Pages

Showing posts with label Ulasan Filem. Show all posts
Showing posts with label Ulasan Filem. Show all posts

Sunday, March 24, 2013

Rock Oo.. Rimba Bara Kembali.. Bawa Nostalgia

LAYAN filem Rock Oo.. Rimba Bara Kembali semalam. Bukan tengok wayang beb.. Layan kat laptop aja. Sebelum ni aku ada tulis kisah filem ni kat SINI.

Aku tak rajin nak menaip sinopsis filem ni so korang boleh terjah kat SINI. Jangan marah, nanti kena jual, haaa...

Secara keseluruhannya, aku rasa filem ni tak berapa 'kick' compared dengan filem pertama. Sorry, memang macam tu kan? Yang pertama biasanya best.. hebat.. bagus.. betul tak?

Sebenarnya bila tengok satu-satu scene filem ni.. kenangan lama seolah-olah berputar.. masa muda-muda dulu lah.. Kompleks Yik Foong (Glory).. Super Kinta.. Flat Ashby Road.. (sekadar menyebut beberapa tempat).

Ada satu scene kat kedai makan.. tapi aku betul-betul lupa nama tempat tu. Confuse pun ada samada TKK ataupun kedai makan depan Masjid Negeri. Tapi bila aku tengok berkali-kali.. barulah aku cam... Tempat makan tu kat depan Masjid Negeri, Ipoh.

Yup.. Taman Kanak-Kanak atau nama singkatannya TKK. Kenapa dipanggil TKK? Sebab kat tengah area situ ada playground untuk kanak-kanak. Kat situ ada jual ais kacang dan memang jadi port aku kalau makan-makan kat situ dulu. Tapi sekarang tak tahu lah kedai tu wujud lagi atau tak.  Lama seyh aku tak kesana.. 

Sekarang ni tiap-tiap malam di sebelah TKK tu ada Gerbang Malam. Ala-ala Downtown la kat KL nih.

Kedai makan depan Masjid Ngeri tu pun time aku mengajar kat kolej swasta selalu jugak aku lunch di sana dengan office-mate. Dulu lah.. sekarang jarang makan di sana.. 

Satu lagi scene masa Que Haidar tanya kat Jaafar Onn pasal baju untuk kumpulan SYJ. Jaafar Onn jawab: “Bazar Bulat”. Dulu selalu juga merayap ke sana mencari beg. Lepas tusyen laju aja kaki ni melangkah ke sana dengan geng. Tapi sekarang Bazar Bulat tu dah takda. Dirobohkan. Dan aku tak tahu tapak asal Bazar Bulat tu bangunan apa yang didirikan. Hmm.. satu lagi warisan sejarah dan identiti Ipoh hilang. Cis!!

Kompleks Yik Foong: Port masa muda-muda dulu.. :)
Super Kinta: Sekarang dah jadi bangunan UTC Ipoh dah..
Bazar Bulat: Dah lenyap dah.. :(
Pada sesiapa yang pernah layan filem Rock jangan terlepas untuk saksikan sekuelnya; Rock Oo Rimba Bara Kembali terutamanya orang-orang Ipoh yang baya-baya aku ni. Sambil layan filem ni kita boleh mengimbas kenangan lalu diselang selikan dengan lagu rock kapak. Pergh!! Meleleh beb..

Nota: Tak boleh blah betul ayat Pyanhabib: "Balik pakai seluar.. kasi rock!". Haha..

Penjejak Mimpi: Kalau lah boleh diputar kembali segalanya............

Monday, February 11, 2013

Rock Oo

HUJUNG bulan nanti ada filem sekuel Rock iaitu Rock Oo. Filem lakonan Que Haidar, Khir Rahman dan lain-lain. Arahan pengarah sensasi Mamat Khalid.

Filem Rock (2005) boleh bikin aku ketawa walaupun dah tengok berulang kali. Baru intro tapi aku dah gelak macam lawak sangat cerita ni. Well, pada aku memang lawak. Dalam filem ni, pengembaraan banyak dilakukan di Taiping dan Ipoh. Ehem ehem.. Ipoh mali tatak sombong wooo. 

Kenapa aku suka tengok filem ni banyak kali? Sebab ceritanya banyak mengimbas kenangan lalu.. dengan lagu-lagu rock kapak yang easy listening.. pakaian diorang... jalan cerita.. perghh!! memang rock uwww!! Lepas tu siap dengan effectnya yang mana kalau fikir secara logik memang tak masuk akal tapi tu lah filem Mamat Khalid. Haha..

Sesiapa yang belum pernah layan filem Rock ni, apa kata korang layan dulu baru dapat feel untuk layan filem Rock Oo.

Penjejak Mimpi: Entah kenapa filem ni sangat 'dekat' dengan aku.. :)

Sunday, January 13, 2013

Minyak Dagu

FILEM terbaru aku layan di panggung GSC di Berjaya Times Square. Tengok filem ni dengan anak buah aku; Ekin. Mula-mula makan dulu di KL Sentral sambil mengaplikasikan 'sistem barter' antara kami. Dia bagi perfume Gucci Floral EDP dan aku bagi duit kat dia. Boleh anggap macam sistem barter tak? Hehe..

