Pages

Sunday, January 29, 2017

Terima Kasih Sahabat

ASSALAMUALAIKUM wbh & selamat pagi.

Jumaat baru-baru ini aku ke TNB dan Syabas untuk proses permohonan bekalan baru. Lepas mengisi borang keluar pejabat dan sejurus tamat perbincangan design concept untuk projek 'Y' bersama IB, aku terus turun ke lobi menanti Sherry. Kami nak merempit pagi tu.. :)

Kami menuju ke pejabat Syabas di Jalan Pantai Bharu dulu. Dengan menggunakan bantuan Waze, akhirnya kami sampai juga walaupun pada mulanya tak jumpa pejabat tu. Padahal dah melaluinya pun. Ooo.. patut tak jumpa.. yang kami cari SYABAS tapi dah diberi nama baru kepada AIR. Mana nak perasan.. 

Sampai aja, aku terus menemui seorang staf di sana dan memaklumkan tujuan aku. Diberi borang untuk diisi. 1 borang untuk tutup akaun sedia ada dan 1 lagi untuk permohonan akaun baru. Dah isi, kena hantar balik ke kaunter depan untuk disemak. Ala.. nak salinan IC dengan surat kebenaran menduduki kuarters pula! 

Nasib baik Sherry tak kisah untuk patah balik ke ofis untuk ambil surat tu dan salinan IC. So patah balik lah kami ke ofis dan ke pejabat Syabas tu balik. Di Syabas, untuk wang cagaran, stamp duty, caj pemprosesan dan caj pemasangan, aku kena bayar RM164.60.

Dah settle di Syabas, kami menuju ke pejabat TNB pula. Ikut alamat di surat, Jalan Bangsar. Alih-alih di Dua Sentral nun. Menggagau juga kami nak mencarinya. Lepas Sherry call kawan dia, barulah kami sampai di lokasi berkenaan. Time rehat so tak ramai orang jadi proses tu jadi cepat. Di TNB, untuk wang cagaran, duti stem dan caj pemprosesan, aku kena bayar RM183.18. So total duit aku 'melayang' untuk dua perkara itu ialah RM347.80.

Total: RM347.80
Dah settle urusan tu, barulah kami menuju ke ofis. Tapi nak kena isi perut dulu. Singgah Sogo untuk makan di Food Court. Alhamdulillah selesai sudah 1 urusan perpindahan rumah. Nak pindah mana? Pindah rumah sebelah je... Hahaha..

Untuk Sherry: "thank you very-very much Sherry sebab sudi bagi aku bonceng motor kau dan merempit bersama-sama hari tu. Moga Allah akan selalu memudahkan urusan kau dunia akhirat dan merahmati hidup kau. Aamiin

Penjejak Mimpi: Orang cakap melalui sukan, kita dapat ramai kawan. Aku setuju :)

0 comments: