Pages

Thursday, February 12, 2015

Kembali Menulis..

Songlap gambar ni kat Google. :)
ASSALAMUALAIKUM wbh pembuka kata untuk bicara yang telah lama terhenti.. Hehe.. Terhenti la sangat.. Hmmm.. lama betul tak menaip something kat blog ni. Macam biasa.. alasan tipikal.. "ada idea nak menulis tapi masa tu tak mengizinkan".. takpun "bila free sikit.. takde idea".. atau "mood ke laut bila letih".. takpun alasan ini: "kerja berlambak-lambak lately".. bla.. bla.. bla..

Ni pun sebenarnya sedang buat drawing tapi memandangkan mood tu dah agak kurang so aku ambil kesempatan untuk menaip. Otak dah tepu bila asyik mengadap autoCad aja dari pagi tadi. Huhuhu..

Sekarang ni aku sedang sibuk untuk satu projek di Pahang. Mahkamah Syariah.. dah lama projek ni kat tangan aku.. since tahun lepas lagi.. tapi progress amatlah perlahan. Err.. ni aku cerita progress aku menyiapkan drawing projek ni lah.. Mula-mula drawing arkitek tak final.. ada changes di sana-sini.. lepas tu kami yang bertugas di bangunan Mid Valley nak bersiap sedia untuk berpindah ke bangunan KKR2 pula.. so bertambah sibuklah aku.. mana nak pack barangnya.. dengan meeting yang tak habis-habis pasal urusan perpindahan.. ye lah.. aku kan penolong pegawai aset dan pegawai rekod.. so secara automatiknya jadi AJK Perpindahan.. tak cukup dengan tu.. aku kena chicken pox pula! Ayoyo.. dah tua bangka baru nak kena chicken pox ka? Ya.. itulah nasib aku.. mc 2 minggu.. dah tertangguh lagi kerja aku tu.. Tu tak kira dengan out-stationnya lagi.. masuk ofis kerja sedia ada kena juga settlekan.. kan? Takde orang lain yang akan settlekan untuk aku. Huhu...

Bila masuk ofis lepas mc.. ada pula projek lain yang aku kena settlekan.. time tu tak pindah lagi.. dah sibukkan projek tu pulak.. padahal boleh je minta orang lain settlekan. Ala.. ciput je changesnya tapi entah kenapa.. nak kena tunggu aku jugak untuk settlekan benda tu.. Letih.. letih...

Dan sekarang.. aku masih lagi di peringkat design untuk projek mahkamah syariah tu. Dah 'bergerak' sedikit progressnya tapi masih tak boleh nak 'speed up' gara-gara drawing arkitek tak final lagi. Hmm.. kata nak tender hujung bulan Mac ni tapi drawing arkitek tak final lagi. Boleh tak?? Hehe.. nak buat macam mana.. aku buat juga mana yang ada.. mana yang boleh..

Hmm... harap-harap lepas ni everything will goes smoothly la hendaknya.. dah tak larat nak mengadap drawing yang sama.. projek yang sama.. seingat aku.. projek ni lah yang betul-betul 'mencabar'.. mencabar dari segi masa dan kesabaran aku sendiri.. 

Aku tak salahkan sesiapa dalam soal ni.. Tapi aku salahkan diri aku sendiri. Sebabnya aku yang tak reti nak manage masa dan kerja aku. Dari awal lagi tapi yelah.. kalau kerja dah menderu-deru datang.. macam mana nak elak.. macam mana nak tepis? Ye tak? Aku belum lagi belajar macam mana nak tepis dan elak kerja yang mendatang.. aku belum lagi belajar macam mana nak kuntau kerja mendatang supaya kerja tu akhirnya orang lain yang kena settlekan. Haha!

Cit!! Mesti arwah abah aku marah kalau dia tau niat 'kureng asam' aku tu kan? Haha.. takdelah..aku cakap jer.. tapi tak buat pun..  mulut tu memang bising la.. pot pet pot pet.. menjawab juga dengan engineer.. haha.. nasib lah sesiapa dapat staf macam aku ni; kaki melawan dan banyak menjawab! Standard la tu.. tension kan.. so dengan 'menjawab' dapat mereleasekan tension aku.. Haha! Ada ke?

Apa-apa pun.. life goes on.. nak tak nak aku kena buat juga.. kena sematkan dalam diri ini: "cari keberkatan dalam setiap sen gaji yang dapat setiap bulan tu".  Cool dan maintain senyum sepanjang masa.. boleh ke nak senyum tu? Silap-silap orang kata gila pulak! Yang penting.. work smart. Betul tak?

Ok.. nanti sambung....

PENJEJAK MIMPI: Relax and cool.. janji kerja siap on time.. inshaa Allah.. :)

2 comments:

Kakzakie said...

Kerja mana ada yg boleh habis PM. Sampai office buat kerja sampai petang balik pun kerja tak siap lagi. Esok sambung-sambung-sambung sentiasa tak habis-habis.. agak-agak kalau habis apa kita nak buat?

Company tutup kot hihi..

Penjejak Mimpi said...

Kakzakie: Kalu private company... tutup kot... tapi kalu yang kerja gov. ni... tak tutup kot.. hehe..