Lepas solat baru kami ke sana. Sebenarnya takda dalam plan pun nak tengok wayang ni. Daripada merayap tak tentu hala lebih baik layan wayang, kan? Haha.. So layanlah kami dua beranak cerita yang bergenre seram ni. Tapi taklah seram sangat pada aku.

Filem ini mengisahkan Azman yang berdendam dengan Emelda selepas pertunangan mereka diputuskan disebabkan sikapnya yang panas baran. Disebabkan terlalu dendam dan mengikut desakan daripada kawannya, Azman berjumpa bomoh, Wak Minarjo, pawang yang hebat dalam pembuatan minyak dagu.

Emelda memutuskan pertunangan dengan Azman demi mengikut kata orang tuanya bahawa Johan calon suami yang lebih baik dan boleh menjamin masa depan Emelda. Selepas bertemu Wak Minarjo, Azman nekad membeli minyakdagu untuk dicalit kan ke siku Emelda.

Pada hari pernikahannya dengan Johan, Emelda tiba-tiba diserang histeria. Azman puas kerana dendamnya terbalas. Sejak itu, keadaan Emeldaterus berubah. Johan bertindak membawa bomoh untuk mengubati histeria Emelda yang semakin parah. Hal ini menyebabkan Ainon (lakonan Maimon Mutalib), ibu Emelda terus menuduh Johan menjadi punca sakit Emelda. Akhirnya selepas bertengkar, Ainon diserang sakit jantung lalu meninggal dunia. Azman rasa bersalah lalu pergi menziarah jenazah Ainon sedangkan pantang larang terbesar Azman adalah tidak boleh berbuat demikian. 

Apa yang terjadi pada Azman? Apa kata korang tengok sendiri? Hehe..

Pelakon utama Fezrul Khan, Yana Shamsudin dan Fizo Omar. 

Hmm.. setiap perbuatan kita pasti ada balasan samada cepat dengan lambat aja. Siapa yang berbuat jahat pasti balasan yang amat pedih menanti. Yang penting, jangan jadi batu api dan ada sikap dendam dalam diri kita. Ingatlah yang tuhan itu sentiasa ada dan memerhatikan kita...

Penjejak Mimpi: Filem ni menyerlahkan sedikit penyakit orang kita; batu api.. Ishkk.. ishkk.. ishkk..

Monday, June 6, 2011

Karak

BALIK kampung minggu lepas aku sempat layan filem Karak dengan kakak aku dan anak die. Kami layan di GSC Jusco, Ipoh. Masuk lambat 10 minit so mase terhegeh-hegeh cari tempat tu, kami da ganggu kosentrasi penonton lain sebab kebetulan tempat duduk kami di tengah-tengah. Nak buek camno kan; tiket dapat lambat.
So cite tu keseluruhannye pade pendapat aku.... ermmm... boleh la... nak kate best.. tak le best sangat... nak kate seram.. tak le seram sangat... bese-bese ajek. Cume memule tu macam seram la jugak. Time dowang ikut jalan lain lepas jem kat highway Karak; dan time Jack kene kaco dengan pompuan yang cari anak die dan time budak kecik tu cari mak die. Mase tu ajek yang aku rase agak seram. Lepas-lepas tu tak seram langsung.


Tapi ade mesej la cite ni. Secara tak langsung kite tau yang selain kite, ade makhluk lain yang menghuni bumi Allah ni. Cume kite je yang tak nampak. Pastu walau ape pon yang berlaku, agama jangan lupe. Solat jangan tinggal dan kene ingat Allah walau time senang dan susah. Jangan time susah jek ingat Allah. Bile senang sket, langsung lupe dan tak bersyukur pade Allah atas rahmatNye.


p/s Aku tak rajin nak cite sinopsis cite ni. Kalo korang nak tau, sile ke panggung wayang berhampiran.


Penjejak Mimpi: Bile tengok sesuatu cite tu, pikirkan mesej di sebalik cite tersebut.. :)

Sunday, March 20, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

(JUST nak gitau time apdet entri ni aku dengar lagu Sedetik Lebih oleh Anuar Zain. OST filem ni. Nak dapat feel lebih) (<-- stetmen poyo dari Cik PM).
Filem ni mengisahkan pengembaraan Merong Mahawangsa (Stephen-Hughes Rahman) yang menjadi pengawal pade putera negare Rom dalam perjalanan untuk kawen dengan puteri China. Perkahwinan tu diaturkan untuk merapatkan hubungan empayar Timur dan Barat.

Dalam usaha tu, berlaku serangan dari puak lanun Geruda yang diketuai oleh Taji (Wan Hanafi Su) dan Kemawas (Khir Rahman). Lanun ni menculik puteri China tu pulak.

So berjayekah Merong Mahawangsa dalam menyelamatkan puteri dan merapatkan hubungan kedue-due empayar tersebut? Selamatke hero ni? Jadi ke kawen dowang ni?

