Pages

Monday, September 7, 2015

Cukup Dua Minggu

MASUK hari ini bermakna cukup dua minggu projek berhantu aku tu masuk tender. Alhamdulillah syukur walaupun pada hari nak tender tu pun... masih berlaku perkara-perkara yang sungguh membencikan tapi ya... segalanya sudah berakhir.. alhamdulillah..

Cukup dua minggu untuk aku berasa bebas dari memikirkan pasal projek walau tidak bebas sepenuhnya. Dalam masa dua minggu ini; aku hanya membereskan kerja-kerja lain yang pending; update rekod itu dan ini.. meminitkan surat itu dan ini.. mengemaskini itu dan ini dan lain-lain. Ermm.. boleh dikatakan kerja-kerja yang agak 'ringan' yang tak perlu aku fikir sampai nak pecah kepala aku yang memang dah keras sejak azali ini. Haha..

Makanya hari ini.. setelah 'berehat' selama dua minggu.. aku akan start balik kerja-kerja hakiki aku dengan dua projek yang sebenarnya dah lama kat tangan. Satu projek baru dan satu lagi projek lama. IB duk asyik tanya pasal dua projek tu.. hmm.. kadang-kadang tak faham aku.. projek tu nak kena settle.. projek ni nak kena settle.. mana satu nak kena buat nih?? Pening betul..

Cukup dua minggu.. hari ni aku dah nak kena start fokus pada projek-projek tu. So nak pecah kepala ke.. nak tension ke.. start hari ini lah.. haha..

Penjejak Mimpi: Apa-apa pun.. kena slow and steady... :)

2 comments:

MYiDEAKiNi [dot] com said...

Assalamualaikum Blog Bicara Seorang Aku...

Sudah lama MYiDEAKiNi tak datang jenguk blog sini...
Just nak bagi tau minta tepek balik link sijil review khas dari MYiDEAKiNi yer...

http://www.myideakini.com/2012/12/review-tak-ku-sangka-akhirnya.html

CIK TOM said...

Assalamualaikum wbh..lamanya tak jenguk ke sini...

ciktom pun setahun menghilang kat dunia blog..ni br bt comeback bln lepas..hehe...

smoga PM sihat2 selalu :)