Pages

Showing posts with label Makan-Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-Makan. Show all posts

Sunday, May 31, 2015

"Dia ingat kita tak mampu ke?"

ISNIN lepas aku dan kawan seperjalananku ke Sogo lepas balik kerja. Teringin nak makan sesuatu yang sedap dan agak mahal. Keputusan dibuat untuk ke Manhattan Fish Market. Erk! mahalkah makan di sana? Hehe..

Kami sampai di restoran tersebut dan terus mencari tempat duduk. Orang tak berapa ramai so kami buat keputusan untuk duduk di meja yang selalu (selalu?) kami duduk kalau singgah makan di sini. 

Tangan dilambai untuk memanggil waiter/waitress selepas dah buat keputusan untuk memesan jenis-jenis makanan dan minuman yang diinginkan. Ada diskaun untuk beberapa jenis menu so kami buat keputusan untuk mengorder dory fish and chips 2 set, tortilla chips 1 set, banana fish fingers 1 set dan aiskrim apentah 1 set. Minuman pula aku pilih black coffee dan kawan aku memilih espresso. Yang set dory fish and chips tu ada diskaun dari harga RM18 lebih (kalau tak silap) jadi RM6.90, tortilla chips dan banana fish tu harga asal tak ingat tapi lepas diskaun jadi RM3.90 setiap satu.

Tak lama kemudian, waiter yang bernama S****** datang. Muka yang pernah melayan kami sebelum ni. So aku dengan yakin mula memesan order..

AKU: "OK dik, kami nak pesan dory fish and chips ni 2 set.. lepas tu yang tortilla ni dengan yang banana fish ni 1 set" (sambil tunjuk kat menu).

WAITER: "Eh kak, mana boleh macam tu. Kalau macam tu haiiii... bangkrap la kami!"

AKU: .......

AKU: "Okay, kalau macam tu cuba bagitau macam mana? Bukan ada diskaun ke?"

WAITER: "Memang ada diskaun."

AKU: "Habis tu?  Tak boleh order ke yang ni?" (sambil tunjuk kat menu part side dishes)

WAITER: "Akak, kalau akak nak order yang ni (sambil tunjuk gambar banana fish kat menu) 10 ke.. 100 ke.. boleh je.. tapi setiap satu ni dengan harga RM3.90. Bukan semua ni dengan 1 harga.."

AKU: "Ler.. betul la apa yang kami order ni, kan?" (aku cakap sambil pandang kawan aku. Minah ni pulak bukan nak menambah apa-apa yang patut. Duk mengangguk je..)

AKU: "Kami tau setiap satu ni dengan harga RM3.90. bla.. bla.. bla...

Lepas mamat tu berlalu kawan aku tu baru nak bersuara: "hei, dia ingat kita tak mampu ke?". Aku pula menambah: "apa, dia ingat kita ni bodoh tak faham ke? Ingat kita pilih makanan ada diskaun ingat kita takde duit?". bla.. bla.. bla...

Bila dia datang hantar makanan.. serius kami tak pandang muka dia pun. Ada dia cakap pada kawan aku tu: "minum espresso ni 3 hari tak tidur" konon nak cover kesilapan dia sebelum tu dengan cuba berbual tapi serius kami buat dek aje.

Lepas makan, bayar dan kami terus berlalu dari situ. Lepas ni kalau datang lagi makan kat situ dan dia yang datang ambil order.. memang aku nak cakap: "i tak nak u yang ambil order. Tolong panggil waiter lain..". Nampak macam berlagak? Aku customer kan? Aku ada duit, kan? So ada apa hal?

Ini makanan aku; Dory Fish & Chips. Sedap... :)
Dory Fish & Chips, Tortilla Chips, aiskrim dan Banana Fish Fingers. Snap dulu pic sebelum makan.. :)
Penjejak Mimpi: Rindu dengan Mid Valley.. :(

Friday, November 1, 2013

Kalau Dah Hantu Durian..

