PADA tarikh hari ini; 19hb Julai 2013 bermakna genap 8 tahun aku bergelar penjawat awam di JKR. Hmm.. macam tak percaya pun ada.. *tapi tak lah sampai nak mencubit pipi sendiri!*. Pejam celik.. pejam celik.. dah 8 tahun..
Yang pastinya aku masih di sini; BPR D1. Dari nama unit UPR D (Kerja Bangunan Am).. lepas tu BPR D1. Selepas tu BPR D1 berpecah dua dan diwujudkan BPR D2. Tak sampai 2 tahun (kot) berpecah 2 dan diwujudkan pula unit BPR Projek Khas. Tapi aku? Masih di sini.. setia bersama BPR D1... cewwah!!
8 tahun.. big bos sekarang ialah big bos kedua.. Bawah big bos lama dekat-dekat 6 tahun. Bos kecik lak.. dekat-dekat 6-7 orang.. Tapi aku? Masih di sini...
Bukan tak nak berhijrah ke tempat lain. Bukan sedikit kawan-kawan yang satu batch dengan aku berpindah untuk menabur bakti di negeri sendiri tapi entahlah.. mungkin aku belum bersedia kot? *ko nak bersedia apa cik PM?*
Aku selalu berharap dan berdoa walau di mana pun aku ditugaskan, aku sentiasa menjadi pekerja yang benar-benar 'berguna' untuk unit dan organisasi (skala kecil) dan untuk negara (skala besar tu...). In shaa Allah..
Penjejak Mimpi: Kalau anak tu.. dah darjah 2 kalau umur 8 tahun... :)

4 comments:
Kiranya semua selok-belok dah masaklah ye..
KEJAP JE KAN....3 THN LAK KITA TAK BERSUA.....RINDU2
Kakzakie: Nak kata macam tu.. tak jugak.. banyak lagi menda yang perlu dipelajari.. :)
Hana Isa: Tu lah kan.. macam tak percaya dah 8 tahun.. dan dah 3 tahun kita tak berjumpa. Tak mau pindah balik ke HQ ker?
Post a Comment