| Itulah 'ghopa'nya stem yang teman beli tadi... |
TADI sebelum balik aku menyinggah ke pejabat pos di bawah Blok F tu untuk mencari stem keluaran terbaru. Aku pun kalau tak silap telah ketinggalan 3 keluaran stem terbaru termasuklah stem sempena lawatan diraja Prince William dan Kate Middleton tu.
So aku yang 'blur-blur ayam' nih terus ke kaunter dan melontarkan soalan. Perbualan kami adalah seperti berikut:
Aku yang blur-blur ayam: "Err.. cik. Saya ni nak beli stem keluaran terbaru dari Pos Malaysia".
Kerani Pos yang cun melecun: "Stem keluaran mana ya kak?"
Aku yang blur-blur ayam: "Ermm.. mana-mana stem keluaran terbaru. Saya sebenarnya dah banyak tertinggal stem keluaran terbaru ni.."
Kerani Pos yang cun melecun: "Ok kak. Tunggu jap. Saya tengok dulu.."
Aku yang blur-blur ayam: "Ok.."
....................
....................
....................
(Selepas beberapa minit.......)
Kerani Pos yang cun melecun: "Yang ni aja yang ada kak (sambil tunjuk stem kat atas meja dia. Aku tak perasan pun gambar apa..) Dengan first day cover sekali.."
Aku yang blur-blur ayam: "Stem yang Prince William tu dah habis ye?"
Kerani Pos yang cun melecun: "Ohh.. yang tu dah lama habis, kak. Kalau akak nak, akak kena pergi ke HQ kami. Tak pun akak jadi member Kelab Filateli. Setiap keluaran kami akan hantar.."
Aku yang blur-blur ayam: "Saya dah ambik borang tu cuma saya kena fikir dulu."
Kerani Pos yang cun melecun: "Kalau akak jadi member, akak takkan terlepas setiap keluaran.. Bla.. bla.. bla..
Aku yang blur-blur ayam: "Betul jugak tuh.." (mengiyakanlah kenyataan minah tu..)
Akhirnya dapatlah aku stem Perayaan di Malaysia bernilai RM3 kesemuanya. Aku ingat banyaklah stemnya.. tapi alahai.. 5 keping ajek. Takpelah. Janji aku dah dapat. Yeay!!
Penjejak Mimpi: Nak kena aktifkan balik aktiviti menyusun stem-stem yang dah terlalu lama tertangguh. Berlambak wehhh!!
2 comments:
pjbt pos dh dkt ngn ofs..sblh blok je tp mls nk jnguk..wlupn br bc psl stem baru pryaan nk kua smlm..dh lame skip gk
ND: Sama la cam saya ni. Post office kat bawah aje pun tapi malasnya mak ai... Tapi kadang2 yang jadi terlupa tu sebab sibuk sangat.. eceh!!
Post a Comment