SABTU lepas aku ada beli durian crepe kat KL Sentral. 4 ketul RM12. Agak gebu rupanya. Nyum.. nyum.. tak sabar nak makan. Nak naik lrt PUTRA aku simpan dalam beg. Buatnya kena sound dengan orang RAPID pasal bau durian tu nanti tak pasal-pasal aja. Jatuhlah imej aku sebagai 'wanita ayu'. Ahakz! *sila vomit siapa yang nak vomit*. Sampai kat rumah kan.. huhu.. pecah crepe aku tu. Yelah.. dah masuk dalam beg.. beg sandang (bag pack) pulak.. tau-tau ajalah.. Sedih betul aku.. Disebabkan sedih; dalam masa 2 hari habis 4 ketul aku balun! Heh heh heh...

Dan kelmarin, masa aku melalui 'jambatan bodoh' kat stesen lrt STAR Bandaraya tu, ada orang jual durian crepe. Mula-mula aku terus jalan.. lepas tu patah balik bila tengok rupa-rupanya budak perempuan tu jual durian crepe kegemaran aku. Hehe... beli lagi. Kali ni 6 ketul RM10. Dah rasa.. sedap woooo... lagi sedap dari yang dibeli kat KL Sentral tu. Kena pula makan yang baru dikeluarkan dari peti ais.. perghh!! menancap sedapnya.. hingga menjilat jari.. Kih kih kih..
Durian crepe yang aku beli kat lrt STAR Bandaraya. Gebu tak? Gebu kan? Kan?
Yang ni durian crepe yang aku beli kat KL Sentral. Gambar ni anak buah aku wasap. Kebetulan dia pun beli juga. Yang aku punya kan dah pecah? Tak senonoh untuk dipaparkan di khalayak..  Haha.. *ayat poyo*
Penjejak Mimpi: Kalau dulu time arwah abah ada.. musim durian.. kebetulan aku balik kampung.. dia mesti ajak aku beli durian. Ayat abah: "cari durian, kita?". Arwah abah memang tahu aku hantu durian..

Thursday, August 29, 2013

Makan-Makan di Bulan Syawal - Part 2

SEMALAM ada jamuan raya di peringkat Cawangan Kejuruteraan Elektrrik. Setiap unit dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang akhirnya akan membentuk 4 stesen yang menghidangkan juadah raya. Grup aku bergabung dengan BPR 'A' dan BPR 'Projek Khas'. So petang Selasa tu bermulalah aktiviti mengemas dan menghias stesen masing-masing. Oleh kerana aku memang 'fail' dalam menghias-hias bagai ni so aku banyak berdiri macam tugu aja kat situ. Lagipun aku kan tak berapa sihat lagi. *alasan tu boleh terima tak?*

Stesen kami menghidangkan juadah utama iaitu nasi dagang. Ada makanan lain seperti satay (makanan wajib, dowh), lemang, rendang daging dan rendang ayam. Air pula ialah air 'sour plum'. Perghh!! sedap giler air ni. Aku yang batuk tak ok lagi ni pun asyik mengulang minum bercawan-cawan. Nasib baik takda doktor disamping. Hehe..

Pada jamuan raya hari tu, ada juga pertandingan stesen tercantik dan pakaian tercantik. Stesen kami dapat tempat kedua. Tahun lepas kami dapat juara. Huhuhu... Pemenang pakaian tercantik untuk wanita dimenangi oleh Nisha staf BPR 'E' dan pemenang lelaki pula ialah Encik Isa dari unit ICT. 

Jamuan kali ni terus terang aku tak berapa nak ada di stesen kami tu. Aku banyak merayap ke stesen orang lain. Nak kata aku duk asyik makan je tak juga. Aku hanya makan satay kat stesen sendiri lepas tu merasa laksa kat stesen 3 (BPR 'C', BPR 'E' dan Unit Akustik) dan lepas tu rojak Singapore kat stesen 1 (BPR 'B' dan BPR 'D2'). Ada la aku duk makan kuih-muih sikit-sikit. Selebihnya hanya bersembang dengan kawan-kawan. 'Partner' aku takda so aku agak malas nak menunggu kat stesen tu. *cukuplah cik PM oi. Jangan asyik nak bagi alasan lagi. Dah dasar pemalas!!*

Macam biasa.. sembang kuat pun tak guna so layan aja lah gambar yang sempat aku snap. Enjoice..

Inilah stesen kami lepas dihias bagai. Makanan menanti untuk di'ngap' aja tu.. Hehehe..
"Ishk ishk ishk.. anak siapalah tu ya.. Sihat anak mak ya.."
Model-model tidak berbayar sedang berposing dengan diapit oleh YDP Agung dan Permaisuri Agung
Mak-mak dara dan anak dara pingitan sedang berposing bagai.. :)
Salah satu stesen yang aku singgah.. Haa.. stesen ni ada laksa dan bihun sup. Laksa dia sedap ooo... *pujian dari hantu laksa..*
Aku dengan ex-housemate. Import dari Trengganu tu. Hehe.. Kebetulan dia ada meeting/kursus kat KL so dia singgah la ke CKE ni. "Nyah, bile mak buleh rase naik kete baru mung?"
Kami bertiga pernah duduk serumah satu ketika dulu. Umai ntah kemana. Penat aku mencari. Rupanya dia dah turun. Kalau tidak caption gambar ni tertulis: "Kami berempat pernah duduk serumah satu ketika dulu".

Jadual makan-makan di bulan Syawal minggu ini dan minggu depan:
i. Esok iaitu Jumaat 30hb Ogos - tiada makan-makan free. Nak makan sila ke kantin DBKL atau pun ke restoran makanan segera yang bersepah kat Mid Valley tu..

ii. Isnin 2hb Sept - Unit BPKS, Unit ICT, UKKTE & UKTK

iii. Selasa 3hb Sept - BPR 'D2', BPR 'E' dan Unit Akustik

Nota: Mentang-mentang puasa sebulan so raya pun sebulan lah ya? Ishk.. ishk.. ishk.. lepas makan bagai nak rak sila timbang berat badan anda semua ya..

Penjejak Mimpi: Teringat kata doktor hari tu pasal berat badan aku: "ada turun sikit tapi tiada signifikan". Doc, what do you mean by "no significant?"

Makan-Makan di Bulan Syawal

PADA 26hb yang lalu iaitu hari Isnin baru-baru ini, Level 9 ada buat jamuan 'open office'. Level 9 yang dimaksudkan ialah grup BPR 'A', BPR 'B', BPR 'D1' (unit aku lah tu) dan BPR 'Projek Khas'. Keempat-empat unit ini seperti tahun lepas telah bergabung untuk membuat jamuan raya dan untuk makluman, kami adalah kumpulan pertama yang membuat jamuan sempena sambutan raya selain unit BPR 'C' di Level 7.

Jamuan kami bermula pada jam 11.30am tapi macam biasa tuan rumah mesti merasmikan juadah yang tersedia. Tak gitu? Juadah kami kali ini ialah nasi kerabu, spageti, ketupat palas, ketupat nasi, rendang daging, sandwich, satay, bubur jagung, keropok, tembikai  dan air teh panas dan soda bandung. Yang bestnya ialah kesemua juadah tu kami sediakan sendiri. Takda catering-catering nya der.. Hehe..

Seronok tu memanglah seronok sebab boleh dikatakan kebanyakan tetamu yang datang akan menuju terus ke unit kami sebabnya unit kami dekat dengan pintu. Masuk-masuk ja pandang kanan terus jumpa unit BPR 'D1'. Tapi rasanya ramai yang tak muncul kali ini sebab ada yang kena pergi kursus, out-station, meeting dan lain-lain. Ni aku cakap unit lain la.. unit aku hampir semua ada.

