"DIA ada dua aja.. samada pindah atau bercuti.."... tu jawapan IB masa kami berborak-borak petang semalam. Puncanya sebab aku saja la cerita yang aku lately dapat rasa performance aku dah menurun. Semangat bekerja tu masih berkobar-kobar cuma entahla..
Sebenarnya ada juga aku bercadang minta tukar unit *tut* dengan alasan nak belajar benda baru.. ilmu baru tapi takut pulak.. bukan takut apa cuma takut aku tak boleh bekerja dengan suasana opis unit *tut* tersebut. Suasana apa biarlah rahsia.. Haha..
Kalau dengan member-member sama 'rank' aku rasa ok aja cuma bila berurusan dengan orang atas-atas tu yang buat aku fikir banyak kali. Payah aku rasa nak bekerja dengan bos yang serah bulat-bulat semua kat orang bawah ni. Tak pernah ambil tahu masalah anak buah.. yang dia tahu kerja dia bagi siap. Tak fikir macam mana staf dia bekerja. Aku paling fed-up dengan bos yang macam ni. Serius!
Satu lagi aku fed-up dengan bos yang langsung tak berkomunikasi dengan anak buah. Ada ke bos macam tu? Ada dowh.. Takkan lah dia ingat orang lain boleh baca apa yang dia fikirkan? So macam mana kerja nak siap kan? Kang memandai-mandai kata overite bos pulak.. Tapi kalau tak buat mcam tu nak buat macm mana?
Aku percaya sepenuhnya pada komunikasi antara bos dengan anak buah. Kalau tak mahu cakap directly; guna emel.. tak pun guna sms.. tak pun telefon.. payah sangat guna memo.. haha.. (<-- tu dah teruk sangat communication breakdown nya!)
Ek ele.. apa lah yang aku melalut ni... Hemmm.. kalau itu option yang aku ada; tukar unit (pindah) atau bercuti... aku prefer bercuti lah... Tapi nak ke pulau mana pulak lepas ni????
Penjejak Mimpi: Ada benarnya kata Puan Penasihat... 20%... :)
Selamat Hari Kebangsaan Malaysia 2026 Yang ke-69
18 hours ago
12 comments:
Susah bos jenis cenggitu.... saya pun dah boring wat keje skang..tapi nak pindah unit tu tak nak la..dah selesa kat sini..hihi
Bisu agaknya bos yg tak boleh berkomunikasi tu...
Misz sheyla: sama la macam saya.. dah selesa dengan opis sekarang.. sebab tu pilih nak bercuti aje.. hehe
Kakzakie: bisu tang tu aje.. tang cari salah orang tak bisu pulak.. huhu
oooo...kamu pun alami masalah yg sama mcm LLK ye.....Ermmm, tapi LLK tak der masalah komunikasi ngan bos......Cuma bila kita dah duduk lama kat satu2x tempat tu, rasa cepat bosan pulak kan, hehehe
LLK: Cik PM tak bosan dgn kerja hakiki iaitu buat design tp sedikit bosan dgn tugas2 yg bukan hakiki ni. Tak tercapai akalku.. tak tergapai tanganku.. banyak benda pending nih..
P/s dah bosan kat opis tu, kan? Mintaklah tukar unit design pulak.... pasti tak menyesal.. hehe
PM: Dah pernah bagitahu hasrat murni tu kat bos.........Sampai kesudah tak tukar-tukar unit pun........Alasan kalau nak tukar, mesti ada pengganti serentak......Padahal, boleh je gred 22 yang dok kat sinun tu ganti tempat LLK......
nasib3x....
LLK: Sapekah Gred 22 yang anda maksudkan ya? Hehe..
Tapi kalau tanya saya la kan samada nak tukar ke unit yang bukan buat design eg. admin atau kompetensi.. sy akan menolak mentah2. Tak mau.. buat masa ni la.. Pening memang pening... tensen memang tensen tapi interesting sebenarnya buat design ni.. hehe..
tak kan takperasan kot......kat opis LLK kan ada sorang gred 22.....cer ingatkan balik...hahaha.....
LLK: ha.,, cik PM ingat dah... tp skop keje dia kn lebih krg jek cam LLK? Nak tkr cane?
LLK just nak dia ganti tempat LLK jek....coz kat tempat dia tu tak der Gred22 pun tak pe...Sebab setakat jaga driver & kereta jabatan, EO dan CC pun boleh handle (nie ayat bos saya)....Saya nak turun tingkat bawah2x sebelum saya balik ke state :-)
LLK: Bukan ke kalau nak tukar kena sama gred? Dia kan 22 ,mana sama thats why tak boleh tukar dgn LLK.. Gamaknya la kot.. Tp kalau itu skop kerja dia.. senang la.. Haha..
Post a Comment