Pages

Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Sunday, November 24, 2013

Dah Lama Tak Layan

LAYAN volleyball sambil makan malam. Teringat zaman muda-muda dulu.. time sekolah.. time poli.. time jadi minah kilang.. aku memang main sport ni..

Penjejak Mimpi: Tapi ramai orang lagi suka main netball. Aku? Tak minat..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, August 5, 2012

Lee Chong Wei vs Lin Dan

SEKARANG kat tv1 siaran langsung perlawanan akhir bandminton perseorangan antara Datuk Lee Chong Wei menentang Lin Dan. Mata terkini Chong Wei - 14 dan Lin Dan - 11.

Mintak-mintak la Lee Chong Wei menang dan menjadi juara Olimpik 2012.

Terkini (yang tidak menjadi terkini dah..): Datuk Lee Chong Wei tewas di tangan Lin Dan. Rubber set... Takpelah.. at least dia dah berusaha yang terbaik. Apa-pun tahniah pada Super Dan.

Penjejak Mimpi: Nak sambung amend drawing yang dah direview dengan big boss hari tu..

Thursday, August 2, 2012

Bersara Selepas Disingkirkan

NAK kata sedih.. sedih juga bila baca kisah pemain badminton beregu wanita dari negara Tembok Besar; China ini yang mengumumkan persaraannya selepas disingkirkan dari skuad Olimpik China.

Pemain ini; Yu Yang dan tujuh lagi pemain badminton wanita (dari Korea Selatan dan Indonesia) dituduh mengatur perlawanan di dalam perlawanan badminton di temasya Olimpik yang sedang berlangsung di London.

Sedih tu sebab lepas ni tak dapat lagi tengok aksi dia yang hebat beraksi di gelanggang. Hmm.. tu la.. masa buat tu tak fikir baik dan buruknya..

Apa nak kata lagi.. dah hilang semangat kesukanan la tu...

Nak tau lebih detail sila skodeng di sini.

Penjejak Mimpi: Dah lama tak main badminton. Kasut sukan aku tu pun dah berhabuk.. Uhuk uhuk..

Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Malaysia!

AKHIRNYA ternyata kite memang juara dalam bolasepak di Asia Tenggara. Malam tadi dengan permainan yang meleret ke mase tambahan dan seterusnye sepakan penalti telah membuahkan hasil.


Setelah terikat 1-1 hingga ke mase tambahan, sepakan penalti akhirnye menjadi penentu. Meskipun gelora penyokong pasukan tuan umah melanda Stadium Gelora Bung Karno namun ianye tetap tidak melemahkan semangat dan menghilangkan rentak permainan sume anak-anak buah Ong Kim Swee.

Akhinye Malaysia menang dengan mata 5-4. Tahniah pade sume pemain yang mempamerkan permainan yang bersungguh-sungguh. Hangpa memang terbaek!!

Penjejak Mimpi: Tak bape minat bola tapi final punye pasal, redah je lah.. :)

Monday, August 15, 2011

Yonex BWF World Badminton Championship

FIRTST of all aku nak ucapkan tahniah pade hero negare kite; Datuk Lee Chong Wei untuk kejayaan die menjadi naib juara dunia dalam final semalam. Dia tewas di tangan 'Super Dan' dengan kiraan mate rubber set (aku tak ingat point dowang). Walaupon tewas, ternyate die bertarung habis-habisan malam tadi. Aku memang tabik spring la pade die. At least die mencube bersungguh-sungguh dan tewas sebagai 'anak jantan'.

Final semalam start jam 7.30pm (waktu Malaysia) so memandangkan aku peminat badminton so lepas berbuka dan bersolat terus aje aku layan tv2. Sume game aku layan malam tadi start dengan game antare beregu wanita (China (Wang Xiao Li & Yu Yang) vs China (Tian Qing & Zhao Yun Lei)), single lelaki (Malaysia (Datuk Lee Chong Wei) vs China (Lin Dan)), single wanita (China (Wang Yihan) vs Chinese Taipei (Cheng Shao-Chieh)), beregu lelaki (China (Cai Yun & Fu Hai Feng) vs Korea Selatan (Ko Sung-Hyun & Yoo Yeon-Seong)) dan mix double (China (Zhang Nan & Zhao Yun Lei) vs Great Britain (Chris Adcock & Imogen Bankier)). Sume game dimenangi oleh pemain China. Hebat giler dowang nih.. :)


Tapi apepon, tahniah juge untuk pemain wanita Chinese Taipei; Cheng Siao Chieh yang layak ke final dan membuat kejutan dalam pertandingan badminton yang telah diadekan di London. Tak lupe juge kat pasangan dari Great Britain (Chris Adcock dan Imogen Bankier) yang juge layak ke final untuk pertame kali. Imogen ni pon terer gak main depan jaring..


Memang hebat-hebat belaka dowang ni. Pemain China tak yah nak puji sebab dowang memang terer. Nampaknye lepas ni ade muke-muke baru yang akan mewarnai persada badminton dunia samada lelaki atau wanita termasuklah pemain dari India. At least takde le asik-asik muke tu aje kan?


Apepon, wiken aku kali ni memang sonok dengan menghabiskan masa di depan tv dengan menonton badminton semi final 1, semi final 2 dan final (tapi ade gak keadaan tv tengok aku.. ngantuk beb). Hehehehehe


p/s Cume Malaysia jek yang nampaknye ketandusan pemain berbakat. Nape agaknye ek?


Penjejak Mimpi:
Memang peminat pasukan badminton China tapi sokongan untuk Malaysia tetap tidak berbelah bahagi.. :)

Monday, June 20, 2011

Kisah Kemenangan Yang Sedikit Basi

SEBELUM ni aku da cite kat korang kan pasal ni, so seperti yang dijadualkan Sabtu tu berlangsung perlawanan badminton 3 penjuru dimana perlawanan pertama untuk wanita dimulai dengan perlawanan antara JKR HQ vs JKR Wilayah.

Team lelaki? Sori, aku tak amik pot sebab kat situ ade 4 court badminton dan untuk game wanita, kami gune court 3 dan yang selebihnye untuk perlawanan lelaki. Ye la, untuk grup lelaki ajek ade 2 team (6 pairs) untuk setiap pasukan.

Game pertama untuk wanita antara JKR HQ yang diwakili Kak Sal dan Shima (1st pair) dengan JKR Wilayah; kami menang. Rubber set tu..

Game kedua aku dan Sherry (2nd pair) lak, kami pon menang dengan straight set. Bace betui-betui.. straight set.. (<-- riyak!)

Game ketige Ana dan Ilyani (3rd pair), tewas di tangan JKR Wilayah dengan rubber set. Keputusan 2-1.

Pastu JKR HQ vs JKR Selangor lak. Time ni dowang main trick; tukar kedudukan pairs. Orang-orang yang sepatutnye 1st pair tukar menjadi 2nd pair dan sebaliknye. Aku rase dowang takut kot bile tengok aku dan Sherry macam terer jek main (padehal cam hampeh jek kami main, hahahaha). Penyudahnye kami menang jugak dengan mate 2-1 dimane kemenangan JKR HQ disumbangkan oleh 1st pair dan 3rd pair kami. 2nd pair? Kalah la beb. Kalo memule kami menang dengan straight set, kali ni kami kalah pon straight set jugak. Huhuhuhuhu.

Tapi kan aku gitau korang la kan, lawan kami tu memang terer la. Yang sorang tu la. Duk asik main smash ajek. Tak sempat kami nak balas. Da la servis mengelirukan. Dowang takde main bola-bola tanggung nye dol. Jangan harap nak smash; memang takde peluang. Itulah alasan kenape kami kalah. Hahahaha.. (Musti korang kate da kalah tu banyak lak alasannye, kan?)

Lepas tu turn JKR Selangor vs JKR Wilayah yang berkesudahan JKR Selangor 2 dan JKR Wilayah 1.

Keputusan akhir JKR HQ menang jadi juara. Hahahaha.. macam tak caye je kan? Ye la, kire cam kalah mati la tu. Mungkin sebab untuk wanita hanye 1 team ajek (3 pairs) so pihak urusetia buat la macam tu. Naseb baik.. Kalo duk lawan sane, lawan sini style liga.. mati aku. Pancit la aku nanti.. Silap-silap pengsan tengah-tengah court. Wakakakaka

Apepon, aku memang bangge (campur riyak?) sebab penyertaan sulung kami ni (especially aku) telah membuahkan hasil yang memberansangkan. First time masuk, terus jadi juara. Yeah!!

Team lelaki hanye mampu menduduki tempat ke3 dan ke5. Tahun ni piala pusingan KJEN (Ketua Jurutera Elektrik Negeri) Selangor telah terlepas dari tangan kami; JKR HQ. Piala tu kembali ke tangan JKR Selangor sebagai juara keseluruhan.

Apepon, tahniah untuk pasukan yang menang dan untuk pasukan yang kalah tu, cube lagi di tahun hadapan. Aku memang enjoy gile sebab dapat release tensen. Menang tu bukanlah tujuan utama. Join tu pon sekadar nak berseronok-seronok jek. Kalo da menang, da kire bonus. Berbaloi gak dengan penat lelah pektis beberape minggu ni sampai lebam-lebam pergelangan tangan. Aku sampai beli knee guard la sebab dek badminton ni. Apepon, aku puas. Alhamdulillah..



p/s Jangan dicari gambor 3rd pair kami sebab takde dalam kamera aku tu. Tak dapat lagi gambor deme tu..
Penjejak Mimpi: Kene pektis smash kasik lagi tajam. Tapi bile ek?

Friday, June 17, 2011

Berdebar-Debar

DUP dap.. dup dap.. jantungku berdegup kencang. Menanti ari esok dengan penuh debaran. Dup dap.. dup dap.. semakin kencang. Macam-macam perasaan yang bercampur baur. Takut pon ade.. Yakin pon ade..

Ah, memacam la ko ni PM. Cerite macam best tapi hampeh. Hehehehe.. Sebenonye esok ade game badminton 3 Penjuru untuk cawangan kami. Aku wakil untuk JKR (Elektrik) ibu pejabat yang akan menentang JKR Wilayah dan JKR Selangor.


Game untuk wanita julung-julung kali di adakan. Tu yang rase amat berdebar-debar. Semalam prektis pon ntah pape aku main. Sampai partner aku tanye "Nape? Penat sangat ek? Asik 'berlubang' jek raket ko tu.. " Nape hah aku jadi gini? Stress kot? (Perasan teror la kunun.. Uwekk!!) Huhuhuhu..


Ape pon, muge esok aku akan main seperti bese. Partner aku cakap "esok, selagi buleh amik shuttlecock tu, kite pukul ajek!" Dan muge pasukan badminton lelaki dan wanita JKR HQ akan dapat bermain dengan penuh semangat kesukanan, semangat berkobar-kobar dan semangat untuk menang. Caiyok! Caiyok! Yeah!!


p/s Gambor kat atas tu sah-sah takde kene mengena dengan entri ni. Saje nak provok. :) Kredit to Google.


Penjejak Mimpi:
Punye le semangat sampai suh member tolong anto raket aku tu ke kedai sukan. Nak kasi tegang tali raket tuh. Hehehehe..

Wednesday, June 8, 2011

Praktis Badminton

SEMALAM de prektis badminton di dewan badminton JKR (E) Wilayah Persekutuan, Cheras. Da 2 kali aku ke sane untuk persediaan perlawanan Kejohanan Badminton 3 Penjuru untuk Piala Pusingan KJEN Selangor. Aku ke sane dengan membonceng dan merempit dengan Sherry, geng grup C. Ups! membonceng tu betul tapi merempit tu aku tipu. Hahahaha.

Stat prektis kui 5.30pm tapi memandangkan kat situ ade 1 court jek so begilir-gilir le main. Dengan pasukan lelakinye 14 orang dan pasukan pompuan hanye 6 orang. Main 1 set ajek setiap pasangan sebab kekangan mase.


Perlawanan ni sume doubles ajek dan takde single so aku berpasangan dengan Sherry. Pergh!! penat giler la jugak sebab da lame tak memerah keringat dengan bersukan ni.


Petang esok ade lagi prektis di tempat yang same. Memang best dapat main badminton sebab dapat release tensen dan stress. Bile dapat main tu, langsung lupe la keje atau masalah di opis tu (<-- poyonyer cik PM).


Bile lawan? Dengarnye 18hb Jun nanti. Tempatnye kalo tak silap Dewan Badminton Kg Pandan sebab tuan umah kali ni ialah JKR Wilayah Persekutuan. Menang kalah belakang kire. Janji kite berusaha dan semaikan semangat setiakawan dan kesukanan. Tu yang penting. Betul tak?


Penjejak Mimpi:
Ingat nak riki-riki reket baru la...

Tuesday, March 15, 2011

Kejohanan Boling

PADA 12hb Mac (Sabtu) yang lepas, pihak AKSI Cawangan Kejuruteraan Elektrik telah menganjurkan kejohanan boling AKSI Piala Ir. Dr. Hj. Mohd Johari Md Ariff Dan Piala Ir. Hjh. Azura Mahayudin. Perlawanan telah diadekan di Plaza 63, Salak Selatan Kuala Lumpur. Bermula jam 12.30pm dan berakhir lebih kurang jam 3.00pm.
Dan aku ehem.. ehem.. telah mewakili unit aku (BPR D1) dengan 2 orang lagi member (Shima dan Kak Norehan). Tu untuk grup pompuan. Untuk grup lelaki lak kami ade Hafizan, Sham, Yusri dan Adi. Lupe lak. Tahun lepas aku main gak boling tapi sebagai 'pemain import' untuk grup BPR D2. (Ayat.. macam terer jek!)
Pertandingan ni asing mengikut gender; lelaki nak merebut piala Dr. Johari (Dr. Joe) dan pompuan lak nak merebut (naseb bek tak sampai tarik-tarik rambut sebab nak merebut!) piala Ir. Hajjah Azura. Ngeeee..
Seperti bese, aku dengan rase rendah dirinye nak gitau yang unit kami bukanlah pemenang untuk 2-2 kategori; lelaki dan pompuan. Unit kami dapat tempat yang sedang-sedang ajek. Hehehehe.. untuk grup lelaki kami dapat tempat ke 10 daripade 13 dan untuk grup pompuan lak kami dapat tempat yang jeng jeng jeng... tempat paling last. Uhuk uhuk uhuk.. tempat tercorot!
Dalam 8 grup pompuan yang bertanding, kami cop tempat last! Terer tak kami?
Pemenang untuk kategori lelaki ialah:
i. BPR B (Johan)
ii. UPSE (Naib Johan)
iii. BPR C (Ketige)
Pemenang kategori wanita lak:
i. UIPT (Johan)
ii. USPM - Team 1 (Naib Johan)
iii. BPR C (Ketige)
Jatuhan pin terbanyak (individu lelaki)
i. Abdullah (BPR D2) - 521
Jatuhan pin terbanyak (individu wanita)
i. Sharinah (BPR C) - 439
Jatuhan pin terendah (individu lelaki)
i. Wan Mohd Khairil (BPR D2) - 269
Jatuhan pin terendah (individu wanita)
i. Nahziatul Shima (BPR D1) - 163
Eh, korang cari name aku ek? Ne ade name aku kat situ. Hehehehe
Err.. kami ade alasan la kenape kami kalah. So kat bawah ni aku dengan idong kembangnye nak gitau alasan nape kami kalah ari Sabtu lepas:
i. Kami ne ade pektis macam grup lain. Grup kami sume rajin-rajin; tak suke curi tulang so takde mase nak gi pektis time opis hour (macam le grup lain pektis time keje!)
ii. Kami saje jek wat kalah. Nak bagi can grup lain menang dulu. Nanti-nanti kami lak menang. Tunggu sume kebangkitan kami; heroin-heroin BPR D1!! Yeah!!
iii. Kami bukan grup yang suke menunjuk-nunjuk. Biar la orang lain nak kate kami tak terer. Takpe.. Tapi kami tau yang kami memang terer. Sebenonye kalo setakat Shalin Zulkifli dan geng-geng die tu, kami memang buleh 'pukul' la. Saje je takmo tunjuk eksen.
iv. Kami ingat slalu pesan ni; tuhan marah kite menunjuk-menunjuk. So salah ke kami ikut pesanan tu? Tak salah kan?
Haa.. tu aje alasan yang mampu aku bagi mewakili grup BPR D1 (yang pompuannye la).
So kat bawah ni sedikit gambar pade ari tu yang sempat aku snap. Gambar grup lelaki takde dalam kamera aku. Tambahan lak kami main kat tingkat 4 dan dowang kat tingkat 3. Ade pon dalam kamera lagi satu. Malas aku nak godek-godek kamera tu... :)
Johan kategori wanita; UIPT diketuai oleh Puan Noraini Ibrahim. Tahniah ye geng-geng UIPT

PM dengan 'terorist' wanita; Sharinah a.k.a Sherry

Naib johan kategori wanita; USPM (Team 1) diketuai oleh Puan Ir. Sabariah Hussein

'Terorist' lelaki; Abdullah a.k.a Pak Lah. Bravo! "Sifu, sile beri tunjuk ajar.."

Tempat ketige kategori lelaki; BPR C. Zamri dengan KJE Ir. Jahini

Khairil; paling tercorot jatuhan pin (kategori lelaki) tengah amik adiah spesel dari KJE Ir. Jahini

Ambuih!! KJE Haji Baihaki; senyum lebar bile BPR B berjaye mengekalkan kejuaraan kali kedua

Johan kategori lelaki; BPR B. Hadi tengah amik adiah dari KJE Ir. Jahini


Erk!! PM sedang bergambar dengan bola bernombor 10. Bergaye dengan t-shirt yang disponsor oleh sorang dermawan unit BPR D1


Muke-muke pemain boling BPR D1 yang pegang prinsip "kasi le can orang lain menang. Kite tak yah tunjuk terer. Bese-bese ajek. Yang penting smangat kesukanan..". Hahahahaha

Penjejak Mimpi: Time kasih pade dermawan-dermawan BPR D1 yang telah sponsor t-shirt, air mineral Dr Sukida dan air tin. Muge Allah berkati dan merahmati kehidupan anda sefamily. Amin.

Sunday, January 23, 2011

Lee Chong Wei Menang!!

BARU jap tadi tamat perlawanan badminton akhir Terbuka Malaysia 2011 di antara Datuk Lee Chong Wei dan Taufik Hidayat. Kemenangan berpihak pade Datuk Lee CW yang menewaskan Taufik Hidayat dengan straight set. Mate kemenangan die ialah 21-8 dan 21-17. Tahniah aku ucapkan.
Kemenangan Datuk Lee Chong Wei ini menjadikan rekod kemenangan die bertemu Taufik ialah 11 kemenangan berbanding 6.
Keputusan lain yang sempat aku tengok (sebab aku pon tak tau sebenonye. Bukak tv tengok-tengok da start..) ialah:
1. Perseorangan wanita akhir: Wang Yihan (China) kalah kepada Wang Shi Xian (China) dengan mate 18-21 dan 14-21
2. Beregu wanita akhir: Tian Qing/Zhao Yun Lei (China) menewaskan Yu Yang/Wang Xiao Li (China) dengan mate 21-12, 6-21 dan 21-17
Lepas game ni, Datuk Lee Chong Wei akan berlepas ke Seoul untuk menyertai Terbuka Korea lak dalam Super Series 2011. Muge kemenangan terus dikecapi oleh beliau.
Malaysia Boleh!!
Penjejak Mimpi
- suke layan badminton..

Wednesday, December 29, 2010

Malaysia Juara Baru!!

Salam.
YES, akhirnye Malaysia menjadi juare Piala AFF Suzuki untuk tahun 2010. Walaupon tewas 2-1 tapi aggregat ialah 4-2. Tahniah Malaysia!
Keputusan:
1. Juara: Malaysia
2. Naib: Indonesia
3. Penjaring terbanyak: Mohd Safee Sali (Malaysia)
4. Pemain terbaik: Firman Utina (Indonesia)
Pergh!! siap de bunge api lagi kat area umah aku ni.. :) Tahniah skali lagi kat team Malaysia.
Penjejak Mimpi
- da buleh tido.. :)

Siapakah?

Salam.
SIAPEKAH juare baru perlawanan bola sepak malam ni yang sedang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno antare Indonesia dan Malaysia? Siapekah yang akan menggenggam piala AFF Suzuki? Siapekah yang bakal menjadi penerime gelaran penjaring terbanyak? Kite tunggu ajek.. Masih ade mase 60 minit lagi untuk Malaysia bergelar juare. Wat mase ni nampak macam Indonesia mengusai permainan. Pe pon, muge Malaysia menang. Amin..
Penjejak Mimpi - mate da ngantuk tapi nak tengok final nie..

Sunday, December 26, 2010

Tahniah Malaysia.. :)

Salam.
TAHNIAH untuk pasukan bola sepak Malaysia yang telah menewaskan pasukan Indonesia dengan 3 mate berbalas 0. Aku bukan peminat bola sepak tegar tapi tumpang hepi dengan kejayaan ni. Lepas ni ade lagi cabaran selame 90 minit menanti pasukan Malaysia di stadium Gelora Bung Karno pade 29hb nanti. Muge kite akan terus melakar kemenangan dan menjadi juare baru Piala AFF Suzuki ni, insya Allah.
Penjejak Mimpi - kaki bangku.. Heh heh heh

Sunday, May 16, 2010

China vs Indonesia (Piala Thomas)

Salam.
SEBENTAR tadi tamat perlawanan akhir Piala Thomas antare China menentang Indonesia. Satu pertemuan klasik yang berkesudahan China menang dengan mate 3-0. Seperti yang diramalkan sekali lagi Piala Thomas akan berada di Tanah Besar China untuk 2 tahun lagi. Aku sebagai penyokong tegar memang gembire dowang. Yippi!
Ok, skang mase untuk pengulas sukan tak bertauliah ni memberi ulasan. Pade pandangan aku, permainan pertame antare Lin Dan; ranking kedue dunia bertemu dengan Taufik Hidayat; ranking kelime dunie ni kureng menarik. Sebabnye Taufik tak bagi tentangan yagn sengit. Macam da givap pon ade aku rase. Memang tak best langsung. Cume mase set kedue tu baru le nampak Taufik sedikit berusahe tapi takde maknenye seba ternyate Lin Dan memang dalam kelasnye yang tersendiri. Errr.. ade orang yang vomit dengan stetmen aku tu? Lin Dan menang dengan straight set dengan mate 21-7 dan 21-.
Masuk perlawanan kedue beregu antare Cai Yun dan Fu Hai Feng; ranking kelapan dunie menentang Markis Kido dan Hendra Setiawan; ranking ketige dunie. Ha, game ni memang best sesangat. Aku suke tengok si Kido ni wat smash. Memang laju giler. Banyak lagi la aksi Kido yang menambat perhatian aku. Kalo shuttle da depan mate die, just say bye-bye aje la. Memang die akan smash tajam. Set pertame kapel Indonesia ni menang dan terpakse ke rubber set sebab set kedue pemain China menang. Ntah bape kali asik duce ajek but at last China menang dengan mate 25-23, 20-16 dan 21-12. Perlu diingatkan permainan dowang memang pantas. Dan aksi menarik ditunjukkan oleh kedue-due pasangan ni.
Single kedua antare Chen Ji; ranking ketige dunie menentang Simon Santoso ranking ke 12 dunie juge membawak ke rubber set di mane set pertame Simon menang dengan mate 19-21. Set kedue Chen Ji menang dengan mate 21-17 dan dalam set penentuan juge Chen Ji menang dengan mate 21-7. Mase set pertame ni aku rase Chen Ji ni over confident tu sebab die main cincai-cincai jek sedangkan Simon obvious bersemangat nak dapatkan mate pertame untuk Indonesia. Bile da masuk set kedue barule si Chen Ji bagi tentangan senget dan menang. Masuk set ketige Simon seakan-akan dalam keadaan tertekan sangat dan banyak melakukan kesilapan kat jaring. Smash pon tak menjadi. Seolah-olah semangat yang ilang.. (da macam lagu XPDC le pulok). Sedangkan Chen Ji memang tak bagi peluang. Terus jek cepat nak matikan perlawanan. Akhirnye pemain yang berusie 21 tahun ni mengesahkan kemenangan China dan seterusnye mengekalkan Piala Thomas di China untuk 2 tahun lagi. Tahniah skali lagi kat team China. Bravo!

Saturday, May 15, 2010

China vs Korea Selatan (Piala Uber)

Salam & selamat malam.
SETELAH berhempas pulas bermain bermati-matian petang tadi, akhirnye Piala Uber jatuh ke tangan Korea Selatan yang jelas nampak berusahe bersungguh-sungguh untuk memecahkan dominasi China.
Ini le rupe Piala Uber yang berjaye 'dirampas' oleh Korea Selatan dari tangan China...

China, selaku juara bertahan menurunkan pemain no 1 dunia iaitu Wang Yihan untuk menentang Bae Seung Hee (ranking ke 16 dunie) tapi China tewas straight set dengan mate 23-21 dan 21-10. Pade pandangan aku la kan.. kali ni permainan Yihan sedikit tidak bermaye. Macam kureng best la. Adekah die yakin akan menang sebab rekod pertemuan dowang berdue memihak pade die? Kalo ikut umur, patut die lebih fit sebab die pon mude lagi (22 tahun) berbanding Bae Seung Hee tu (27 tahun). Tapi memang berbeza mase aku tengok time die lawan dengan player Indonesia; Maria Febe Kusumastuti.
Pasangan beregu Korea Selatan; Lee Hyo Jung/Kim Ming Jung meneruskan kemaraan mereka dengan menewaskan pasangan beregu China (ranking no 1 dunie); Ma Jin/Wang Xiao Li dalam permainan yang berlanjutan ke rubber set dengan mate 18-21, 21-12 dan 21-15. Ni pon same. Situasi yang same. Serba-serbi yang dibuat dek minah dari China ni semue dapat dibalas dek minah Korea. Tapi frankly speaking, aku suke tengok aksi Ma Jin dan aksi Lee Hyo Jung depan jaring. Sepantas kilat dowang smash untuk mematikan permainan. Pergh!! hebat... hebat... :)
Perseorangan China kedue, Wang Xin (ranking no 2 dunie) merapatkan jurang dengan menewaskan pemain kedua Korea iaitu Sung Ji Hyun (ranking ke 26 dunie) dengan mate 21-14, 16-21 dan 21-7 juge dalam permainan rubber set. Time ni memang nampak penguasaan Wang Xin. Samada Sung Ji Hyun ni da over confident atau pon spirit untuk menang lebih menguasai pemain China.
Kalo ikut pengalaman pon, player China lebih lagi. Banyak hantaran China tak dapat dibalas oleh player Korea. Budak lagi ni.. masih ijau.. Ewah.. memandai jek aku ni... ngeee :))
Pasangan beregu kedua Korea; Lee Kyung Won/Ha Jung Eun (ranking ke 11 dunie) melengkapkan kejayaan Korea dengan menewaskan pasangan dari China; Du Jing/Yu Yang (ranking kedua dunie) dengan mate 19-21, 21-14 dan 21-19. Ha.. mase ni memang suatu yang tak dapat diterime dek akal aku ni.. Kekalahan dowang ni banyak disebabkan kesalahan sendirik. Samada mase smash, bulu tangkis sangkut kat jaring.. mase main kat jaring, gagal angkat bulu tangkis tu.. pukulan out kat base line.. short court.. salah paham.. Tapi aku tak salahkan dowang.. (name pon team fevret, kan..). Dowang ni tertekan untuk menang; untuk samekan kedudukan 2-2. Aku paham... :)

Akhirnye Korea menang menentang China dengan mate 3-1 dan dapat merangkul Piala Uber yang sudah lame diidam-idamkan. Ye la.. asik jadi naib juare jek, mane leh tahan beb?

Sebagai penyokong team China, memang le aku frust bile team fevret aku kalah. Start jek kui 2pm, memang aku duduk di depan tv tak bangun-bangun kecuali 'nature call' tu terpakse le aku bangun kan... Tapi tu lah.. Korea memang layak menang sebab nampak bertenage dan bersungguh-sungguhnye pemain dowang. Mistakes pon kurang.. Kawalan gelanggang tip-top.. Idea dan akal untuk mencari mate pon not bad.. Pemain China asik tertipu dengan pukulan drop shot pemain Korea kat base line. Kawalan bulu tangkis kat jaring pade aku pemain China dan Korea same bagus.
Tapi mase single player main, dowang jarang wat smash. Kalo stakat rally tu, da naik juling mate aku nih. Ngeee... :). Kene lak kalo time beregu.. Lagi le banyak rally.. hantaran tanggung sket jek yang dowang wat sebab dowang banyak anto bola tangkis kat belakang. So payah sket nak wat smash. Pe yang pasti, due-due team same hebat, same-same bagus. Cume aku muskil sket nape China leh kalah? Samada dowang over confident akan menang berdasarkan rekod-rekod lalu atau semangat untuk menjadi juara baru yang menyebabkan Korea bertekad bermain berhabis-habisan? Tapi ape pon, aku tetap sokong China walau pon dowang kalah.
Memang best dan puas tengok game tadi. Tapi lebih puas kalo China yang menang...

Friday, May 14, 2010

Malaysia vs China - Last Part

Salam & selamat malam..
AKHIRNYA tak yah bersuluh lagi memang da terang-terang kite kalah peringkat separuh akhir di tangan China dengan kiraan mate 3-0. Stat tewas mase Lee Chong Wei, pasangan beregu kite; Tan Boon Wah/Koo Khean Keat dan Wong Choong Han dengan straight set. So pasangan beregu kedua dan Hafiz Hashim tak yah berpeluh-peluh bermain.