Memula aku dengan beberapa orang 'geng bas sekolah' buat 'lawatan tapak dulu' iaitu pergi ke setiap unit dan menjamu mata dan merasa sikit makanan diorang. Ala-ala QC la pulak, kan.. rasa sikit mana yang berkenan.. lepas tu pergi unit lain.. rasa sikit.. lepas tu pergi unit satu lagi.. hiiii... buruk kan perangai kami? Haha..

Bila jamuan bermula.. semua sibuk melayan tetamu yang ada.. bila orang dah kurang sikit turn kami pula beraya. Kami beraya ke grup BPR 'B' mula-mula.. lepas tu grup BPR 'A'.. ke grup BPR 'Projek Khas' dan lepas tu terus turun ke grup BPR 'C' kat Level 7.

Lenguh dah jari jemari 'mulus'  aku ni menaip. *sila jangan vomit. Sembang kuat pun tak guna so korang layan je lah gambar yang sempat aku snap ni. Enjoice..

Silalah menjamu mata semua.. Yang bertudung bagai tu ialah nasi kerabu dan sebelahnya tu ialah bumbu untuk nasi kerabu. Hmm.. tak terfikir lak aku nak buka penutup tray masa snap gambar.. :(
Ayam goreng ada.. kuah tumis untuk nasi kerabu.. spageti (yang bertutup dengan daun pisang).. tapai pulut ada.. silalah semua... jangan malu-malu.. Haha..
Sandwich dan deretan kuih raya..
Lagi jamuan kami dari sudut yang berbeza; tembikai.. rendang daging.. ketupat...
Jejaka idaman Malaya sedang membancuh soda bandung.. "Selamat Pengantin Baru" ye John.. Haha..
Poster ni kat belakang workstation aku sebenarnya. Makin hari terasa semakin berat bahu aku dengan 'janji manismu' itu. Huhu...
Gaya seorang 'selebriti' suam-suam kuku. Diambil secara candid oleh 'mamarazzi'. Hmm.. dah tau aku ni pemalu sejak dalam perut masih lagi nak ambil gambar aku...
Time buat 'lawatan tapak' ke grup BPR B. Aku mencari air panas sebenarnya sebelum tu. Nasib baik kat grup ni ada teh O. Dapat juga 'melampias'kan rasa kepingin aku tu.. :)
Me and my IB. 2-2 mencari air. Macam kat unit sendiri takda air... Haha..
Geng bas sekolah :)
Cik PM (dengan gaya yang tak lapuk dek hujan.. tak lekang dek panas).. Puan Azira.. dan Puan Chong
Hmmm... semuanya thumbs up bagai.. Masa ni masih kat grup BPR 'B'. Geng bas sekolah bergaya ala-ala selebriti dengan Puan Fauziah (Cyah); orang kuat grup ni. Kalau takda Cyah.. hmmm.. tak jalan lah jamuan kat grup tu tau? "Err.. Cyah, jom minum-minum kat KL Sentral?" Haha..
Antara juadah grup BPR 'B'.
Pemandangan tetamu yang hadir memeriahkan suasana di unit aku
Tu dia Kak Ila.. 'ketua jamuan' BPR 'D1' sedang 'memantau' (nasib baik dia jarang giler skodeng blog merapu aku ni). Haha..
"Haa.. cedok Zura.. cedok.. jangan tak cedok kuah spageti tu.."
Tetamu dari grup BPR 'E' menyerang makanan.. :)
"Ambuih hang Kak Chaq.. abeh licin no...". Kak Chaq.. Ted.. Nisha.. Dari grup BPR 'E'
Tak tau nak ngarut apa lagi dah....
Otai unit rekabentuk; Pak Yen dan Kak Ila
Cik PM bergambar bersama geng 'Gagak Hitam' dari unit Akustik & ELV. Kelihatan Wiwi, Gel, Kak Intan dan Ecah. Aku menunggu diorang ni beraya barulah boleh aku merayap ke unit lain. Special guest lah katakan.. Hehe..