Nak tau, gi serbu panggung wayang berhampiran kat umah hangpa. Nak bace sinopsis lengkap sebelum tengok wayang? Serbu
sini dulu dan kalo nak tau sejarah melayu kisah ni, serbu kat sini pulak.
Komen aku: Teknik CGI (Computer Generated Images) memang best. Aku suke. Jalan cite tu.. bulehla.. (aku hampir terlelap pon ade. Jangan lupe, aku kaki tido. Hahahaha). De gak lawak sket-sket (orang lain gelak, aku tak. Sebab aku tak rase klaka. Mungkin tahap lawak tu tak mampu nak 'trigger' urat gelak aku suh ketawe). Penuh aksi dan kalo markah 10 tu aku kasik 9. Nak release tensen dan menyokong usaha dan bakat 3 adik badik ni, gi lah tengok. Sokong filem Malaysia.
(Picture credit to Mr Google)

Penjejak Mimpi:
Sempat tengok Datuk Nicol Ann David main squash semalam. First time tengok sampai abeh. Muge dapat kejar impian untuk kejuaraan kali ke-7.

Sunday, January 16, 2011

Damping Malam

Salam.
ARI ni aku kua dengan 2 anak buah aku; Ekin dan Tiny (<-- Tiny? Tak bese panggil mak minah ni dengan name tu. Rase skema giler!). Kami jumpe di KL Sentral dan lunch di Rasa Mas. Memandangkan Tiny ade kupon so kami pon gune lah kupon tu. Kirenye buy 1 free 1 la. Ahh, buy 1 free 1 pon dekat RM40 gak yang terbang.
Lepas tu kami gi Times Square nak layan filem Damping Malam. Yang ni lak Ekin ade kupon dapat dari Jusco. Ala, kan sape member J-Card bile besday akan dapat gift dari Jusco? So mak minah Ekin ni lak gune kupon wayang die which is buy 2 free 1 ticket. Ok la tu kan? Yang ni lak Tiny bayar dan untuk kudap-kudapan dalam panggung, kami pow Ekin. Hehehehehe.. Fair and square.. adil dan saksama.. :)
Ok, filem Damping Malam ni aku yang decide nak tengok dan filem tu ditayangkan jam 5.30pm. So kami sempat le cuci-cuci mate dan aku lak sempat la solat kat Times Square tu.
Dalam panggung tak ramai orang pon. Panggung pon jenis hall yang kecik tu. Pelakon utame die Ahmad Idham (Wadi), Amy Mastura (Ku Khalira), Azizah Mahzan (Umi Siah), Eizlan Yusof (Bakri), adik Eryanna (Nor Aiza) dan pelakon-pelakon tempelan lain macam Sharifah Sahora, Normah Damanhuri dan few pelakon yang aku tak ingat name die. Sori, korang ingat aku ni wartawan hiburan nak ingat name sume artis? :)
Cite ni mengisahkan konflik dalaman yang dialami oleh Ku Khalira (Lira) (<-- Lira? Da macam currency Itali la pulak). Hasben die; Wadi ni tokoh usahawan mude yang sedang meningkat popla. So sentiase bizi dan takde mase untuk si Lira ni. Anak dowang si Aiza ni pulak baru form 1 dan dimasukkan ke sekolah agama berasrama penuh. Sesambil tu terdapat gangguan yang sering mengganggu si Aiza ni kat asrama. Da bape kali budak ni kene posessed (rasuk).
Kat umah dowang tu tinggal sorang makcik; Umi Siah. Die ni pangkat mak sedare kat Lira ni. Memule gaye die cam misteri la. Aku ingat musti die yang bela pendamping tu. Kene lak ade flashback sebelum mak Lira mati. Ropenye family dowang ni sejak dedulu de bela pendamping tapi bile sampai kat mak si Lira ni, die takmo bela. Pastu siap pesan kat Lira ni jangan bela dan Umi Siah tu akan tinggal kat umah dowang untuk jage family si Wadi ni.
Dengan bantuan Bakri; kawan lame Wadi yang agak alim (bukan alim-alim kucen ye) cube bantu Wadi dalam menghalau pendamping tu. Satu hari tu, Lira wat cite konon-kononnye Umi Siah tu punce umah dowang de gangguan dan Aiza selalu kene rasuk. So makcik ni kene halau dari umah tu. Umi Siah kemudiannye jumpe Bakri dan cite la dari A sampai Z.. bla.. bla.. bla... dan Bakri akhirnye paham.
Pade mase yang same, Lira da gi sekolah sebab nak amik Aiza yang kebetulan kene rasuk. Yang Wadi ni pulak balik umah dan cari Lira. Bile takde, die cube le kol wife die ni. Tau-tau tipon Lira berbunyi dari dalam satu bilik tu (bilik tetamu). Die pon masuk dan terpandang le sesuatu dalam satu laci tu. Selongkar punye selongkar rupenye barangan pujaan si Lira ni.
Lira lepas tu bawak anak die balik umah. Mase kat umah tu, Wadi tanye die ape tujuan dan kenape die buat sume tu? Last-last Lira gitau le yang die tu sunyi.. rase terpinggir.. hasben die pentingkan kerjaye.. ketepikan die.. senang cakap die ni ketandusan kasih sayang suami la.. Pasal tu die buat sume tu. Lagipon die takut hasben die curang dengan pompuan lain. Mase duk riuh dalam umah, anak dowang si Aiza tu kene kacau dengan pendamping tu dan terus mati.
Sape pon tak sempat nak tolong. Sebenonye de perjanjian antara Lira dengan pendamping tu. Konon setiap bulan Safar kene perbaharui perjanjian kalo tak salah sorang ahli kuage die akan mati. Dan sebelum tu Lira ade gi jumpe bomoh sesat untuk perbaharui perjanjian tapi bomoh tu da mati dan die tak dapat nak renew contract. Sebab tu anak die jadi mangse.
Sekian, tamat.
Komen aku: Cite ni kurang menyengat. Lakonan Ahmad Idham dan Amy Mastura lemah. Kecuali watak anak dowang; si Aiza tu. Jalan cite tak kuat. Tak best. Takde antu yang seram tapi masih de gak pompuan-pompuan yang menjerit bagai nak rak dalam panggung tu. Sori, bukan nak cakap besar cume kalo nak banding, Khurafat lagi seram tapi aku masih tak menjerit. Hehehehe..
Mane de antu pon dalam cite ni. Duk bayang-bayang ajek.
Bintang? Ermmm... dari 10 aku buleh bagi 5 untuk jalan cite. Untuk keseraman cite ni.. aku bagi 4 daripade 10 bintang.
Kalo korang nak tengok, sila lah tengok. Cite omputih banyak juge tadi ditayangkan. Kalo rase nak bantu industri filem Malaysia, tak salah gi nonton :)
Penjejak Mimpi
- lepas ni nak layan cite ape ek?

