BUKANKAH ada kata-kata ini: "Sahabat yang baik ialah sahabat yang tidak berubah-ubah meskipun zaman berubah-ubah". Tapi tertanya juga aku: "benarkah ada sahabat yang tidak berubah sejak dari mula kita kenal hingga ke saat ini?"
Sedikit perkongsian pesanan Saidina Ali berkenaan sahabat. Moga bermanfaat.
“Yang pertama, jangan sekali-kali engkau berkawan dengan orang bodoh, kerana jika dia ingin menguntungkanmu ternyata dia akan mencelakanmu. Kedua,
jangan bersahabat dengan penipu kerana dia akan mendekatkanmu sesuatu
yang engkau jauhi dan menjauhkan sesuatu yang engkau dekati. Ketiga, jangan bergaul dengan seorang yang kedekut kerana dia akan menahan segala yang engkau perlukan. Terakhir, jangan jadikan penderhaka sebagai rakanmu kerana dia akan menjualmu dengan harga yang sangat murah!”
Moga kita tidak tersalah mencari sahabat dan moga kita sendiri mampu untuk menjadi sahabat kepada orang lain, insya Allah.
Moga kita tidak tersalah mencari sahabat dan moga kita sendiri mampu untuk menjadi sahabat kepada orang lain, insya Allah.
Penjejak Mimpi: Kawan ketawa ramai... kawan menangis?
