Pages

Showing posts with label Tersirat dan Tersurat. Show all posts
Showing posts with label Tersirat dan Tersurat. Show all posts

Sunday, October 13, 2019

"Susah nak jawab nanti.."

ASSALAMUALAIKUM wbt.

Perbualan diantara seorang Jejaka Kacak (JK) dan Gadis Manis (GM) di salah sebuah pejabat di ibu kota.

GM: " Bla.. bla.. bla.."

JK: "Bla.. bla.. bla.." 

GM: "Eh, bukan ko ada ada apply nak sambung degree ke?"

JK: "Ya tapi ....... (tak berapa jelas jawapan dia..)

GM: "Wah.. nanti ada degree bolehla ko jadi engineer.."

JK: "Eh, saya tak nak jadi engineer. Cukup dengan jawatan sekarang.." 

GM: "Ler.. rugilah ko. Penat je ambil degree.."

JK: "Tak nak saya. Susah nak berjawab nanti.. Lagipun tak semestinya ada degree kena jadi engineer. Bla..bla.. bla.."

Pang!! Tiba-tiba pipiku yang gebu dan montok ni terasa seolah-olah ditampar. Tertanya-tanya adakah aku mampu untuk berjawab di dunia yang satu lagi tu? Cukup lengkapkah aku tunaikan setiap amanah dan tanggungjawab yang digalas selama ini? Adakah aku betul-betul menjalankan kerja aku sebaik mungkin atau sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja?

Benar.. bila mengingtkan semua tu terasa gerun juga aku. Takut tak terjawab bila sampai masanya. Kita ni walau apapun jawatan kita.. walau apapun pangkat kita.. tetap akan disoal bagaimanakah kita melunaskan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita? Sebagai ketua akan ditanya adakah kita bertindak adil pada anak-anak buah kita.. pada staf kita.. sebagai staf adakah kita cukup melunaskan hak ketua kita? Sebagai ketua adakah kita cukup melunaskan hak staf dan anak buah kita? Bila diingat-ingat semua tu.. memang menakutkan.

Penjejak Mimpi: Teringat bicara aku dengan ex-big bos aku satu ketika dulu. Katanya "kita buat kerja ni kena ikhlas. Kalo ko tak dapat ganjaran sekarang, ko akan dapat ganjaran di dunia satu lagi..".

Tuesday, November 22, 2016

Yang Sudah Tu.. Sudahlah..

ASSALAMUALAIKUM wbh..

Kenapa ada diantara kita suka masuk campur dan cuba mengatur kehidupan orang lain sedangkan kita tak tahu senario dan perkara sebenarnya? Dan paling tak faham.. perkara tu langsung tak berkait dan takda kena mengena langsung dengan kita tapi kita nak sibuk juga?

Kadang-kadang kita ni suka menuntut dan bercakap sesuatu perkara tapi kita sendiri tak tahu apa yang kita tuntutkan dan apa yang kita cakapkan. Yang kita tahu... cakap jer.. Aduyai...

Tolonglah.. jangan buat lagi perkara-perkara macam ini. Yang sudah tu.. sudahlah.. 

Penjejak Mimpi: Mohon dijauhkan sikap-sikap buruk..

Monday, May 25, 2015

Tak Sabarnya..

SERIUS.. aku memang tak sabar untuk menyelesaikan projek mahkamah ni. Memang betul-betul tak sabar. Terlalu banyak onak dan duri yang terpaksa aku tempuh sepanjang proses design projek ini. Tender aja projek ni, insya Allah aku nak bercuti panjang. Nak release tension..

Apapun aku sendiri kena kuatkan semangat untuk menyudahkan designnya.. (sabar cik PM.. sabar... sikit jer lagi.. sikit jer lagi.. lepas tu kau boleh me'merdeka'kan diri kau..)

Penjejak Mimpi: Bagai menanti buah yang tak jatuh.. :(
 

Saturday, October 5, 2013

Pilih Yang Mana Satu?

KALAU diberi dua pilihan:

(i) rugi sedikit tapi hati gembira atau

(ii) tak rugi apa-apa tapi tak gembira

Hah! Mana satu pilihan korang? Aku pilih yang nombor (i). Takpa aih rugi sikit pun. Janji aku happy. Apa gunanya tak rugi tapi hati tak happy.. hati tak gembira.

Dalam apa-apa hal pun sekarang.. aku pilih untuk menggembirakan hati sendiri. Itu yang lebih penting..

Penjejak Mimpi: Kalau hatiku berduka.. siapa yang mampu merawatnya?

Friday, August 16, 2013

Semoga Berjaya

AKU hanya berdoa agar aku mampu melemparkan kesemua 'kentang busuk' yang aku bawa sejak sekian lama nun jauh ke dalam 'lautan' dalam dan terus bersemadi ke 'dasar' untuk selama-lamanya..

Penjejak Mimpi: Aku dah letih... :(

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, May 27, 2013

Kisah Duit Syiling Dengan Batu

TINGG!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen.Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja.Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.

Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan di sekelilingnya. Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.

Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.
“Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.
Ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu ,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s : Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan ‘syiling’ lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.

Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi, kita acap kali lalai untuk ‘mendongak’ ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

(Sumber: Diambil dari SINI dengan izin)

Penjejak Mimpi: Dah susah baru ingat Dia.. :(

Thursday, April 18, 2013

Perihal Si Bodoh

IMAM Syafie pernah berkata: "berdebat dengan 10 orang yang bijak mungkin kamu akan menang tetapi berdebat dengan seorang yang bodoh memang pasti kamu tidak akan menang". Ini bermaksud berbahas dengan orang yang bodoh hanya membuang masa kerana kebodohan si bodoh itu..

Penjejak Mimpi: Aku pun tak rajin nak melayannya... :)

Monday, March 4, 2013

Downton Abbey - Season Finale

BARU selesai layan siri Downton Abbey final episode. Disiarkan selama 2 jam dari pukul 9 sampai pukul 11pm di channel Diva 702. Ending yang menyedihkan... :(

Tapi itulah kehidupan kita sebenarnya. Mengimpikan rasa gembira tapi yang dapat hanyalah rasa duka... mendambakan bahagia tapi derita yang kunjung tiba..

Ya.. kita pernah gembira tapi hidup ini umpama roda; gembira kita tidak akan kekal lama.. hari ini kita ketawa riang ria tapi siapa tahu esok kita teresak-esak sedih bergelut derita.

Penjejak Mimpi: Kata salah satu watak dalam cerita tadi; "kita takkan dapat SEMUA yang kita impikan.."

Wednesday, February 6, 2013

Mutiara Kata Hari Ini #5

"KADANG-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya kemana menghilangnya matahari, rupanya Allah mahu memberi kita pelangi.."

(Image taken from Google)

Penjejak Mimpi: Allah maha mengetahui.. :)

Monday, November 12, 2012

Mutiara Kata Hari Ini #2

"KEHIDUPAN ini penuh dengan dugaan dan pancaroba. Sekiranya dugaan menjelma, perlukah kita mengharunginya dengan penuh keluh kesah ataupun dengan hati yang redha dan sikap yang positif? Kadangkala kita terlalu ingin mengubah realiti di hadapan mata. Tetapi kita sering terlupa, sebelum mengubah realiti kita perlu mengubah perspektif kita terlebih dahulu. Kita mungkin tidak mampu mengawal perkara yang berlaku di sekeliling kita, tetapi kita mampu mengawal sikap dan tindakan kita. Ini yang membezakan kita dengan orang lain".

Penjejak Mimpi: Cakap memang senang.. Kan?

Wednesday, September 26, 2012

Yang Mana Satu Pilihan Anda?

AKU ada satu persoalan..

Katakan gaji korang ialah RM5k.. soalan aku ialah...

i. adakah korang akan buat kerja yang setimpal dengan gaji korang bernilai RM5k atau

ii. adakah korang akan buat kerja yang melebihi nilai RM5k tersebut atau

iii. adakah korang akan buat kerja yang bernilai kurang dari RM5k tersebut?

Fikir-fikirkan...

Penjejak Mimpi: Aktifkan sel-sel otak korang di pagi yang dingin nih.. :)

Monday, August 27, 2012

Dush!! Padan Muka Aku

PETANG tadi.. sembang punya sembang... dush!!! terkena batang hidung aku.. Huhuhuhu...

Bercerita punya bercerita... dush!! terkena lagi batang hidung aku.. Huhuhuhu lagi..

Bercakap punya bercakap... dush!! terkena lagi dan lagi batang hidung aku. Huhuhuhu lagi dan lagi..

Hmmm.. kadang-kadang kena 'dush' 'sepam' dua dulu baru kita ni tersedar dari 'lena' yang panjang..

Kadang-kadang kita kena 'dush' dulu 'sepam' dua baru tahu apa salah dan silap kita..

Kadang-kadang kena 'dush' dulu 'sepam' dua baru: "owh.... ya ke??"

Penjejak Mimpi: Tak cedera pun bila kena 'dush!!' tapi makan dalam seyhhh!! Apa pun terima kasih kepada insan yang sudi meng'dush' aku hari ni. Jasamu dikenang.. Ngeeee

Friday, July 27, 2012

Rasaku..

KALAU kita nak orang hormatkan kita.. terlebih dahulu kita mesti hormatkan orang lain. Penghormatan dari orang lain tu bukan perlu dicari. Ianya akan datang sendiri tanpa diundang. Tak kisah lah siapa pun kita tapi rasa hormat pada orang lain tu perlu...

Penjejak Mimpi: Hormat kena pada tempatnya... :)

Thursday, July 5, 2012

Mata vs Hati

AGAK-agak mana yang lebih pasti dan meyakinkan.. melihat dengan mata atau melihat dengan hati? Fikir-fikirkan...

Penjejak Mimpi: Ikut hati; mati. Ikut rasa; binasa..

Thursday, April 19, 2012

Apa-Apa Lah..

" EACH person we let ourselves care about... is just one more loss, somewhere down the line... "

Penjejak Mimpi: Takmo pikir dah, buleh tak?