Saturday, January 15, 2011

Khurafat

Salam.
SEMALAM seperti yang dijanjikan kite bertemu lagi ye tuan-tuan dan puan-puan dalam edisi ulasan filem bersame Cik PM. Aku layan cite Khurafat ngan dak opis dan cite ni abeh lebih kurang dalam kui 7.10pm. Aku nak start wat ulasan nie.. Tapi kalo sape yang da tengok tu dan terase ade kurang memane (pade pandangan korang), just dok diam-diam ajek. Sebab aku yang tengok.. Aku yang paham dan aku yang menilainye. Aku wat penilaian berdasarkan pemahaman dan ini pandangan peribadi aku ajek. Ade paham tuan-tuan dan puan-puan? Ehem ehem.. Satu lagi nak gitau filem ni dalam kategori 13PG; ade 'sedikit' unsur-unsur seram. Sedikit? Hehehehehe.. memang 'sedikit' seramnye... Ngeeee

Pelakon die yang aku ingat:
1. Shamsul Yusof - hasben; name Johan
2. Liyana Jasmay - wife; name Aishah
3. Fauziah Nawi - mak Johan
4. Sabrina Ali - Anna; ex-gf Johan
5. Salina Saibi - Zura; dak umah Anna
6. Mariani - tukang sapu kat spital
7. Latif Borgiba - bomoh itam (muncul kejap)
8. Ruzaidi Abd Rahman - imam Kahar (<-- ni bukan Imam Kahar yang ngaku die rasul Melayu dulu ek.. Hahahahaha)
9. Lenlain la. Ade yang slalu berlakon tapi aku tatau name.. Ade yang sekadar interprem cakap 3-4 baris ayat pastu tak muncul-muncul dah.. Senang cakap dowang selain aku mention kat atas tu sekadar watak tempelan ajek.

Filem ni ngisahkan Johan yang baru kawen dengan Aishah. Dan Anna yang jenis sosial giler ni frust sebab kena dump dengan Johan. So Anna memang macam orang gile meroyan la. Duk pujuk rayu si Johan ni untuk terime die balik dalam idop Johan. Sampai datang umah untuk pujuk Johan. Berjanji untuk berubah sikap tapi mamat ni tetap dengan keputusan die. Lagipon die da jenuh kasik peluang kat Anna suh berubah. Tapi minah ni degil.

Pada masa yang same, Johan dan Aishah sering diganggu dengan kelibat yang scary mary the morning glory.. usikan dan gangguan dari makhluk halus. Mende-mende ni muncul dengan wajah yang menyeramkan. Jangan lupe antu ala-ala Ju-On pon macam ade. Antu ni akan muncul kat mane ajek; kat umah.. kat spital.. lam kete pon muncul! Kirenye idop kapel ni tak tenteram la..

So kapel ni syak perbuatan Anna tapi takde bukti. Lupe lak nak cite. Johan ni keje die kat spital. Keje check-check mayat. So mustile de gangguan kat bilik mayat tu gak kan? Jeritan dalam panggung kedengaran. Means adegan seram sebab antu muncul. Stendet la.. name pon bilik mayat. Keh keh keh..

De misteri lain lak iaitu de sorang makcik tukang sapu ni slalu usya Johan. Kekadang kasik kuih la kat mamat ni. Memule Johan makan gak la kuih tu tapi lelame die pon macam muskil kat makcik ni so die gi skodeng fail resume dan dapat tau alamat umah makcik ni. So akhirnye pecah le tembelang nape makcik ni suke usya Johan. Makcik ni dulu ade anak yang se'jibik' muke cam Johan. Tapi da 'dalam tanah' so bile usya Johan akan terubat le rindu die kat arwah anak die tu. Ler.. aku ingatkan de pape ke.. Ingat kot de dendam antare makcik ni dengan family Johan ke.. Atau dulu makcik ni de skendel dengan arwah bapak Johan ke.. (tu kalo aku yang ngarah filem ye..)

Orait. Berbalik pade watak-watak utama ni. So dek kerane Anna ni memang perasaan die da tak buleh diselamatkan lagi.. frust menggile.. gile meroyan tahap cipan sampai die wat keputusan terbodo iaitu bunuh diri. Appa da.. pasal lelaki pon ko sampai nak bunuh diri ke? Tak tau ke tuhan murka giler pade orang yang bunuh diri? Ishk.. ishk.. ishk..

So Johan dan kawan die kene la anto jenazah Anna kat kampung die untuk ditanam sebab Anna ni sebatang kayu. Eh! sebatang kara. On the way tu memacam gangguan la sampai van jenazah ni terbabas dan jatuh gaung. Kawan Johan mati. Die sorang je sedor dan nak minte pertolongan. Tapi kot kesian (atau rase bersalah) die pon angkut le mayat Anna tu naik bukit turun bukit. Punye le 'bran' mamat ni. Gua salute lu, bro! Dalam perjalanan tu gangguan demi gangguan diterime dan dihadapi. Dan adegan flash back pon berlaku. Stat die gi jumpe bomoh itam minte minyak untuk dicalit kat Anna. De perjanjian antare die dengan mayat yang dipuje which is die tak buleh tinggalkan Anna walau cane pon sebab roh mayat yang dipuje tu akan ikot die kemane ajek. Mase nak kenal Anna tu mak minah ni tak layan die. Tu yang Johan ni gune ilmu itam nak pikat kan Anna ni. Ceh!!.. die puncenye. So mamat ni lari dan lari menyelamatkan diri (sambil duk minte maaf kat Anna sebab tinggalkan mak minah tu) sampai ke tepi jalan dan tumpang satu kete. Balik umah die la...

Last-last mamat ni balik kampung sebab die kontek wife die tapi tak berangkat tipon. Sampai kat umah mak die tengok-tengok de kematian. Mamat ni ingat mak die yang mati sebab sebelum tu mak die pon tak bape sihat. Da nangis puas-puas ropenye yang mati bukan mak die tapi die! Ropenye die pon same KO dalam eksiden van jatuh gaung tu. Takde sape yang selamat. Ek ele.. Kirenye die da mati. Yang datang nangis giler-giler tu roh die sendirik!

Nasihat aku pade sesape yang agak-agak penakut atau agak-agak 'ciken'.. tak yah le tengok sebab cite ni banyak adegan terkejut-terkejut. Nanti lemah jantung terus mati lak dalam panggung tu sape nak jawab? Alhamdulillah di akhir cite takde penonton kat Hall 12 Mid Valley yang kene usung ke spital sebab lemah jantung atau mati terkejut! Ngeeee

Pade sape yang brani sket, buleh tengok tapi kalo de henbag, sile gune sebaik mungkin bile adegan seram muncul. Takpon stenbai bawak shawl ke.. at least buleh cover muke dan mate korang dari melihat antu tu. Hahahahaha... Pade yang lain, korang leh pejam mate rapat-rapat kalo tak bawak henbag ataupon shawl. :)
Komen aku: Thumbs up to Shamsul sebab berjaye menakutkan penonton dengan cite Khurafat ni. Dari segi jalan cite, aku bagi 7 bintang dari 10 dan dari segi keseraman filem ni, aku bagi 8 1/2 dari 10 bintang. (1/2 tu kire jugak tau..)
(Picture credit to Mr Google)

Penjejak Mimpi - sebenonye nak layan filem Damping Malam tapi lewat sangat show time nye..

