Work smart la geng.. Apa pun, take things one by one, ok? Cheer up.. :)

Q: Kalau aku dah tak mau fikir apa-apa.. pasal apa-apa.. boleh tak?
A: Ok aje. Dah otak kau.. fikiran kau.. lantak kau lah nak fikir ke tak. Ada aku kisah?

Q: Kalau aku buat 'dek' aje untuk semua perkara yang terletak atas 'batu jemala' aku ni, ok tak?
A: Hei! Mana boleh. Ooo.. kau nak lari dari tanggungjawab ya? Tak bagus la sikap macam tu. Amanah tu.. Tak baik tau. :(

Q: Kalau aku nak 'pejam mata' pada sesuatu perkara yang aku rasa tak betul, boleh tak?
A: Yang tu tak boleh. Itu tanggungjawab kau untuk membetulkan mana-mana yang kau rasa tak betul. Tak kisah siapa pun yang buat salah. Kau kena tegur. Cubit paha kiri, paha kanan terasa.

Q: Argghh!! Payah la nak cakap dengan orang pandai-pandai ni. Macam mana nak cakap? Kalau aku cakap, mereka nak dengar ke?
A: Ala, kau cakap aje. Samada mereka nak dengar atau tidak, tanggungjawab kau dah habis. Tapi cakap dengan berhemah lah. Kena ada fakta. Jangan main cakap tapi kosong.

Q: Kalau aku nak jerit kuat-kuat, boleh tak?
A: Boleh. Kau jerit aje kuat-kuat tapi tutup mulut kau dengan bantal. Orang lain tak dengar. Nanti jiran sebelah ingat kau 'tak sihat'. Ngeeee

Q: Kalau aku telan aje semua hal yang orang lain cakap pasal aku, boleh tak?
A: Hmm.. telan aje selagi kau boleh telan. Kalau rasa nak vomit, cepat-cepat masuk toilet.

Q: Kalau aku nak sembur balik pada orang yang cakap pasal aku, ok tak? 
A: Kau pun dah jadi macam dia. Kenapa nak samakan diri kau dengan dia? Biar aje. Dah penat nanti dia berhenti lah tu.

Penjejak Mimpi: Aku tak lurus tapi aku jugak tak bengkok..

0 comments: