START semalam heboh dalam surat khabar (termasuk dalam blog) mengenai kajian semula gaji tahunan sehingga lima peratus untuk semua penjawat awam mulai tahun hadapan.
Hmmm.. dengar tu memang lah seronok. Ye lah.. gaji naik siapa yang tak suka kan? Kena pulak pada mereka yang bergaji kecil termasuk 'aku' ni. Tapi harap-harap bila dah naik gaji tu perlulah seiring dengan prestasi dan kualiti kerja. Takkanlah gaji dah naik tapi kualiti kerja masih di takuk lama, kan?
Bila cakap pasal kerja.. ada orang yang tak suka ditegur. Bila ditegur betapa tidak berkualitinya kerja dia.. betapa dia buat kerja acuh tak acuh.. betapa dia menghasilkan kerja yang boleh dianggap seperti 'sampah' .. ada yang sentap.. marah.. mengamuk..
Ada tu pulak.. buat kerja apa yang ditunjuk saja.. apa yang diarah aja.. apa yang disuap aja. Langsung takda inisiatif untuk buat kerja lebih sikit dengan alasan "tu bukan kerja saya" tak pun "bos tak suruh pun". Dah macam robot pun ada. Kalau bos semak kerja dan bos tersalah eja contohnya... sah-sah ikut aja lah ejaan bos yang salah tu. Nak suruh tanya kat bos? Hmmm... kerat jari pun sah-sah tak mau.
Kadang-kadang orang semacam ini entah apa yang difikirnya.. adakah dia beranggapan bahawa kerja itu hanyalah sekadar sumber pendapatan.. buat aja kerja.. kualiti atau tidak.. yang tu belakang kira.. janji hujung bulan dapat gaji ataupun mereka memandang kerja itu sebagai amanah dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan dengan sebaik mungkin?
Tepuk dada tanyalah selera. Apa yang pasti marilah kita sama-sama mencari keredhaanNya hatta untuk mencari rezeki sekali pun... :)
Penjejak Mimpi: Kena selalu jadi 'pembaris'..
4 comments:
Betullah... kena tanya pada diri sendiri kemana harus kaki melangkah demi mendapat redha Allah..
kenaikan gaji tu bukan semua penjawat awam dapat...kalau tak silap, penjawat awam yang bergaji max (cecah dinding) sahaja yang layak mendapat kenaikan.....
Sorry, kalau cekk salah...tapi, cekkk baru dimaklumkan oleh org admin pasal benda nie....org mcm kita hanya mampu ternganga je lah...huhuuhu
kakzakie: benar tu kak.. sy setuju 200%...
LLK: memang la. betul tu.. LLK tak silap. Mende tu hanya untuk otai2 yang gaji dowang dah sampai ke dinding.. da tak buleh nak redah dinding tu.. buat la ape pun.. tetap tak buleh kasi pecah dinding..
habeh punah impian kita, kan? harapan tinggal harapan... huhuhuhu jugak.. :((
Post a Comment