Aku secare peribadinye kecewa la jugak sebab kite kalah tapi aku yakin dowang da berusahe bersungguh-sungguh tadi. Aku juge tabik pade penonton yang jelas menyokong hingge Choong Han habis main dan takde episod 'boo' atau pon adegan baling botol berlaku. Walaupon ade penonton yang balik mase perlawanan sedang berlangsung (mungkin dowang da frust awal-awal). Appa da.. pemain tak givap; penonton/penyokong yang givap pe kes?

Ok, skang ni turn aku jadi pengulas sukan tak bertauliah.. :)

Pade pendapat aku yang bute kayu pasal badminton ni permainan Chong Wei tadi serba tak kena. Mungkin permainan psikologi oleh Lin Dan berjaye mempengaruhi persembahan die. Pe taknye.. jap-jap tukar shuttle cock.. jap-jap tak ready.. Memang berbeza kalo dibandingkan dengan corak permainan mase die lawan Peter Gade malam kelmarin.

Inilah Piala Thomas dan Piala Uber yang menjadi rebutan tige buah negare esok dan luse..

Permainan beregu lak; terus terang aku tak bape kosentret sebab mase ni aku tengah menikmati makan malam yang ditapau kat pasar malam tadi dengan penuh berselera.. So kesedapan menikmati nasi campur tu telah melalai dan melekakan aku dari terus mengikuti permainan beregu tu. Jangan mare ha... :) (at least aku berterus terang..)
Untuk perseorangan kedue iaitu antare Wong Choong Han dan Mr Chen (erk! aku da lupe name penuh mamat ni sebenonye), ternyate usie dan stamina menjadi tembok perbezaan permainan antare mereka berdue. Choong Han ternyate berusahe bersungguh-sungguh bermain tadi. Walau ape pon, aku ucapkan tahniah walaupon kite tewas, kite masih berusahe bersungguh-sungguh untuk menang. Tewas dengan bermaruah.

Petang Ahad jam 2pm, China akan bertemu Indonesia yang menang ke atas Jepun dengan kiraan mate 3-1 dalam perlawanan akhir Piala Thomas manakala esok, jam 2pm pasukan China akan menentang Korea Selatan dalam perlawanan Piala Uber.

To tell the truth, untuk Piala Uber aku sokong China. Even mase dowang lawan Indonesia dalam separuh akhir semalam pon aku sokong China. Tapi untuk Piala Thomas ni.. aku lom pikir nak sokong mane.. :) Emm... rasenye aku sokong China gak kot..

So jumpe lagi di tahun 2012 dalam edisi Piala Thomas yang ke 27 (kalo tak silap). Adios..
Selamat malam/good nite/guten nacht...

Malaysia vs China - Part 1

Salam..
PETANG ni jam 7.00pm akan berlangsung pertandingan separuh akhir kedua Piala Thomas antare Malaysia menentang China. For record, jam 2pm karang Jepun akan menentang Indonesia pade pertandingan separuh akhir pertame.
Pade pendapat aku, kite punyai peluang 50-50 untuk menang dengan China ni. Ye la, dowang pon de pemain yang bertaraf dunie cam Lin Dan, pasangan beregu pertame dowang dan buleh kate sume la termasuk pemain Piala Uber dowang tu. Sori, name dowang ni aku tak bape hafal sebenonye. Berbelit lidah teman nak menyebutnye.. :)

Kalo ikut ranking dunia, daripade sepuluh tempat, pemain China je da empat tempat, Indonesia (2), Malaysia, Denmark, Vietnam dan Thailand masing-masing (1). Ni aku sembang pasal pemain lelaki tau. Nak ulas pasal ranking, kekuatan dan kehandalan due-due pasukan ni aku rase korang leh bace dari surat khabar.

Semalam aku layan gak separuh akhir kedue Piala Uber antare China dan Indonesia. Yang pasti aku memang suke corak permainan pemain perseorangan die (Wang Yihan). Memang hebat siot! Kawalan gelanggang dan permainan di jaring yang bagus. Ko wat le cane pon die memang dapat amik punye... :) Menang straight set.

Beregu dowang pon same hebat. Smash pemain die memang tajam. Jangan sesekali bagi bola tanggung kelak padah menimpa.. (dah macam Hasbullah Awang le pulek..)

Pemain Indonesia pon teror gak cume mungkin naseb tak menyebelahi dowang. "Tidak apa ya... lagi dua tahun kamu bisa coba lagi.." :)

Pe pon, petang ni tak buleh miss. Kene balik on time.. At least dapat kejar tren kui 5.10pm pon da ok. Singgah pasar malam jap pastu bersedia di depan TV. Malaysia Boleh... :)

