Pages

Thursday, July 9, 2015

Moment of Truth..

PERGHH!! Tajuk bukan main kau yer... Hehe.. saja nak buat gempak! Padahal bukan kisah yang best pun. :)

Isnin ni Insyaa Allah akan ada design review dengan committee untuk projek berhantu aku tu; Mahkamah Pahang. Dengarnya esok (Jumaat) akan ada final review dengan big boss sebelum proceed dengan committee. Semalam aku dah siapkan semua amendment lepas Kak Ila semak. Minor amendment. 

Dan untuk hari ini, aku dah start untuk projek PAP Machang pulak. Kena draw balik pencawang TNB dalam bentuk auto-cad. Jujur aku cakap.. aku lebih prefer kerja bawah boss sendiri daripada kerja dengan orang lain. Sebab? Nantilah aku cerita. Itupun kalau aku ingat nak cerita lah.. Kalau tak, anggap aja aku dah lupa..

Lepas tender aja projek mahkamah ni, nak pergi makan KFC. Haha.. macam hari lain tak boleh makan KFC je kan? Memang itu niat aku.. settle aja projek ni, aku dengan geng design nak makan KFC. Simbolik untuk rasa 'syukur yang amat sangatttttttt' dan untuk rasa 'lega yang amat sangatttttttt'. Ceh!! macam azab sangat la buat projek mahkamah tu.. kan?

Apa-pun, doakan agar segalanya berjalan dengan lancar; dari proses review dengan committee sampailah kepada proses pembinaan dan hingga boleh diduduki oleh klien, insya Allah.

Penjejak Mimpi: Kurang sikit kot rasa serabut dan tension aku ni.. hopefully...

1 comments:

Kakzakie said...

Macamana dgn projek tu? Dah success?
Harap macam tulah hendaknya

Salam aidilfitri juga dari kakak, maaf zahir batin