Pages

Showing posts with label Tugasan Rasmi. Show all posts
Showing posts with label Tugasan Rasmi. Show all posts

Tuesday, July 4, 2017

Mencari Jiwa Yang Hilang

ASSALAMUALAIKUM wbh & selamat pagi.

Image: As usual taken from Google
Selamat Hari Raya Aidil Fitri untuk semua pembaca blog aku yang budiman. Moga hari raya ini korang sambut dengan penuh kesederhanaan dan riang ria. Amiin.

Semalam aku dah mula kerja lepas cuti start hari Khamis 22hb tu. So macam biasa.. bila dah lama bercuti.. nak start balik 'enjin' tu.. memang lambat la sikit... huhu...

Nak kena recall balik semua perkara-perkara pasal projek 'Y' aku tu.. bila member tanya soalan-soalan teknikal sikit.. arghh.. kena ambil masa untuk fikir balik... kena selak 'kitab' aku.. huhuhu.. teruk kan?

Lepas discuss kejap dengan IB sebelum rehat semalam... ternyata aku kena ammend few things kat drawing lighting aku tu.. Hmmm... again.. and again.. and again... Serius.. aku rasa dah nak muntah hijau mengadap benda yang sama berbulan-bulan.. Dengan nak kena rujuk drawing ELV.. drawing mekanikal.. mechanical requirements.. arghh!! pening lah... :( 

So hari ini.. dengan azam yang baru.. nak kena tengok balik semua benda-benda dalam drawing aku tu.. nak buat planning.. jangan ada yang tertinggal atau kena komen lagi.. Inshaa Allah.

Okey, nak sambung buat kerja. Tata

Penjejak Mimpi: Jangan planning tinggal planning sudahler...

Thursday, May 19, 2016

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015

Sijil dan pas sebagai Penerima APC tahun 2015. Tema majlis tahun ini ialah Kecemerlangan Melangkaui Ekspektasi.
ASSALAMUALAIKUM wbh..

Hari ini aku ke Dewan Konvensyen CIDB untuk menerima sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) untuk tahun 2015. Memandangkan dewan tu sebelah rumah aku jadi aku hanya menapak ke sana. Bergerak ke dewan tu dalam jam 6.35am dan bila dah sampai sana terus mendaftar di Saluran 10. 

Seingat aku.. majlis APC tak pernah diadakan selain di Dewan Tan Sri Mahfuz, Ibu Pejabat JKR tapi kali ni buat di Dewan Konvensyen CIDB pulak. Hmm.. takpelah.. ok jugak tu.. dekat jer dengan rumah aku..

Petang semalam ada rehearsal. Time tu jumpa lah dengan ex-housemate aku; Ida a.k.a Wendy, ex-boss aku Ir. Azlan, dan kawan-kawan satu batch dulu dan beberapa kawan yang dah pencen ataupun yang bertukar tempat bertugas. Hmm.. time ni lah boleh jumpa kawan-kawan lama.. haha..

Seramai 824 orang warga Kerja Raya dari kementerian dan agensi seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah diraikan pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2015. Majlis bermula jam 8.30am dengan kehadiran Menteri Kerja Raya iaitu YB Dato’ Sri Fadillah Haji Yusof dan Timbalan Menteri Kerja Raya; Datuk Rosnah Rashid Shirlin, Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah dan timbalan-timbalannya serta dif-dif kehormat yang lain. Lepas tu kumpulan koir mula lah menyanyikan lagu Negaraku, lagu KKR dan lagu Perkhidmatan Awam. Aku pun sama menyanyi sebab suka dengan lagu-lagu tu. Haha.. 

Lepas tu Menteri Kerja Raya berucap dan selesai beliau berucap bermulalah sessi penyerahan sijil kepada semua penerima. Penyampai sijil bermula dari menteri.. timbalan menteri.. lepas tu ketua-ketua agensi dan pihak pengurusan tertinggi kementerian. Kebetulan sijil aku disampaikan oleh mantan Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Elektrik iaitu Dato' Ir. Hj. Mohd Fazli Bin Osman yang sekarang memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar). Pergh.. seronok sangat-sangat bila time beratur nak ambil sijil tu.. tengok-tengok Dato' Fazli yang akan sampaikan sijil.. hehe.. ater.. dah bekas pengarah kanan cawangan aku kot.. mau tak happy?

Majlis berakhir jam 12.30pm dan lepas makan tengah hari.. aku terus balik rumah. Rehat-rehatkan badan ni.. hehehe..

Ini kali kedua aku terima sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Pertama kali dapat tahun 2009. Kat SINI ceritanya. Alhamdulillah.. sekurang-kurangnya segala penat lelah aku selama ni dihargai juga. Beriye kau kan cik PM? Penat lelah bagai.. padahal kau duduk diam-diam kat ofis tu.. siap air-cond lagi. Hehe.. tapi aku akui dalam 3-4 tahun lepas.. aku ada lah jugak out-station kesana-kemari. Paling jauh nun ke Sarawak tu sorang-sorang. Ke JB pun sorang-sorang. Apa nak buat.. SYMP lah katakan.. huhu.. Tapi aku ambil dari sudut positif semua tu.. aku jadi berani kemana-mana sorang-sorang.. berani bercakap dan berurusan dengan orang lain.. improve communication skill la konon.. Poyo kan bunyinye? Hehe..

Apapun, moga pengiktirafan ni menjadi pemangkin semangat untuk aku supaya lebih komited pada tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan, insyaa Allah.

Lagi gambar masa majlis tadi..

Antara penerima-penerima APC tahun 2015
Time ni belum start lagi. So kami diperdengarkan dengan kata-kata PM berkenaan apa ntah. Sorry.. aku tak pay attention. Sedap sembang dengan kawan sebelah
Menteri tengah berucap. Kecil je Dato' menteri. Lupa nak zoom :)
Teringat dah nak zoom so nampaklah susuk tubuh timbalan menteri sampaikan sijil. Yang tengah-tengah gambar tu ialah tripod cameraman. Haha.. tetiba jer kan?
Lagi antara penerima-penerima APC :)
Pic ni diambil oleh kawan dari level 1. Tu lah Dato' TKPKR Sektor Pakar; Dato' Ir. Hj. Mohd Fazli Bin Osman
Bergambar sebelum balik. Saja ambil sebagai kenangan. Lepas ni tak tahu bila lagi nak naik pentas :)

Nota: Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Fadillah Haji Yusof dalam ucapannya menyeru agar semua warga KKR untuk memberi perkhidmatan sebaik mungkin dan jadikan setiap pelanggan adalah tetamu VIP yang sangat penting tanpa mengira siapa mereka.
 
Persepsi yang baik atau buruk adalah bermula dari kaedah ataupun cara menyampaikan perkhidmatan. Biasanya, pelanggan yang datang telah mempunyai ekspektasi tersendiri terhadap perkhidmatan yang bakal diterima dan pengalaman yang signifikan akan terus diingati dan diwar-warkan. Justeru, semua warga perlu melaksanakan tugas melebihi dari ekspektasi awal pelanggan selaras dengan tema majlis iaitu ‘Kecemerlangan Melangkaui Ekspektasi’. 

Penjejak Mimpi: Dato' Menteri menggelar penerima APC sebagai 'modal insan berkualiti dan berprestasi tinggi' . Beratnya gelaran tu.. :(

Sunday, December 8, 2013

Ke Bagan Datoh - Part 2

AMBOI... sampai buat Part 2 nak bercerita pasal ke Bagan Datoh ni. Padahal 2 hari semalam je kat sini. Hehehe..

Ok, macam yang aku dah cerita sikit-sikit kat SINI, aku ke Bagan Datoh ni bukan suka-suka makan angin. Ada kerja sikit so bertolaklah aku ke Teluk Intan dengan bas tepat jam 8am dari Puduraya. Macam biasa dalam bas aku akan tidur tapi tak berapa lena lah.. Yelah.. nanti sampai sana nanti sembab lak muka ai ni.. tak best lah kan.. Ahak-ahak..

Sampai di Terminal Bus Teluk Intan terus aku mencari teksi yang kebetulan portnya kat situ juga. Lepas tanya tambang bergeraklah kami ke destinasi iaitu ke Wisma UMNO Bagan Datoh yang menempatkan Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) dan juga Kedai Kain 1 Malaysia.

Sampai ke KR1M terus aja aku melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di atas batu jemala patik ni (perghhh!! skema giler). Selepas aku memperkenalkan diri dan beritahu apa tujuan aku ke sana. Dengan bantuan Encik Izzat dan Cik Nabila (diorang staf kat situ), cepat aja aku settlekan apa yang patut aku settlekan. 

Dah settle tugasan rasmi.. ada masalah lain pulak.. mana aku nak cari hotel? Bas ada lalu ke kat situ? Atau teksi ke? Takkan aku nak menapak pula mencari hotel? Memang sepanjang laluan ke KR1M tu bersepah hotel tapi manalah aku nak ingat lokasi hotel-hotel tu?  

Tapi alhamdulillah.. staf-staf kat situ memang banyak membantu. Diorang akhirnya sudi bawak aku ke sebuah hotel berdekatan dengan menaiki kereta. 

Akhirnya menginaplah aku di Hotel Melintang yang hanya 5 minit berkereta dari KR1M. Berapa bintang hotel tu? Aku rasa tak berbintang lah. Semalam hanya RM60.50. Government staff jangan berangan nak dapat diskaun ya.. tak dapek ha.. 

Petang sikit aku menapak balik ke sana (KR1M tu lah) sebab nak clarify beberapa benda dan nak tangkap gambar kedai tu dari depan. Bukti beb.. Beli barangan mandian sikit dan lepas tu pekena laksa dan air kelapa soda dekat kedai makan depan KR1M. Harganya hanya RM3.50. Aku rasa murah giler!! Tapi air kelapa soda tu .... aku tak berapa suka.. :(

Balik ke hotel sempat lagi aku menyinggah beli rambutan yang dijual tepi jalan. Harga sekilo RM4. Murah.. murah.. Tak lupa juga KFC. Hehe...

So pagi tadi aku check-out awal. Lebih kurang jam 8.20am. Yelah.. aku tak pasti nak tunggu bas dekat mana.. nak tunggu teksi kat mana.. pukul berapa ada.. lambat-lambat kang tak balik KL aku.. Kes naya tu.. Lepas tanya kat receptionist, aku terus keluar dan tunggu bas yang muncul tak sampai 10 minit lepas tu.

Perjalanan ambil masa lebih kurang 20 minit untuk ke Terminal Bas Teluk Intan. Dapat tiket bas Transnasional jam 10am dan masa tu baru jam 9am so pekena roti telur dengan teh tarik kurang manis dulu. Akhirnya aku sampai kat KL lebih kurang jam 1pm lebih. Lunch kat Merrybrown dan ronda-ronda kat Kedai Buku 1 Malaysia yang ada di Tingkat 2, Puduraya. Lepas tu aku balik lah ke rumah.

Kesimpulannya.. lepas ni kalau ada tugasan yang menuntut aku travel sorang-sorang.. inshaa Allah aku tiada masalah. Confident level aku dah bertambah sikit. Hehe..

Katil single punya. Dengan remote tv dan air-cond.. :)
Beg merah kesayangan patik. Akan ku bawa kemana saja..
Pemandangan luar. Huh! tetiba aja kabel bersimpang siur depan tingkap. Tak menarik sungguh view nya.. :(
Melintang Hotel. Diambil dari nama Hutan Melintang; bandar kat situ. *bandar ke?*
Kartun Simpsons.. Dah lama tak layan kartun ni.. :)
Ntah apa-apa yang aku beli kat KR1M tu..

Penjejak Mimpi: Dah mengantuk..

Saturday, November 2, 2013

KPI Dah Keluar

Lihatlah dinding yang berserabut tu...
HMMMM.. dah pun start bulan November. Khamis lepas KPI untuk projek baru dah keluar. Dah tengok.. dah belek.. dah teliti KPI tu. Ermm.. dalam kepala ni dah mula fikir pasal projek tu. Kalau ikut KPI, aku kena buat plus minus 20 keping drawing. Mungkin lebih 20 keping.. mungkin kurang 20 keping.. Tapi rasanya akan 'lebih'. Haha.. Projek sekolah agama.. :)

Hmm.. tiba-tiba teringat projek Maahad Tahfiz kat Kuala Kubu Baru. Projek tu aku buat 'lone ranger' aja. Dah siap semua.. dah plot tracing.. dah dapat tandatangan semua pihak terbabit. Tup-tup projek tu KIV. Huh!! haru betul! Kecewa juga aku bila tiba-tiba projek tu KIV. Apa taknya.. kami (design team) terpaksa berpanas di tengah-tengah hari buta kat site.. mengukur jarak bagai.. jumpa client dan lain-lain.. kena marah untuk benda yang bukan salah aku.. tunggang terbalik semuanya disebabkan nak menyudahkan drawing projek tu. Well.. memang kecewa tapi itulah yang selalu berlaku. Kalau setakat design changes, memang selalu lah.. (macam yang sekarang aku tengah settlekan) tapi layankan aja lah. Alhamdulillah lah ada kerja nak buat. Kalau datang ofis tapi takda kerja nak buat lagi haru kan? Kurang-kurang berbaloilah gaji yang aku dapat tiap-tiap bulan tu. Dalam erti kata yang lebih mudah: aku taklah makan gaji buta aja kan? Hehe..

Bagus ada KPI sebenarnya. Ye lah.. bila ada KPI kita tau bila tarikhnya kena submit draf 1.. draf  2.. bila tarikh review dengan big bos.. bila tarikh tender.. bila kita agak-agak 'out of track'.. boleh adjust mana-mana yang patut as long as masih dalam tarikh yang ditetapkan.

So berbalik kisah KPI aku tu.. lepas dah tengok.. lepas dah belek.. lepas dah teliti.. aku tampal kat dinding tapi aku terbalikkan kertas tu. Maksudnya aku hanya akan nampak halaman belakang yang kosong saja. Alasan? Belum sampai masanya untuk aku serabut pasal projek tu.......

Penjejak Mimpi: Aku ialah orang yang tak ikut sangat KPI. Yang penting aku tahu mana drawing yang prioriti.. bila review dengan big bos.. review dengan comittee dan bila tender.

Sunday, October 21, 2012

Konvensyen KIK 2012

PADA Khamis lepas; 18hb Oktober Kementerian Kerja Raya telah menganjurkan Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam yang berlangsung di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Ibu Pejabat JKR. Konvensyen ini dirasmikan oleh Datuk Himmat Singh KSU kementerian.

Aku tak terlibat sebagai peserta. Aku hanya bertindak sebagai pemerhati sahaja bersama 2 orang lagi member se-ofis. Ada lagi lah wakil dari unit lain sebagai pemerhati. Ermm.. kami ni bertindak sebagai pemerhati sekaligus sebagai penyokong (pom-pom girls?) untuk wakil Cawangan Kejuruteraan Elektrik.

Ada 7 kumpulan yang bertanding dalam konvensyen kali ini iaitu 3 dari wakil Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan 4 wakil dari JKR. Dan untuk kategori terbahagi kepada 2 iaitu Teknikal dan Pengurusan.

Wakil cawangan kami iaitu Kumpulan B-Staree bertanding untuk kategori Teknikal dengan tajuk projek Easy Schematic Programme (ESCAPE). Kumpulan lain yang bertanding untuk kategori teknikal ialah:

1. Kumpulan Warga BS dari JKR Daerah Kerian dengan tajuk projek "Papan Tanda Amaran WD.23 dan RM.4 Yang Rosak Lewat Diganti".

2. Kumpulan Reflective dari JKR Daerah Bentong dengan tajuk projek "Kerosakan Flexible Post di Persimpangan Jalan Meningkat".

3. Kumpulan Galaksi dari LLM dengan tajuk projek "Kesukaran Melaksanakan Kerja Pembaikan Tayar Pancit dan Bateri Kepada Kenderaaan Ringan Oleh Pasukan Peronda Lebuhraya".

Kumpulan yang bertanding untuk kategori pengurusan pulak ialah
1. Kumpulan Skynet dari LLM dengan tajuk projek "Kesukaran Mengenalpasti dan Mengawal Dokumen Digital Terperingkat".

