Pages

Tuesday, February 24, 2015

Bila Dah Penat..

CUTI Tahun Baru Cina minggu lepas aku ambil kesempatan balik ke kampung. Tumpang kereta adik aku. Bersendat-sendatan lah kami sepanjang perjalanan ke Ipoh dan balik ke KL. Time nak menuju ke Ipoh ok jer.. perjalanan smooth sebab kami bertolak pagi Khamis.

Balik ke KL hari Ahad. So bertolak tengah hari jam 12pm dan sampai ke Rawang jam 7.30pm. Memang jammed giler! Bayangkan lah.. jam 4pm kami masih di Kampar! 

Dengan jammednyer.. dah lah kereta tu dah penuh.. anak-anak buah aku lak dibantainya bergaduh.. terjerit-jerit yag suka menjerit.. yang suka menyakat... menyakatlah pulak.. pening kepala aku ni. Sampai aku dah malas nak marah. Lantak koranglah nak bergaduh ke apa..

Adik ipar dropkan aku kat Stesen Komuter Rawang. So lepas menunggu dalam 20 minit tren pun muncul. Terus aku naik komuter dan estimate dalam jam 9pm aku akan sampai ke Stesen LRT Chan Sow Lin. 

Komuter bergerak dengan kelajuan sederhana. Tren baru dan penumpang tak ramai so air-cond yang dingin dapat menghilangkan rasa penat kerana masa travel yang panjang sebelum itu.

Hampir sampai ke laluan Salak Selatan.. satu stesen lagi untuk sampai ke Stesen Bandar Tasik Selatan.. pengumuman: "tren ini akan meneruskan perjalanan ke Teluk Gadong" (laluan Pelabuhan Kelang). Tengok kat skrin pun tertera: "Next station Teluk Gadong" so aku yang blur-blur ayam ni terus ambil keputusan untuk keluar bila dah sampai ke stesen Salak Selatan. Tak ramai yang keluar... yang keluar pun terus menuju ke pintu keluar dan aku???

Duduk.. menanti kedatangan tren seterusnya sambil berfikir... berfikir... berfikir... "kenapa tren ni terus menuju ke laluan Bandar Tasik Selatan? Betul ke tren ni nak ke Teluk Gadong?"

Tiba-tiba barulah aku teringat.... "kalau betul tren tu nak menuju ke laluan Pelabuhan Kelang, mestilah dia dah tukar arah perjalanan di KL Sentral tadi!! Tren tu memang menuju terus ke laluan Sg Gadut lah!!" Aiya!!! Aku ni dah macam orang first time naik tren.. blur!!!!

Hmmmm... apa nak buat.. terpaksalah aku menunggu kedatangan tren seterusnya. Tak lama menunggu.. Bila tren sampai, aku naik untuk menuju ke laluan Bandar Tasik Selatan dan di sana aku ambil lrt ke Chan Sow Lin pula untuk balik ke rumah.

Bila ingat-ingat balik.. memang kelakar... Macam mana aku tak boleh terfikir pasal semua tu? Hehe.. pengalaman...

Moral of the story: Always be cool.. penat pun penatlah.. yang penting... maintain cool.. :)

Penjejak Mimpi: Nasib baik aku memang dah apply cuti esoknya so boleh rehat kat rumah.. yippi!!

2 comments:

nohas said...

teruknya jam..balik hari Sabtu pun jam jg, tapi masih OK..dari kuale kul 2.30pm, sampai KL kul 8.00mlm..

Penjejak Mimpi said...

Nohas: Tu lah.. penat.. penat.. dan penat.. :(