DIKONGSIKAN sedikit ilmu yang aku dapat masa attend majlis tazkirah di cawangan kami Jumaat lepas. Tazkirah seperti biasa diberi oleh Tuan Pengarah Kanan; Ir. Hj Mohd Fazli Bin Osman.
Terdapat 7 jenis kebahagiaan dunia seperti pendapat dari Ibnu Abbas iaitu:
1. Hati yang selalu bersyukur: Memiliki jiwa syukur, qanaah, tiada niat berlebihan, sentiasa ingat pada Allah s.w.t. Bila susah, ingatlah ada orang yang lagi susah. Bila senang, syukur pada Allah; tambahkan amal untuk tunjuk rasa syukur.
2. Pasangan hidup yang soleh: Beruntung pada sesiapa yang punya pasangan yang soleh sebab dari situ dapat mencipta keluarga yang soleh dan taat pada Allah swt.
3. Anak yang soleh: Jadilah anak yang soleh pada kedua ibu-bapa. Walau macam mana baik pun kita terhadap ibu bapa, takkan termampu untuk kita membalas jasa mereka. Walau macam mana jahat pun mereka, jangan sia-siakna mereka.. jangan memperlekehkan mereka.
4. Lingkungan yang soleh: Bergaul dengan mereka yang baik dan soleh. Sentiasa menghadiri majlis-majlis ilmu.
5. Harta yang halal: Harta tak perlu banyak tapi yang penting halal.
6. Semangat untuk memahami agama: Sangat mengambil berat soal-soal agama dan cuba untuk memahaminya.
7. Umur yang baraqah: Semakin berusia, semakin soleh. Bila semakin berusia, semakin rindu untuk bertemu Allah s.w.t. Seronok untuk beribadah dan berbuat baik.
Pesan Tuan Pengarah Kanan: Kita beramal di dunia untuk mendapat rahmat Allah. Macam mana nak dapatkan rahmat Allah? Dengan berbuat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang.
Penjejak Mimpi: Muga membawa kebaikan, insya Allah.
0 comments:
Post a Comment