Apapun, alhamdulillah jamuan kami berlangsung dengan lancar sekali. Tidak ada rusuhan ataupun aksi tembak menembak gara-gara makanan dan minuman yang tidak mencukupi untuk tetamu. Hehe..

Penjejak Mimpi: My bestfriend tak datang pun jamuan hari tu. Sedikit sedih tapi in shaa Allah kami pasti bersua suatu hari nanti...

Tuesday, August 6, 2013

"Cik Puan Fadli.. Timo Kaseh Yo.." :)

Ni lah rupanya Sherperd Pie buatan aku. Yang nampak coklat-coklat tu ialah intinya. Mashed potato tak cukup la pulak! So aku cover dengan cheese. Hasilnya? My pie a bit salty!! Huhu..
Entah bila entah aku tengok rancangan masakan "The Boss" (Bruce Lim) kat Astro. Dalam rancangan tu, dia tunjukkan macam mana nak buat Sherperd Pie atau kadang-kadang dipanggil Cottage Pie. Bila tengok tu macam senang ja lantas hati aku berkata: "alah, macam ni aku pun boleh buat". Tapi memandangkan aku terlalu 'rajin' so angan-angan tinggal angan-angan. Haha..

Lepas tu masa aku berblogwalking ke blog kawan-kawan, aku terbaca pula entri INI so aku kembali bersemangat nak buat. Then last week aku pun belilah barang keperluannya. Actually since last two week lagi nak buat tapi memandangkan aku ada plan LAIN, so Sabtu lepas barulah aku buat pai tu.

Sedap ke pai tu? Haha.. aku rasa okay aja. Boleh aja tekak aku ni menelannya cuma sebab aku terlalu obses pada cheese, pai aku tu jadi masin sikit lah. Sampai 2 jenis cheese aku balun; parmesan dan mozarella. "Time menabur cheese tu kau tak hengat, kan cik PM?" Takpelah.. tu kan percubaan pertama? *kata-kata memujuk hati sendiri lah tu..* "Lepas-lepas ni boleh la try lagi buat. Hehe....

Cik Puan Fadli, timo kasih la yo sebab entry ekau dah berjayo bukak ati den ni nak 'menerai' buat sherperd pie tu. Nak kenal siapa yang aku maksudkan itu? Sila jengah ke SINI. 

Nak resepi? Google sendirilah..

Penjejak Mimpi: Orang lain sibuk buat kuih raya..

Wednesday, November 14, 2012

Mengidam Durian Crepe?

Tengok gambar macam sedap.. Tapi betul ke sedap ha??
LATELY dalam mana-mana blog aku singgah musti ada kisah durian crepe ni. Aku pun sebenarnya rasa teruja jugak lepas baca entri LLK pasal benda alah ni. Ye lah.. sebagai 'hantu durian' aku rasa durian crepe ni musti mampu memenuhi selera hantu durian seperti aku ni. Aku rasa la kan...

Di Mid Valley tempat yang ada jual durian crepe ni antaranya ialah di Sweet Chat. 3 ketul harga dalam plus minum RM8. Tak la mahal sangat. Last week lepas balik dari attend Taklimat Bilik Mock-Up kat JKR Chan Sow Lin tu kami bertiga (aku, office-mate dan sorang member grup E) makan di Sweet Chat untuk lunch. Ingat aku nak try tapi rasa macam kenyang so kensel. Then Isnin baru-baru ni lunch dengan IB tapi tak ke Sweet Chat pun. Kami makan di restoran Belanga ja. Pun belum lagi rezeki aku nak try. Huhuhuhuhu

Actually kat Mid Valley ni ada je kiosk yang jual durian crepe ni tapi macam yang aku cakap kat IB hari tu: "ishk!! macam tak konfiden jek nak beli kat kiosk macam ni..". Entah kenapa...

Nota: Gambar kat atas macam biasa aku songlap dari Google Image.

