ENTRI pertama di tahun baru.
Soalan tipikal di tahun baru: "Apa azam anda di tahun baru ini?"
Bijak pandai ada berkata orang yang tidak ada azam ialah orang yang tidak ada cita-cita.
Benarkah begitu?
Mungkin juga.
Orang bijak pandai akan berkata: "Sekurang-kurangnya kita ada tujuan dan destinasi".
Betul ke macam tu?
Tapi orang yang hanya berazam di awal tahun tapi melupakan terus azamnya selepas itu macam mana?
Hangat-hangat tahi ayam gitu...
Atau orang yang tiba-tiba rasa azamnya terlalu susah untuk digapai lantas berputus asa..
Azam hanya tinggal azam..
Yang tu nak kira macam mana pula?
Pasti orang bijak pandai akan menjawab: "Tapi sekurang-kurangnya kita pernah ada azam untuk melakukan sesuatu.."
Nah!! Apa kata anda pula?
Penjejak Mimpi: Hari-hari buat azam baru. Boleh tak macam tu?