2. Kumpulan Sukses dari LLM dengan tajuk projek "Kekerapan Berlaku Kesilapan dalam Pengiraan Caj Bayaran Lewat".

3. Kumpulan Q'Bestari dari JKR Negeri Terengganu dengan tajuk projek "Penyediaaan Perubahan Kerja (Variation of Price) Bahan-bahan Binaan Kerja Sivil dalam Kontrak Kerja Yang Sistematik".

Tujuan kami sebagai pemerhati tu ialah untuk belajar apa-apa yang patut sebab unit kami (dan semua unit, ok?) juga ada kumpulan KIK dan mungkin peringkat cawangan akan buat konvensyen juga tapi tak tahu bila. Pada aku kumpulan KIK ni memerlukan komitmen dan kerjasama yang padu dari semua ahli. Payah tu nak minta komitmen dari orang lain. Bukan senang beb... :)

Perasmian penutup oleh YBhg. Puan Sri Dato' Zaiton Mhad Ali; TKSU (Operasi) kementerian. (Errrr.. Dato' Zaiton ni yang kasik sijil kat aku time majlis Anugerah Cemerlang beberapa tahun yang lalu). Konvensyen ni habis jam 4pm.

Penjejak Mimpi: Nak minta orang lain bagi komitmen tapi diri sendiri pun tidak berkomitmen. Abeh camno?  Huhuhuhu..

Sunday, September 2, 2012

Berlakon Aje Tu...

Ambik kau! Kalkulator sampai dua!!

Penjejak Mimpi: Tekak aku dah start sakit ni. Badan pun dah mulai panas.. :(

Saturday, February 4, 2012

Aku & Boss

PETANG Jumaat.. lagi 45 minit nak balik tetibe bos kecik datang tempat aku sambil cakap "kak PM, tolong fotostat ni ye.." Aku tengok surat kepade HOPT pasal bayaran perunding untuk konsultan elektrik pojek Angkasapuri. Aku amik surat tu dan cakap kat die "macam bese ek Puan?". Die balas "yup". Ok dan terus aku fotostat untuk HOPT (CKBA), CKUB, UKTK dan simpanan fail pojek.

Da setel ape-ape yang patut, terus aku menuju ke bilik dia sambil bawak sampul surat coklat tertulis alamat HOPT, surat original dan satu set salinan surat berkenaan untuk die cop dan tandatangan. Sebelum tu aku da cop siap-siap "Salinan Disahkan" kat set surat fotostat tu. Lepas die sign kat setiap page surat tu, terus aku masukkan dalam sampul dan letak dalam tray out.

Lepas solat tetibe tingat sesuatu. Terus kol bos kecik dan tanye: "Errr, tadi Puan tulis tak word 'bayaran yang diperakukan bla.. bla.. bla.. kat surat tadi?". Die balas: "takdela kak PM. Lupe". "Oklah kalo gitu. Saye nak naik tingkat 11 cari. Dowang dah kutip tadi". Dia tanye balik: "Eh kak PM tak balik lagi ke?" Aku jawab: "Saye memang nak balik dah ni tapi nak kene cari dulu surat tu".

Terkocoh-kocoh aku naik atas cari orang yang kutip surat tu. Naseb baik jumpe die dan ade surat tu. Aku amek balik dan simpan dalam drawer aku. Masuk keje Rabu ni nak kene setelkan terus. Pheww!! Lega aku. Tak pernah-pernah selame ni terlepas perkare macam tu. Kene berhati-hati lebih lepas ni. Almaklumlah.. bos kecik aku tu kirenye baru lagik masuk unit aku so die musti tak bape familiar dengan certain things so aku kene le ajar die mane yang patut. Tak le maksud ape-ape cume aku just buat mende yang same mase aku bawah bos lame. Tu ajek. Meaning mende yang bese.. proses mende yang same..

