Pages

Thursday, March 23, 2017

Dia Yang Gembira


ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi.

Cerita sebentar tadi. Panas-panas. Segar dari ladang lagi.

Masa nak menyeberang jalan ke pejabat tadi, aku disapa dengan ucapan 'selamat pagi' oleh seseorang di atas motor. Dia mengucapkan sambil tersenyum.

Reaksi aku? Sedikit terkejut. Aku membalas dengan cara mengangguk sambil tersenyum memandang si pemberi ucapan yang terus berlalu. Serius, aku tak kenal dia. Hehe..

Secara automatik ucapan dari dia telah menyebabkan hati aku sedikit cool. Haha.. lihat.. betapa magisnya ucapan beserta senyuman kepada emosi kita. Dari rasa marah.. dah jadi tak marah. Dari rasa tak best.. terus jadi best.

Penjejak Mimpi: Muga rasa best tu selama-lamanya jadi best. At least sampai projek 'Y' tu tender. Inshaa Allah.

1 comments:

Muslimah Optimis said...

Alhamdulillah, rasa positif kan. Jadi bolehlah kita sebarkan rasa positif tu kepada orang lain pulak kan.