Pages

Tuesday, May 20, 2014

Kisah Berkursus dan Ole-Ole dari Korea

BULAN April yang lalu aku ada attend kursus Rekabentuk Sistem Lampu Jalan di Menara PJD. Yang mengajarnya ialah salah seorang member lama. Aku kenal dia sejak ofis kami di Jalan Sultan Salahuddin tu lagi. Dan sekarang, dia dah berpindah ke cawangan lain di Menara PJD tu. Siapa dia? Biarlah rahsia.. wakaka..

Tiga hari berkursus dengan topik yang agak baru pada aku. Hehe.. selama ni manalah pernah aku design lampu jalan.. so aku rasa macam agak stress jugak la kan.. dah lah kena buat assignment group.. lepas tu kena present kat depan lagi.. tapi demi ilmu.. redah ajelah.. kasi pecah.. Hehehe.. Tapi serius.. memang menarik belajar pasal design lampu jalan. Siapa yang dapat peluang tapi tak pergi.. rugi.

So selama berkursus tu, apabila ada peluang aku akan bersembang dengan dia. Macam-macam yang kami bualkan sampailah cerita dia bercuti ke Korea sebelum tu. Awal April kot.. dan macam yang dijanjikan.. ada ole-ole untuk aku. Yes! memang itu yang aku nantikan.. Hehehe..Okay.. ole-ole dah dapat... tapi....
Ni lah ole-ole nya. Bookmark.. Aku suka.. aku suka.. :)
"Wehh!! mana won Korea? Takkan ko dah habiskan semua kot kat sana?"
"Ada lagi balance. Nanti aku tengok kat rumah.."
"Hah! Esok jangan lupa bawak. Tak kisah berapa pun nilai dia, aku nak.."
"Wokey.. Aku kena cari dulu. Entah mana aku letak. Hehe.."

Esoknya.. dia bawak won Korea untuk aku. Tapi ini aku tukar dengan RM la. Ikut tukaran semasa. So dengan 66 ribu won Korea convert ke duit kita kurang lebih dalam RM200. Harga kawan-kawan katanya. Hmmm... puas hati aku. (tapi kalau mak tau perbuatan nakalku ini.. sah-sah ayat dia: "huh! membazir je lah kau ni. Kalau duit kita, bagus jugak. Boleh digunakan.." sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.).

Hobi baru aku ialah kumpul matawang asing samada duit kertas dan syiling. Memang perlukan modal yang banyak tapi slow-slow lah.. Hobi mengumpul stem masih on lagi, ok?
Nilah rupanya won Korea...
Bila tengok 'rapatnya' aku dan member si pengajar tu.. terkeluar pulak soalan dari geng sama kursus dengan aku: "dah lama ke kenal dengan dia?" "macam mana boleh rapat dengan dia?" Jawapan aku: "tak lah lama sangat. Sejak kat ofis lama lagi. Kenapa? Nampak macam rapat ya?". Geng aku hanya mengangguk.. Dan aku? Senyum ajelah.. nak buat apa lagi? 

Aku nak cakap ni aje: Dah orang baik dengan kita.. kita pun baik dengan orang.. jadilah macam tu.. bila berkawan yang penting jangan hipokrit. Aku ni jenis straight to the point. Nak berdrama-drama.. atau nak bersinetron bagai.. sorry... aku takde masa..

Penjejak Mimpi: Aku memang harsh! So what? Ada masalah? Lebih baik macam ni dari hidup terus berpura-pura....

1 comments:

Kakzakie said...

Kakak dulu kumpul syiling negara asing juga Sue tapi sekarang stamp aje yg masih on.

Duit tak mampulah dulu tu agaknya terhenti masa kakak form 5.