Alhamdulillah setakat ni aku hepi keje bawah die (isyyy!! sesape yang tau dan kenal die tak yah le gitau pasal ni kat die ek? Ekekekeke). Yang penting komunikasi tu ade. Setakat ni die tak le bossy. Kalo setakat fotostat surat 4-5 keping tu takde le suh aku. Die wat sendiri. Kalo nak tau enclosure number fail pojek pon, die check sendiri dalam bilik fail tu. Silap-silap die minitkan terus dalam fail. Mane mende yang kecik-kecik tu die wat sendiri ajek. Tak lah macam setengah-setengah bos tu.. surat sekeping pon nak suh anak buah die fotostat. Pastu langsung takde komunikasi. Bagi keje bute-bute ajek. Tak tanye langsung kot-kot anak buah tu ade problem ke untuk selesaikan tugasan tu.. tau-tau nak siap ajek. Tak bagus betui bos gitu.. :(

Style aku ialah.. aku suke adenye proses kemunikasi antare bos dan anak buah. Ape keje pon buleh setel kalo ade komunikasi. Samada verbal, emel ataupon sms. Kalo ade yang tak betul tu, gitau. Tak tau ape-ape, tanye. Yang penting communicate.

Macam aku.. ape-ape memang aku kene report kat die sebab die immediate bos aku so soal segan nak tanye ape-ape atau nak minte idea untuk ape-ape perkare tak menjadi masalah pade aku walaupon die mude dari aku. Memule memang ade rase ego sebab aku lebih tua dari die dan da lame keje berbanding die tapi aku buang rase ego tu. Nak ego buat ape? Buleh bawak mati ke ego tu? Lagipon die bos aku.. aku kene hormat pade jawatan dan pangkat die. Ehem ehem.. :)

Setakat ni boleh kate bos kecik tu jarang kaco aku. Mungkin die nampak aku lately bizi dengan proses update aset dan mende-mende lain berkaitan unit. Ade mendenye yang kekadang aku terpakse direct jumpe big bos so memang bizi awal-awal tahun ni. Apepon, aku hepi skang. Datang opis musti hepi baru buleh hasilkan keje yang berkualiti. Betul tak?

Nota: Dapat bos yang baik jangan take advantage lak ye.. :)

Penjejak Mimpi: Bile lak turn aku jadi bos ni? Berangan la ko cik PM..

Wednesday, February 1, 2012

Siapa Yang Pening Ni?

DUA atau tige minggu lepas..

Kring.. kring.. (<-- bunyi tipon la tu)

Minah 1: Ello.. nak tanye la pasal PC big bos saye tu. Kad Kew.PA dia tu saye kene buat atau da ade?

Mamat 1: Kad die da ade da. Akak tak yah pening-pening pale. Cume nombor pendaftaran jek yang akak kene buat.

Minah 1: Owh.. PTM da bagi kad nye?

Mamat 1: A'ah. Nombor pendaftaran jek akak kene buat. Tak yah pening-pening.

Minah 1: Saye tak pening pasal kad tu. Saye cume pening dengan sikap awak yang terus terjah bilik bos saye dan terus set-up PC baru untuk die.

Mamat 1: Hehehehe..

Minah 1: Saye harap lepas ni awak jangan terus terjah macam tu. Tolong jangan 'overwrite' saye. Awak patut jumpe pegawai aset unit baru buleh buat ape-ape. Ni bos saye tak tau ape-ape dan saye lagi lah tak tau ape-ape sedangkan saye person in-charge aset unit.

Mamat 1: Ok. Minte maaf kak.

Minah 1: It's ok cume lepas ni ade ape-ape deal dengan saye dulu. Then bile saye buleh dapat kad tu?

Mamat 1: Dalam minggu ni juge.

Minah 1: Confirm? Meaning on Friday saye buleh dapat?

Mamat 1: Ye.

Minah 1: Ok, tq.

Klik! (<-- bunyi tipon diletak).

Semalam lak..

Kring.. kring.. (<-- bunyi tipon le jugak)

Minah 1: Ello, nak tanye sket la. Just to confirm.. untuk AVR.. bla.. bla.. rege below RM1000 dan tahun 2000 so consider as an inventory or harta modal?

Mamat 2: Err.. rasenye harta modal.

Minah 1: Excuse me? Saye tak nak jawapan 'rasenye'. You tak buleh jawab macam tu.