Thursday, November 24, 2011

Uhuk.. uhuk..

UHUK.. uhuk.. uhuk.. ni bukan bunyi batuk orang yang suke merokok... bukan juge batuk orang penyakit tibi. Bukan.. bukan..

Saje aku tulis gitu. Signifikan untuk orang yang buat keje macam melepaskan batuk di tangge. Walau pade hakikatnye aku pon tak pasti memang macam tu ke bunyi orang batuk kat tangge atau batuk kat tempat lain pon same bunyinye. Aku tak pasti.

Cume pe yang pasti aku tak dapat terime sikap orang yang buat keje macam melepaskan batuk di tangge. Asal ade, sudah. Janji da buat. Betul atau tak blakang kire.

Penjejak Mimpi: Ape kate ko terus jek lepak kat tangge tu untuk batuk? (<-- sengal ubi)

Friday, July 1, 2011

PM, Sila Bersedia..

NI bukan PM singkatan Perdana Menteri ye tapi singkatan untuk Penjejak Mimpi iaitu aku.

Erk! nak ready kan ape ye? Hmm.. mental kot. Sebab aku dapat rase saat dan ketikenye bebile mase ajek aku kene mengadap big bos untuk 'menerangkan' status lukisan untuk kuarters kelas F aku tu.


Bile reviewnye pon aku tak pasti tapi semalam last day kene siapkan sume. Aku da siap untuk kelas F47 tu. Bile siap? Kalo tak silap, aku letak atas meja 'dia' last week tapi sampai skang langsung takde ape2 pembetulan yang perlu aku buat. Wah!! hebatnye PM sebab semakin teror membuat drawing tanpa ada sebarang amendment!! (PM, sile jangan berangan!!).

Ape yang aku rase skang? Aku rase satu perasaan yang sungguh 'tidak enak'. Aku yakin kene wat amendment tu last minit. Musti punye la.. :(

Yang kelas F Townhouse ni pon berterabur dah. Aku buat layout sket.. skematik sket.. lightning sket (tapi da siap sebab building die senang compared dengan F47). Kepale aku pon da pusing! Tunggu mase nak meletup aje nih!!

p/a Tu la.. nak mencabar diri sendirik kan? Da dapat pon. So skang ni ko rase tercabar tak PM? (ati aku berkate-kate)

Penjejak Mimpi: Sabar bebanyak.. (ni pon ati aku berkate-kate pade diri sendirik)

Tuesday, June 28, 2011

Bermonolog

SEBENONYE ko nak ape? Ce gitau kat aku terus terang. Kalo ko rase nak makan bege, ko cakap le ko nak bege. Kalo ko nak spageti, kate nak spageti. Nak nasi ayam.. nak chicken chop.. aku kasik dengan syarat ko gitau.

Kalo ko tak gitau ko nak ape, aku tak leh nak tolong. Nanti aku kasik ko nasi ayam, padehal ko nak roti canai. Last-last aku gak yang kene marah. Abeh, camno?

Penjejak Mimpi: Bosan dengan sikap orang lain yang suke lepas tangan nih!!

Tuesday, May 10, 2011

Alhamdulillah.. Insya Allah

MASUK ari ni bermakne lebih kurang seminggu secare rasminye aku kekal dalam unit lame; BPR D1. Dan alhamdulillah aku rase amat gembire dan bahagie dengan keputusan ini walaupon pade hakikatnye aku terpakse 'membayar dengan harge yang mahal'.

Keputusan ini sebenonye amat payah untuk aku lakukan. Aku takmo reveal pepanjang pasal ni cume pe yang buleh aku katekan ialah keputusan ni bermakne aku telah mencabar diri aku sendirik. Aku da buat keputusan untuk kuar dari 'zon selesa' dan insya Allah ini adalah keputusan terbaik demi mase depan kerjaye aku.

Kalo ikut sape yang takmo terlibat dalam team yang design pojek yang berprestij dan berprofil tinggi tapi bukan itu yang aku cari. Aku mencari 'kegembiraan dan kebahagiaan' dalam menjalankan tugas. Aku tak larat nak bawak 'kentang busuk' ari-ari ke opis. Cukup-cukup tak larat. Aku da penat! Aku da letih!

Insya Allah ni adalah yang terbaik untuk aku. Muge keputusan ni dapat bawak aku lebih jauh lagi dalam mengembangkan skil dan kebolehan aku, insya Allah.

Penjejak Mimpi: Betul lah kate bijak pandai; kebahagiaan tu tak perlu dicari tapi dicipta. Muge keputusan yang aku buat tu benar-benar memberi aku kebahagiaan, insya Allah.

Thursday, May 5, 2011

Apa Maksudnya?

DALAM majalah Solusi Isu 31 topik 'Sabar Itu Indah' ade satu stetmen yang aku suke iaitu "Jika tidak dapat menjadi garam yang memasinkan ikan, janganlah jadi lalat yang membusukkannya". Perghh!! Mendalamkan maksudnye? Agak-agak korang ape maksudnye ek?

Penjejak Mimpi: Korang bijak-bijak belaka so buleh pikir maksudnye.. :)