Penjejak Mimpi: Tak kisah bayar mahal janji sedap.. :)

Friday, December 16, 2011

Makan Pagi

DALAM minggu ni ajek unit aku buat dua kali makan pagi. Sempena ape? Takde sempena ape-ape pon. Saje sonok makan reramai. So pagi Rabu tu aku bawak bihun goreng dan Umai lak bawak kopok.

Dan pagi ni lak ade due jenis makanan heavy iaitu nasi goreng dan spageti. Pastu ade la tambahan kuih karipap dan cucur badak. Seperti bese, ade kopok goreng. Nasi goreng tu kak Ila yang buat.. spageti dan kopok Umai yang bawak. Tugas aku hanye masak kuah spageti. Hehehehe.. due kali gak la aku masak kuah tu. Gara-gara kuali besar yang tak cukup besar tu. Aku masak malam tadi dan lepas tu aku panaskan pagi-pagi sebelum gi keje.

Orang pertame yang makan sarapan pagi tadi ialah my immediate bos; Puan I***. Die nak kene gi miting so kami suh die makan dulu. Soklan klaka die tanye kat aku memule tu: "kat sini memang slalu ke buat makan-makan ni?" Pastu aku jawab: "takde lah slalu sangat pon. Ni pon saje-saje buat makan. Saja sonok-sonok, Puan.". (Nota: Dia baru masuk ke unit aku bulan November lepas). Rase kembang kuncup gak la idong aku ni bile die puji spageti tu sedap.. ehem-ehem. Musti la kembang kan.. bos sendirik puji.. Ekekekekeke

Memang seronok dapat makan dengan member-member unit. Time ni tak kire ko bos ke.. kuli ke.. sama ajek. Makan bersame kan lebih menyeronokkan?

Nota 1: Dalam peti ais tu tinggal ayam jek sekeping ngan santan. Kene abehkan sebelum peti ais tu di'import' ke Trengganu.

Nota 2: Terase puas bile ape yang kite masak tu dimakan reramai.

Penjejak Mimpi: Ex-boss cakap "Wah, ko skang da ade penambahbaikan ye? Bla.. bla.. bla.." lepas aku pelawa die makan pagi tadi. Ala Puan.. malunye saiye.. :)

Thursday, November 17, 2011

Makan-Makan Lagi

ARI Isnin bebaru ni unit BPR D1 dan BPR Projek Khas telah mengadakan majlis farewell dan besday. Kirenye 2 in 1 la. Farewell sempena 'penghijrahan' engineer Lin dan Zafar ke tempat baru. Besday tu lak untuk mereka yang besdaynye dalam bulan Julai - September. Dowang ni naik pangkat so dipindahkan ke JKR Selangor (Lin) dan Zafar ke Cawangan Kerja Kesihatan.

Menu kami memang simple giler. Kami just order nasi bukhara dari Restoran Syed yang pemes tu.. pencuci mulut; buah tembikai dan betik.. pastu ade kek.. air just 2 jenis iaitu air sarsi yang bergas dan air sirap kosong.

Nasi tu memang feveret aku. Sedap dan banyak. Ade lauk ayam, telur sebijik dan acar dalam kotak die. Dulu rege rm10 jek (time aku kenal nasi ni la..) dan skang da jadi rm11. Tu untuk lauk ayam. Kalo kambing rege lain lak.

So untuk Lin dan Zafar.. muge penghijrahan ni memberi satu pengalaman baru untuk kalian and good luck.

Penjejak Mimpi: Ade orang tanye kat aku "ko tak nak pindah ke? Internal ajek..". Jawapan aku? ........

'Pak Imam' sedang bace doa..


Birthday girl and boys


Antara yang hadir ari tu. Ce cari dimanekah diriku?


Lin menerima cenderahati dari big bos BPR D1; Ir Hanizan


Menu kami ari tu..


Menu yang same cuma dari 'angle' yang berlainan..


Kek tiramisu tapi aku tak suke kek ni..