Sunday, December 19, 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah

Salam.
SIANG tadi aku layan filem ni kat Times Square dengan dak umah. Kami dapat tiket kui 2.50pm. So sementare nak stat cite tu de la tunjuk trailer filem-filem yang bakal ditayangkan. Hmm.. banyak jugak filemnye macam filem 'Janin', 'Khurafat' dan 'Aku Masih Dara'. For info, filem 'Janin' dan 'Khurafat' tu versi seram (best ni.. Aku ske.. aku ske).
Ok, aku nak jadi pengulas filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) nie.. Filem ni lakonan Awie, Ummi Nazeera, Soffi Jikan, Delimawati, Zami Ismail, Johan Raja Lawak, Pekin dan Kamarool Yusuf (ni pelakon-pelakon yang aku kenal ye.. yang lain aku tak kenal) dan arahan Mamat Khalid.
Untuk makluman, filem ni adalah sekuel filem Zombi Kampung Pisang which is aku pon tak penah tengok sebab tak rase nak tengok. Sori, aku ni kan anak patung jujur so aku gitau dan terus terang ajek.
Filem HKLBR ni mengisahkan Kampung Pisang yang kecoh sebab de gangguan oleh antu Kak Limah. Jenuh dah panggil bomoh untuk menghalau antu ni. Hero filem ni iaitu Awie (Hussein) lak penah de skendel dengan heroin iaitu Che Nin lakonan Ummi Nazeera. Hussein baru balik dari merantau kat Singapure dan lepas 3 tahun die balik kampung dan nak sambung balik pertunangan yang putus antare die dan Che Nin ni. So bile da jumpe tu slalu la dating kat belakang kedai bapak die (bapak Che Nin de kedai kopi). At the same time bapak Che Nin, Pak Jabit memang duk asik 'hot pan' kat Hussein sebab putuskan pertunangan dengan anak die. So sesambil tu ade la watak tempelan macam Abi Hurairah (Johan Raje Lawak) dan sorang mamat yang aku tak kenal pegang watak sebagai Usop yang OKU.
So antu Kak Limah ni slalu la mengganggu dan menakutkan penduduk kampung. Kejap-kejap orang jumpe kat kubur.. kejap-kejap jumpe kat semak.. Yang pasti antu ni memang sume nyanyi lagu rakyat tempatan iaitu "enjit enjit semut.. sape sakit naik atas..". Korang tau dan penah dengar lagu tu?
Untuk halau antu ni, penduduk kampung jemput sorang bomoh Indon (lakonan Soffi Jikan) tapi tak terer mane pon. Die yang menggigil ketakutan lepas terambil kepale antu ni mase nak pilih ayam itam nak gune untuk halau antu. So panggil bomoh siam lak.. Panggil punye panggil, ntah antu ape yang kuar.. sampaikan Nang Nak pon interprem.
So dibuat miting tergempar cane nak hapuskan antu Kak Limah ni. Time dowang tengah miting ni, antu Kak Limah muncul dan kaco sorang mamat ni. Penduduk lain lak da decide nak bakar umah antu Kak Limah ni supaye die takde pot nak lepak lagi. Tengah-tengah nak bakar tu, orang nampak antu ni atas bumbung umah. Pastu tak semena-mene de sorang mamat bersenapang tembak antu ni dan terus terjelepuk atas tanah. Berdarah kaki antu ni..
Barulah penduduk realize yang kak Limah ni bukan antu dan rupenye lari dari mental hospital. Ler.. kurang waras rupenye kak Limah ni. Then anak kak Limah, Musalman (lakonan Pekin) gitau yang mak die tu 'otak tak centre' dan lari dari mental hospital. Ok, part kak Limah setel.
Masuk lak hal si Hussein yang tengah asyik maksyuk dengan Che Nin. Satu ari tu tengah Hussein dating ngan Che Nin, Pak Jabit panggil Hussein dan bawak die gi kawasan kubur. Pak Jabit gitau la yang sebenonye Che Nin da meninggal dunie 6 bulan lepas Hussein gi Singapura. Tapi bese la, kite ni mane nak caye kebenaran kan so tetibe muncul bomoh Siam ni dan gitau kat Hussein "kalo kite ingat kat orang, orang akan ingat gak kat kite dan die akan jumpe kite" (<-- lebih kureng la ayat die. Aku pon ingat-ingat lupe. Ngeee).
Lupe lak, de sorang lagik awek (watak Ayu tapi lakonan sape, aku tak pasti) yang duk tergile-gilekan Hussein ni. Slalu skodeng time Hussein dan Che Nin dating. Then Hussein pon blah dari kampung tu bawak ati yang lara. Tengah nak blah tu, Ayu ni tahan Hussein dan cakap yang die sebenonye nak gitau Che Nin tu da lame meninggal dunie dan die buleh ganti tempat Che Nin. Tapi Hussein tak layan terus blah. Yang Ayu ni frust sket dan terus terbang ke udara. Rupenye Ayu ni pon antu gak.. Sekian, terime kasih.
Komen aku: Cite ni tak bape best pade aku. Sori kalo korang yang da tengok tak setuju dengan aku. Part klaka dan lawak, ok. Memang klaka dan memang lawak walaupon lawak yang disengajakan. Tapi pe mesej filem ni? Mungkin korang akan kate filem ni just nak release tensen dan tak perlu mesej tapi pade aku sebaliknye. Sorry, aku tak nampak mesej yang cube Mamat Khalid nak sampaikan.
Cume aku rase filem ni 'dekat' dengan aku sebab loghat yang digunekan. Even aku tak cakap macam watak-watak dalam cite tu tapi aku suke la sebab aku kan orang Perak?
Kesimpulannye, aku lagi suke filem Mamat Khalid yang bertajuk Rock lakonan mantap Que Haidar, Soffi Jikan dan lain-lain. Filem tu da berbelas-belas kali aku layan dvd nye tapi tetap tak jemu. Kisah rock kapak.. ingat mase mude-mude dulu.. Aiseyman.. layan lagu-lagu rock kapak memang mendamaikan..
Penjejak Mimpi - dalam skala 10, aku bagi 6 untuk filem ni. Korang gi lah layan filem HKLBR ni; sokong filem tempatan.. :)

Sunday, October 3, 2010

Magika

Salam & selamat malam.
SIANG tadi aku gi layan movie tajuk 'Magika' kat Times Square dengan anak buah aku yang sulung. Filem ni arahan Edry Abdul Halim (adik badik KRU).


Pelakonnye sume hebat-hebat belake seperti:
1. Diana Danielle - kakak/heroin name Ayu
2. Fimie - si adik name Malik
3. Mawi - hero name Bad (bukan Badrul ye... tapi Badang)
4. Ziana Zain - nenek kebayan
5. Maya Karin - puteri bunian
6. Jalaluddin Hasan - bapaknye si Ayu dan Malik. Namenye Murad
7. Ogy Ahmad Daud - maknye budak due orang tu. Namenye Khatijah/Ija. Yang pasti bukan Kathy. Interprem kejap jek sebab die mati.
8. Nabil - orang minyak. Pon interprem kejap. Kat Pasar Rimba
9. Vanidah Imran - Mahsuri
10. Norman Hakim - Awang (watak kisah Tombak Awang Pulang ke Dayang. Sape tak tau cite ni, silalah bertanye pade nenek/datuk korang kisah ni. Tak pon tanye pakcik gugel atau encek yahoo. Takpon cik wikipedia)
11. Adik badik Sharifah Aleya & Sharifah Amani - Bawang Merah & Bawang Putih
12. Aznil Nawawi - Pak Pandir
13. Raja Azura - Mak Andih
14. Saiful Apek - Hang Tuah
15. Geng Senario - Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi
16. Ruminah Sidek - nenek budak due orang tu
17. M. Nasir - penunggu Tasik Chini (naga le tu...)
18. Ning Baizura - puteri Gunung Ledang
19. KRU 3 badik - pokok yang buleh bercakap dan menyanyi..
Ok, sinopsis cite die gini tapi sebelum tu aku nak gitau korang yang plot die memang simple sangat. Plot die ialah kisah sorang kakak cari adik die yang ilang kat utan belakang umah nenek dowang. Ok, Ayu ngan Malik ni due beradik yang suke bergaduh. Satu ari (mase kat kampung nenek dowang) Malik majuk lepas gaduh dengan kakak die so die pon nyorok kat blakang umah nenek die. Kakak die pon cari sebab ari da nak senja. Mase nyorok tu, tetibe Malik dengar orang nyanyi dari dalam sebuah telage buruk. Nak skodeng punye pasal mamat kecik ni terjatuh lam telage tu. Rupenye telage tu cam pintu masuk ke dunie Magika tu la. Wuih!! ramai betui jelitawan yang menyanyi dan bergumbire. Sume tu kununnye orang bunian la. Da la muke se'acuan' jek. Err, maksud aku muke dowang same. Bukan kembar seiras tapi kembar berpuluh-puluh iras agaknye.
Sementare si kakak ni lak duk terjerit-jerit panggil name adik die. Cari punye cari terjumpe topi adik die tepi telage. Die syak adik die musti da terjatuh lam telage tu punye so sebab sayang, kakak ni nak le selamatkan adik die. Hoi, sape tak sayang adik oiii.. :)
Mase mak minah ni duk turun masuk lam telage tu, nak dijadikan cite tali tu lak putus. Maka terjatuhla Ayu ni dan macam adik die si Malik tu, termasuklah die ke alam Magika...
Maka bermulelah pengembaraan Ayu mencari adik die si Malik tu. Eh, lupe lak.. sebelum Ayu tu terjatuh dan Malik lak da kuar dari sungai (ingat tak die terjatuh dalam telage sebelum ni?) muncul lak nenek kebayan. Nenek kebayan nampak Malik dan suh balaci die; Awang Kenit tangkap dan bawak ke pondok dowang. Ha, lepas dowang tu blah baru le Ayu ni kua dari sungai tu dan sibuk cari adik die. Dalam 'ekspedisi' mencari si adik ni lah pelbagai watak cite-cite rakyat/sejarah bangsa Melayu muncul macam Pak Pandir, Mak Andih, Mahsuri, Awang, Hang Tuah lime bersaudara, Badang, puteri Gunung Ledang, naga Tasik Chini dan lain-lain.
Pe yang pasti, Badang yang gagah perkase (sebab makan muntah antu air) yang banyak tolong Ayu ni sampai die berjumpe dengan Malik. Sampailah dowang selamat kembali ke dunie nyata. Suke aku nak ingatkan yang filem ni ialah jenis filem muzikal so korang kene paham konsep die iaitu kejap cakap macam bese... pastu nyanyi.. pastu cakap macam bese. De mase terluang tu nyanyi lagi. Dan nyanyi... dan nyanyi... nyanyi... Pokok pon buleh nyanyi dalam filem ni.. :). Yang tak bleh blah tu ialah time berlawan dengan nenek kebayan nak slamatkan Malik tu, Badang tu sempat lagi nyanyi.
Bile layan filem muzikal ni aku musti tingat cite klasik omputeh yang bertajuk Sound of Music (oh, i love this film...). Cite omputih ni konsep macam Magika jugak. Duk nyanyi ajek 24 jam. Takpon macam cite Sister's Act. Ala, yang Whoopi Goldberg berlakon tuh...
Kesimpulan yang buleh aku simpulkan ialah korang tengoklah cite ni. Entertaining siot.. Lagu pon best. Klaka pon ade.. Sedih pon ade (tang mane yang sedihnye aku tak pasti. Pe yang pasti anak buah aku leh lak nangis mase Malik mimpi jumpe arwah mak die. Ntahpape le anak buah aku tu. Emo tetibe..). Menarik cite ni.. percayelah cakap aku. Aku pomot ni ikhlas. Sebab memang best. Aku tak di bayar oleh KRU untuk mempomotkan cite ni dalam blog aku ni. Ngee...
Tahniah pade KRU sebab menghasilkan filem yang menarik, tertarik ko memang de bomb. Teknik CGI memang kelas gitu.. Muge lepas ni hangpa dapat hasilkan filem-filem yang lebih bagus lagi, Insya Allah.
p/s Lepas ni ade filem Merong Mahawangse lak. Aku tak sabar nak layan. Tak pasti bile stat tayang kat panggung. Untuk info, Merong Mahawangse ialah name lame untuk negeri Kedah... Tak caye? Sila cari di internet. Maklumat di hujung jari anda.... :)
Sekian, terime kasih. Kite berjumpe di episod yang akan datang. Itupon kalo di izinkan oleh Allah.


