PADA Ahad baru-baru ni ada event 1 Million Women Purple 2013 di Putrajaya. JKR menghantar wakil seramai 80 orang. Itu ikut senarai la.. yang sebenarnya tidaklah aku tahu. Lepas daftar terus tukar t-shirt purple yang disediakan dan bertolak dengan bas dari Dewan Mahfuz, HQ tepat jam 7.30am dan sampai di sana lebih kurang jam 8am lebih. Nasib baik dalam bas tu ada muka-muka yang aku kenal. Senang sikit bila ramai-ramai ni. Tak gitu?
Mula-mula tu masa turun dari bas kami bergerak dalam kumpulan tapi entah macam mana kami terpisah time bersenam robik. Tinggal kami bertiga aja. Yang lain entah kemana. Tapi alhamdulillah lepas tu jumpa balik lepas bersenam robik bagai tu. Soalan yang ditanya kat aku ialah: "kenapa berpecah dari kumpulan Gagak Hitam?". Haha.. kelakar pulak bila dengar nama Gagak Hitam tu.. macam nama grup perompak bank aja, kan? Haha lagi..
Sebenarnya acara berjalan tu tidaklah jauh mana pun.. setakat 1km lebih aja dari Dataran Putrajaya tu ke pentas utama. Siap ada AC Mizal dengan Linda Onn lagi sebagai MC. Bila PM dan menteri-menteri kabinet yang lain dah tiba, adalah nyanyian Negaraku.. Inilah Barisan Kita dan I am For You (IM4U). Lepas tu ada pula video clip pasal pencerobohan di Lahad Datu tu. Entah kenapa time ni air mata aku mengalir.. sedih.. kasihan.. dan rasa semangat yang berkobar-kobar. Eceh..
Aku dan Kumpulan Gagak Hitam berdiri depan skrin besar yang tersedia kat situ. So everything is very clear. Penat berdiri kami duduk. Dengar PM berucap pasal peranan wanita.. bla.. bla.. bla.. tapi kami sibuk bla.. bla.. bla.. kat satu tempat yang redup. Ok tak?
Lepas PM merasmikan Perwani tu, kami terus bergerak balik. Adalah Stacy start menyanyi tapi itu semua tidak kami hiraukan. Perut kami yang menyanyi itulah paling utama.. Hehehe
Lepas lunch, kami bergerak balik. Bas dropkan kami kat tempat yang sama iaitu di Dewan Mahfuz, HQ tapi aku tak balik terus. Singgah di Sogo dulu cari makanan. Lapar seyh.. Makanan tersedia tadi tu tak lalu aku nak menelannya. Huh! demand tak bertempat, kan?
Dah kenyang terus balik. Merehatkan badan yang penat bersenam robik dan berjalan tadi.. <-- macam lah jauh nau ko berjalan, kan Cik PM? Haha..
Kat bawah, macam biasa ada lah gambar yang tak seberapa. Enjoice..
 |
| Bergaya sebelum bas bergerak. Kat sebelah tu EO |
 |
| Time ni tengah 'walk'.. |
 |
| Mereka ialah best-friend:) |
 |
| Aku dan Kahmachi |
 |
| Rehka & Kahmachi. Diorang satu ofis |
 |
| Tolong cari di mana aku? |
 |
| Siapa nak belon purple? Sila angkat tangan |
 |
| I am for you.. I am for you... lalala lalala |
 |
| Jalur gemilang |
 |
| Manusia yang membanjiri Dataran Putrajaya |
 |
| Memeriahkan suasana |
 |
| Time ni ada awek bermotor kuasa besar sedang lalu |
 |
| Sempat lagi bergambar. Time nak cari makanan ni. Kat tangan kiri aku ialah t-shirt untuk IB aku yang sampai ke sudah tak ketemu. Hah.. apa lagi. payung arrr.. Haagen Dasz jom? Ahakz |
Penjejak Mimpi: Sedih sangat bila tengok video klip pasal Lahad Datu tu.. :(
8 comments:
pi gak erk..x aci la jln dekt..cer jln dr jkr ahaha..
eh..akak orang jkr ea???caw mane
haa..kalu da naik bus tu kompem la aktiviti tidur bermula....kehkehkeh
unit PM sape lagi yang pergi? tak kan PM ngan IB jek?
ND: Kalau berjalan dari JKR ke Putrajaya tu, mau makan masa seminggu kot? Haha..
Misz Sheyla: Cawangan dirahsiakan atas faktor keselamatan. Hehehe.. Akak di CKE, Mid Valley. Sheyla di Putrajaya kan?
PA: Appa pulak nak tido. Orang semangat nak walking tau..
LLK: Benar. Saya dan IB saya sahaja wakil unit D1.. :)
Post a Comment