Thursday, May 13, 2010

Malaysia vs Denmark - Last Part

Salam..
AKHIRNYE kite menang juge dalam peringkat suku akhir kedue menentang Denmark malam tadi dengan mate 3-2. Mate kemenangan dari Lee Chong Wei, KK Koo/BH Tan dan Mohd Hafiz Hashim. Manakala Choong Han dan Zakry/TH Hoon; walaupon tewas tapi menentang berhabis-habisan. Aku layan sampai ke game terakhir; mase Hafiz lawan dengan Joachim Persson walaupon dalam entry aku sebelum ni aku cakap aku takde mood nak tengok.. Ala, mulut jek cakap camtu tapi aku layan gak tengok mase Zakry/Thien How lawan. Ngee... :)
Pendapat aku tentang game semalam... Memang aku rase sonok giler layan game tu. Sebab nampak perubahan dari segi persembahan Choong Han & Hafiz. Mungkin mase lawan dengan Jepun tu dowang saje nak warm-up kan badan kot... Manakala permainan Zakry/Thien How memang bagus sangat sebab semalam adalah gandingan pertame dowang setelah pasangan Zakry; Fairuzizuan 'direhatkan' kerane emosi yang mungkin terganggu gara-gara diejek oleh penonton setelah kalah ditangan pasangan beregu dari Jepun. Penonton-penonton ni pon satu... yang gi boo dan buat isyarat lucah kat Zakry/Fairuz ni nape? Tau le marah tapi jangan le wat camtu. Ingat pemain ni saje nak kalah ke? Kene paham tekanan pemain bile bermain di hadapan penonton sendiri. Ewah, cam aku lak yang main.. ngee... :)
Permainan Chong Wei dan Koo Khien Kiat/Tan Boon Heong; macam bese tip top! Dowang memang world class la...
Tapi alhamdulillah lah sebab kite menang. So lepas ni kite akan bertemu Chine di peringkat separuh akhir. China semalam menewaskan Korea Selatan dengan mata 3-0 dan Jepun (dalam bahase Indonesia dowang sebut Japang) akan menentang Indonesia.
Aku doakan pasukan kite akan menang menentang China. Rasenye peluang 50-50 la sebab China pon de pemain yang hebat-hebat dan bertaraf dunia macam Lin Dan.
Ape pon, tahniah untuk pasukan Malaysia. Insya Allah piala Thomas akan kembali ke tangan kite. Yeah!! Malaysia Boleh!

Wednesday, May 12, 2010

Malaysia vs Denmark - Part 2

Salam..
(Sambil layan tv tengok siaran langsung badminton suku akhir nie..)
SEHINGGA ke saat ini (7.55pm) bakal berlangsung perlawanan ketige antare Wong Choong Han vs Jan O Jorgensen.
Keputusan stakat ni kite mendahului Denmark 2-0 dimane Datuk Lee Chong Wei menewaskan Peter Hoeg Gade straight set dengan mate 21-17, 21-17 dan pasangan beregu Koo Kean Keat/Tan Boon Heong menewaskan Mathias Boe/Carsten Morgensen dengan kiraan mate 21-17, 21-19 juge dengan straight set.
Ok, da start da game ketige..
Choong Han macam tak bermaye jek.. mungkin usie die kot?
Pergh!! cantik ahh smash Choong Han nih.. :) Aku rase smash die memang cantik la... Jumping smash die perghh!! tak terambik dek mamat Denmark nih.. Sampai raket pon leh terlepas bile kene smash dengan Choong Han.. :))
Adehhh... kalah Choong Han dengan mate 20-22.. :(
Harap lepas ni die akan bangkit dan terus kalahkan Jorgensen yang hensem tu.. Wakakaka
Ni le muke mamat yang da kalahkan Choong Han; Jan O Jorgensen.
Set kedue Choong Han menang 21-16.. :) Set ketige stakat ni (8.55pm) ialah Choong Han - 11, Jorgensen - 9
. Keputusan akhir: Choong Han tewas 21-18 :(
Aduyai! Frustnyer.. But at least Choong Han tewas dengan bermaruah sebab die mencube dengan bersungguh-sungguh. Berbeza dengan persembahan semalam yang agak membosankan.
Lepas ni pasangan beregu kedue Zakry Latif/Hoon Thien How akan menentang Lars Parske/Jonas Rasmussen (ranking no 6 dunie tu..)
Terus terang aku da ilang mood sket nak tengok game ke 4 ni.. :(
Keputusan lain; China beat Korea Selatan dengan mate 3-0 means kalo kite menang game ni kite akan jumpe China di separuh akhir.

Malaysia vs Denmark - Part 1

Salam..
KAT bawah ni aku sertakan senarai pemain Malaysia dan pemain Denmark. Saje je la kot petang nanti tengok pemain tapi tak kenal name lak... Nak upload gambor dowang aku rase sedikit malas.. Ngeee :)
Malaysia:
Perseorangan:
Lee Chong Wei
Wong Choong Han
Mohd Hafiz Hashim
Tan Chun Seang
Beregu:
Koo Kean Keat
Tan Boon Heong
Mohd Zakry Abdul Latif
Mohd Fairuzizuam Mohd Tazari
Hoom Thien How
Ong Soon Hock
Denmark:
Perseorangan:
Peter Hoeg Gade
Jan Ø Jørgensen
Joachim Persson
Hans‐Kristian Vittinghus
Kenneth Jonassen
Beregu:
Mathias Boe
Carsten Mogensen
Jonas Rasmussen
Lars Paaske
Thomas Laybourn

For info, game tersebut akan diadakan petang ni jam 6pm. Muge kite akan menang, insya allah. :)