Sunday, May 23, 2010

Andartu Terlampau

Salam..

HARI ni aku kua ke Berjaya Times Square dengan anak buah. Saje jenjalan. Decide nak tengok wayang lepas lunch makan Kenny Rogers Roasters. Lepas tu terus bratur nak beli tiket. Plan nak tengok Robin Hood tapi tinggal tempat duduk depan.. Malas la kan nak melangut tengok cite tu.. Tanye lak The Hunty Bounter.. pon same gak... last-last layan la cite "Andartu Terlampau.. 21 Hari Mencari Suami"
Well, sebenonye filem tu takde pon lam list aku... Aku nak layan IP Man 2 tapi da anak buah takmo so layan la cite tu. Lakonan utama Haliza Misbun.

Cite ni mengisahkan Nikki (Haliza Misbun) yang da lewat usienye tapi tak kawen-kawen lagi. So mak die bagi tempoh 21 ari pade mak minah ni untuk cari calon suami. So dalam tempoh 21 ari tu die bertemu balik kekasih lame die iaitu Omar Sharif (Fahrin) dan die bertunang dengan mamat tu. Bile sampai mase kenduri, kekasih Nikki mase kat US (John Johnny Jonathan) kontek die balik. Dan die decide takmo kawen dengan si Omar ni dan terus lari mencari John Johnny Jonathan ni (macam cite Runaway Bride le pulok). Lepas berlari... berlari dan berlari sampailah die kat satu restoran dan bertemulah die dengan pakwe lame die tu iaitu John Johnny Jonathan yang wataknye dipegang oleh sorang pelakon tak popla langsung... iaitu ntah... mat negro mane die amik.. Pastu abeh.. Kalo korang nak bace details sinopsis cite ni, rerajin la tanye pakcik gugel atau makcik yahoo ye.. :)

Ade le gak kontreversi filem ni konon Haliza Misbun gaye terlampau.. Aku? No komen. Sendiri mau ingat la..

Pendapat aku? Ntahpape cite ni.. Aku tak nampak kekuatan dan klimaks cite Andartu Terlampau ni. Pelakon buleh tahan... antarenye Dato Rahim Razali, Azhar Sulaiman, Jalaluddin Hassan, Maimun Talib, Fahrin, Ari Wibowo, Awie, Erra Fazira, Abby Abadi, Fizo Omar tapi rase cam sia-sia je. Sorry la ye.. Aku ni bukan anti filem melayu tapi tu lah hakikatnye.

Abeh cite tu aku cakap dengan anak buah aku "ntahpape cite ni. Pe endingnye?" Pastu die jawab "entah.. saye rase die ni tak nak komitmen kot... die takmo kawen" kate anak buah aku ni.. Aku sambung "beh, kalo takmo kawen, dengan John Johnny Jonathan ni pe cer? Takmo kawen gak ker?" Dan perbualan kami terhenti di situ saje sebab anak buah aku sibuk melilau mencari kedai aksesori wanita. Die nak cari sepit rambut la.. itu la.. ini la... Itupon naseb baik tak jadi gi Sogo; sebab da lewat. Abeh cite tu pon almost 6pm. Kalo tak ntah kui bape baru sampai umah. Ngeee... :)

Berbalik pasal filem tu tadi, kalo dinilai dengan bintang, aku kasik 4 bintang daripade 10. Apepon, aku tabik kat Haliza Misbun sebab berani menerbitkan filem ni. Pedulikan pe yang orang cakap. Ni kan filem die yang pertame so amik positif pe yang orang lain cakap. Lepas ni Insya Allah boleh terbitkan filem yang lebih bermutu. Usaha mau lebih.. :)