PADA
26hb yang lalu iaitu hari Isnin baru-baru ini, Level 9 ada buat jamuan
'open office'. Level 9 yang dimaksudkan ialah grup BPR 'A', BPR 'B', BPR
'D1' (unit aku lah tu) dan BPR 'Projek Khas'. Keempat-empat unit ini
seperti tahun lepas telah bergabung untuk membuat jamuan raya dan untuk
makluman, kami adalah kumpulan pertama yang membuat jamuan sempena
sambutan raya selain unit BPR 'C' di Level 7.
Jamuan
kami bermula pada jam 11.30am tapi macam biasa tuan rumah mesti
merasmikan juadah yang tersedia. Tak gitu? Juadah kami kali ini ialah
nasi kerabu, spageti, ketupat palas, ketupat nasi, rendang daging,
sandwich, satay, bubur jagung, keropok, tembikai dan air teh panas dan soda bandung. Yang bestnya ialah kesemua juadah tu kami sediakan
sendiri. Takda catering-catering nya der.. Hehe..
Seronok
tu memanglah seronok sebab boleh dikatakan kebanyakan tetamu yang
datang akan menuju terus ke unit kami sebabnya unit kami dekat dengan
pintu. Masuk-masuk ja pandang kanan terus jumpa unit BPR 'D1'. Tapi
rasanya ramai yang tak muncul kali ini sebab ada yang kena pergi kursus,
out-station, meeting dan lain-lain. Ni aku cakap unit lain la.. unit
aku hampir semua ada.
Memula aku dengan beberapa orang 'geng bas sekolah' buat 'lawatan tapak dulu' iaitu pergi ke setiap unit dan menjamu mata dan merasa sikit makanan diorang. Ala-ala QC la pulak, kan.. rasa sikit mana yang berkenan.. lepas tu pergi unit lain.. rasa sikit.. lepas tu pergi unit satu lagi.. hiiii... buruk kan perangai kami? Haha..
Bila jamuan bermula.. semua sibuk melayan tetamu yang ada.. bila orang dah kurang sikit turn kami pula beraya. Kami
beraya ke grup BPR 'B' mula-mula.. lepas tu grup BPR 'A'.. ke grup BPR
'Projek Khas' dan lepas tu terus turun ke grup BPR 'C' kat Level 7.
Lenguh
dah jari jemari 'mulus' aku ni menaip. *sila jangan vomit. Sembang kuat pun tak guna so korang
layan je lah gambar yang sempat aku snap ni. Enjoice..
 |
| Silalah menjamu mata semua.. Yang bertudung bagai tu ialah nasi kerabu dan sebelahnya tu ialah bumbu untuk nasi kerabu. Hmm.. tak terfikir lak aku nak buka penutup tray masa snap gambar.. :( |
 |
| Ayam goreng ada.. kuah tumis untuk nasi kerabu.. spageti (yang bertutup dengan daun pisang).. tapai pulut ada.. silalah semua... jangan malu-malu.. Haha.. |
 |
| Sandwich dan deretan kuih raya.. |
 |
| Lagi jamuan kami dari sudut yang berbeza; tembikai.. rendang daging.. ketupat... |
 |
| Jejaka idaman Malaya sedang membancuh soda bandung.. "Selamat Pengantin Baru" ye John.. Haha.. |
 |
| Poster ni kat belakang workstation aku sebenarnya. Makin hari terasa semakin berat bahu aku dengan 'janji manismu' itu. Huhu... |
 |
| Gaya seorang 'selebriti' suam-suam kuku. Diambil secara candid oleh 'mamarazzi'. Hmm.. dah tau aku ni pemalu sejak dalam perut masih lagi nak ambil gambar aku... |
 |
| Time buat 'lawatan tapak' ke grup BPR B. Aku mencari air panas sebenarnya sebelum tu. Nasib baik kat grup ni ada teh O. Dapat juga 'melampias'kan rasa kepingin aku tu.. :) |
 |
| Me and my IB. 2-2 mencari air. Macam kat unit sendiri takda air... Haha.. |
 |
| Geng bas sekolah :) |
 |
| Cik PM (dengan gaya yang tak lapuk dek hujan.. tak lekang dek panas).. Puan Azira.. dan Puan Chong |
0 comments:
Post a Comment