Zafar menerima cenderahati dari big bos BPR Projek Khas; Ir Sharinah (ex-boss aku da..)

Monday, February 21, 2011

Makan Laksa Ke Makan Jamu Ni?

BALIK tadi macam bese kua sharp 4.30pm. Nak kejor tren 4.40pm (kununnye). Tapi rupenye delay. Cis!! Aku terdengar de sorang mamat tu mengeluh dengan kawan die. Katenye da tunggu dari pukul 2. Hah? Takkan delay sampai 2 jam lebih? Ni da lebih!! Melampau KTM ni!!
Bile tren sampai dekat-dekat jam 5pm, tu dia.. orang punye ramai berebut nak kua dan nak masuk tren. Aku? Tak kuase nak berebut. Lantak kome la nak berebut ke hape. Teman rela nunggu next tren..
Next tren, bertembung dengan member 1 opis. Satu opis means 1 level tapi unit lenlain. So die ajak minum-minum kat KL Sentral. Aku ok ajek. Da ajak orang kuat makan, kan? Heh heh heh..
Memule dia ajak makan kat restoran La Cucur, tapi takde tempat duduk. Ajak makan kat McDonalds, aku takmo. KFC pon aku jemu. Last-last makan kat ...... Adelah, mane leh gitau. Nanti aku kene saman lak.Tak mampu aku nak membayornye weh! Ok lah..
Hmm.. nak makan ape ek? Memule ingat nak makan Fish & Chips (padehal da penah try). Last-last gi order Spagetti Meatball; yang ciken punye. Air lak aku order Ice Long Black. Ala, name jek cam canggih mende kopi ajek. :)
Kawan aku order Laksa Sarawak dengan Ice Chocolate mende ntah. Sampai order kami pon makan macam le da tak makan seminggu. Erk! Perhatian ye.. aku sebenonye kureng dengan spagetti ni. Tapi saje gatal nak merase. Sabtu lepas mase makan kat Pizza Hut, adik aku de order spagetti gak. So aku saje nak compare spagetti mane yang sedap dan best.
Hmm.. Konpom! Konpom!! Aku ni typical Malay. Tekak aku tak buleh masuk spagetti ler. Ntah. Dah la meatball die masin dan rase semacam. Erk!! mungkin tekak aku ni agak 'kemanjaan' sket agaknye. Ngeeee...
Yang paling klaka ialah menu Laksa Sarawak kawan aku tu. Aku tanye sedap ke? Dia jawab sambil gelengkan kepalenye. Die cakap "rase macam jamu orang beranak ajek!. Ko nak rase ke?" Aku balas "Ah, takmo le. Da kate gitu nak suruh rase lak..".
Spagetti aku tak abeh. Siyes! Tak buleh masuk untuk untaian-untaian terakhir spagetti tu. Pastu aku saje amik tauhu dalam laksa tu. Pergh!! Siyes! Memang rase cam jamu ajek. Walau aku sendirik tak penah makan atau gune jamu tapi aku tau cane bau die. Mule tingat bren dedulu kakak aku pakai. Bren Nyonya Meneer.. Bukan Nyonya Mansur ye... Walau da abeh tauhu tu aku telan, masih rase 'jamu' tu dalam mulut aku. Huh!! :(
Bile minte bil, kawan aku tanye kat budak waiter tu, "Adik, laksa ni gune rempah ape?". Budak tu tanye balik "Kenape? Laksa ni de bubuh herba. Resepi Sarawak la katekan." Pastu aku balas "Patut le macam rase jamu ajek..". Dan kawan aku menambah "Rase cam jamu orang beranak ajek!". Gelak jek budak tu..
Hmm.. terbang RM54 untuk sume menu yang tak abeh tu. Yang abeh hanye air ajek. Ape la naseb badan. Bayar mahal tapi tak berbaloi dengan makanan. Kawan aku cakap, "Takpelah.. at least next time kite tak yah order lagi. Kite da tau rase die cane.." Hehehehe.. tu ayat nak menyedapkan ati kot... Wakakakaka

Untaian-untaian terakhir spagetti yang tak termampu aku telan..

Ramuan jamu yang telah diadun sebagai kuah untuk Laksa Sarawak.. Hehehehe

Penjejak Mimpi: Bayar mahal tapi sedap takpe lagi. Jangan bayar mahal tapi rase cam hampeh!!

Saturday, February 19, 2011

Jumpa.. Makan.. Jenjalan..

ARI ni aku janji nak jumpe dengan adik aku; Lulu and family. Join skali anak sedare aku yang sulung; Ekin. Kami janji jumpe kat The Mall. So after solat zuhur aku terus bersiap dan bergerak nak ke sane. Ekin sampai dulu sebelum aku dan tak lame kemudian Lulu sefamily sampai. Terus kami 'menyerbu' our 'lil Qalesya. Heh heh heh... Diam jek baby tu.. Pelik kot dengan stranger faces yang tetibe menyerbu die?
Pastu kami ke Pizza Hut. So order la kami macam-macam (macam-macam la sangat). Makan sampai tak ingat! Pizza tu da semustinye la kan? Dengan smoked deli wings nyer.. set untuk kids lagi.. dengan meatball tu lagik. Gile punye melantak! Tu pon aku plan nak tambah masala spring roll dengan set 'platter hut' ke ape ke jadahnye name die. Naseb bek tak order! Kalo idak, jenuh nak mengabehkannye. Huhuhuhu...
Memule Lulu plan nak ajak makan kat Kenny Rogers tapi aku yang cakap better makan kat Pizza Hut (padehal dalam tahun 2011 ni ntah bape kali aku duk melantak kan piza ni! Ko ni cik PM kaki melantak piza betui!!)
Sebenonye kat Kenny Rogers tu pon aku ok jek. Untung-untung buleh dapat rege staf sebab de sorang staf situ penah pektikel kat opis aku sebelum ni. Dah few times jugak la makan kat situ dapat rege staf. Itulah untungnye baik ngan orang. Bak kate bijak pandai; buat baik dibalas baik.. betui tak?
Lepas tu kami meronde-ronde kat area Tugu Negara. Opss!! aku tau korang musti kate haram kan? Ade fatwa kate melawat tugu negare ni haram. Tapi kami ni konpius. Siyes konpius. Sebab kalo tak silap kalo sekadar melawat dan bersiar-siar kawasan situ tak mendatangkan masalah melainkan bertafakur dan letak bunge kat tugu tu jek yang berdose. Tapi dari ape yang aku bace jap tadi kat
sini dan sini, kalo sekadar jenjalan dan cuci mate jek takpe. Betulkan kalo aku tersilap ye kengkawan..
So kami pon bersiar-siar dan menangkap gambar area situ.. :)
Lepas tu adik ipar aku dropkan kami kat stesen komuter Bank Negara. Aku nak naik lrt STAR laluan Sentul Timur dan Ekin nak naik komuter laluan Seremban. So kami berpisah dan menuju destinasi memasing.. Tamat.
Ni anak sedare aku yang terkecik skali; Nur Iris Qalesya.
Ni family adik aku; Lulu. Si abang; Iman buleh buat mate juling lak. Appa da.. :)
Aku dan Lulu. Angkat ibu jari tande bagos! Bangge jadi anak Perak. (Erk! Dr Rozmey, kami langsung takde niat nak tiru trademark DDR ye.. Ngeee...)
Lagi picture family adik aku di The Mall.
Muke-muke kekenyangan lepas melantak bagai nak rak kat Pizza Hut, The Mall. Dari kiri Lulu, Kyra, Aku, Ekin, Qalesya, Iman & Nizam
Erk!! Aku ngan Qalesya. (Prektis pegang baby le kunun). Ngeh ngeh ngeh...
Penjejak Mimpi:
Geram betul dengan pipi Qalesya.. :)