Mamat 2: Hehehe.. Harta modal. Senang jek nak ingat.. bla.. bla.. bla... Tak yah nak pening-pening.

Minah 1: Kalo gitu nape ade AVR yang pihak you lekat stiker kat Kew.PA-3 sedangkan rege die below 1k dan tahun 2000? Bukan considered as Kew.PA-2 ke?

Mamat 2: Sape yang buat camtu? Ade stiker? Cane? Tak paham ler..

Minah 1: Pihak you la yang buat. Unit saye punye takde masalah. Da betul. Ni untuk unit 'tut'. Dah la bercampur dengan unit saye. Bla.. bla.. bla.. Kew.PA-2.. bla.. bla.. Kew.PA-3 bla.. bla..

Mamat 2: Tak yah pening-pening. Nak ingat gini jek.. Kalo rege bla.. bla.. bla...

Minah 1: Oklah.. Errmm.. bape ek nombor tipon 'tut'?

Mamat 2: ****

Minah 1: Ok, tq. Saye ade 1 lagi soklan tapi tak ingat lak. Er.. ape ek?

Mamat 2: ..........

Minah 1: Erm, takpelah. Da lupe amende nak tanye lagik. Nanti kalo ingat saye kol you balik. Ok, tq.

Mamat 2: Same-same.

Nota 1: Sampai semalam aku tak dapat kad tu. Melayu memang mudah lupe. :(

Nota 2: Skop keje sendiri takkan tak pasti? Takkan tak firm? Cane ni?

Nota 3: Sape yang pening ni? Aku ke atau mamat-mamat di atas?

Penjejak Mimpi: When it comes about work.. i'm serious. And you're gonna hate me. Do i care?

Wednesday, November 2, 2011

Ke Site - Part 1

SEMALAM aku dan hampir sume member opis telah bergerak ke Ipoh, Perak a.k.a kampung ku yang tercinte. Hehehehe.. Tujuan? Saje kami nak makan angin.

Ishkk! Takdelah.. tujuan adalah untuk membuat POE atau dalam bahasa non-teknikalnye ialah untuk membuat odit. Lupe nak gitau.. kami telah ditugaskan untuk membuat odit di Pejabat Kebajikan Masyarakat, Ipoh. Ala, sape anak Ipoh tu sah-sah tau di mane lokasinye. Belakangnye pejabat Tabung Haji.. dan sebelahnye lak klinik gigi. Dekat lak dengan stesen bas benti-benti tu.

Pejabat ni sebenonye da digunekan sejak beberape tahun yang lalu. Kalo tak silap since 2008. So kami wat odit rekabentuk untuk melihat hasil rekabentuk yang telah di transferkan menjadi realiti. Ye la.. kalo sebelum ni duk melukis jek.. dan bile dapat tengok hasilnye.. alangkah bangganye..

Ehem.. ehem.. sebenonye pojek ni kan.. elektrik die aku yang design.. sniff!! sniff!! (<-- idung kembang kuncup). Dan ni sebenonye my first project.

Tapi kan aku nak gitau le jugak yang elektrical bukan 100% aku yang design. Aku 'bergabung tenage' dengan sorang lagi otai iaitu JTK Shahrin Noordin (Hah! amek kau. Name penuh aku kasik!!)

Kirenye dari pojek ni la aku blaja selok belok auto cad.. cane nak kire lux.. jenis-jenis lampu dan lenlain. Nak aku senaraikan nanti panjang la pulok, kan?

Tapi hasil dari odit semalam ade beberape perkare yang buleh dijadikan panduan untuk next design. Takpe.. blaja dari kesilapan. Itu yang penting. Jangan malu untuk bertanye sebab kalo malu bertanye sah-sah sesat jalan. Kalo kene marah pon, tadah ajek telinge tu janji dapat ilmu. Wallaweh!! Nasihat berapi-api aku ni.. Podacit!!

Nota 1: Entri ditulis dari wad tingkat 13, PPUM, KL.

Nota 2: Gambor nanti aku aplod.

Penjejak Mimpi: Jam baru kui 10pm tapi da ngantuk.. :(