Pages

Saturday, October 13, 2012

Trip ke Pulau Pangkor: Hari Pertama

DAH basi pun kisah aku ke Pulau Pangkor nih. Tapi tak kisahlah.. dah basi ke.. busuk ke.. dah bau kepam ke aku tak kira. Aku nak tulis jugak. Ok.. aku mulakan.. Ehem ehem.. testing suara.. cubaan.. 1.. 2.. 3... 3... 2... 1...

Sebenarnya aku plan nak bercuti ni lama dah.. beberapa bulan yang lalu tapi paham-paham ajalah.. aku ni kalau nak cuti insya Allah takda masalah untuk dapat approval dari bos tapi aku sendiri rasa tak best bercuti sedangkan kerja di ofis berlambak untuk disettlekan. So bila dah settle (belum tender pun lagi projek tu) barulah rasa happy untuk bercuti. Tak gitu?

Aku ke Pangkor pada 5hb Oktober (Jumaat) yang lalu dan balik pada 7hb (Ahad). Maknanya 3 hari 2 malam lah. Lupa nak bagitau.. aku makan angin ke sana dengan Lin, Rose dan Ain; anak dara Rose. Lin dan Rose ni member time kami bergelar 'minah kilang' berbelas tahun yang lalu. Ala-ala re-union gitu.. Kami tak pernah lost contact since masing-masing berhenti kerja kat kilang tu. Jumpa memang jarang sesangat la tapi sms dan contact by phone tu selalulah jugak.

Aku dan Lin naik bas dari Medan Gopeng dan Rose fetch kami kat Stesen Bas Manjung. Sebenarnya tiket kami tu sampai ke Stesen Bas Lumut tapi Rose suruh kami turun kat Stesen Bas Manjung so kami ikut ajalah. Lagipun dia expert area sana. Made in Manjung lah katakan.. Hehehehe.. Sampai aja kami di sana, rupanya dia dah menunggu dengan anak dia si Ain. Lunch dulu dan terus bergerak ke Jeti Marina  Island dengan menaiki kereta Rose.

Di jeti, tiket naik feri ke Pulau Pangkor ialah RM10. Budak kecik kalau tak silap aku kena RM5.

Info: Tiket feri sebenarnya ialah RM15 untuk orang dewasa. Sesiapa yang ada 
membership card, dapat lah dengan harga RM10. Memandangkan Rose ada membership card (sebab dia selalu berulang alik ke Pangkor) so dapatlah kami dengan potongan harga which is dengan kad tersebut sampai 20 orang boleh dapat harga diskaun. Sesiapa yang IC nya beralamat di Pangkor a.k.a anak jati Pangkor, harga tiket ialah RM6. Tiket tu valid untuk pergi dan balik so jangan pandai-pandai buang tiket tu ke laut pulak lepas sampai kat Jeti Pangkor tu.

Para pelancong ada dua option untuk ke Pangkor dengan menaiki feri samada bertolak dari Jeti Lumut ataupun Jeti Marina Island. Masa perjalanan dari Jeti Lumut ke Pangkor ialah 40 minit manakala dari Jeti Marina Island ke Pangkor hanya 10 minit. Menurut kata 'tourist guide' tak bertauliah kami iaitu Rose di Jeti Lumut orang terlalu ramai; bersesak-sesak dan berebut-rebut untuk menaiki feri. Lepas tu aku pun jawab lah: "Biasalah orang Malaysia ni.. sume menda nak berebut! Entah apa yang nak dikejar pun tak tau!!"

So sampai di Jeti Pangkor terus aja Rose mencari Abang Lee; driver van teksi.  Abang Lee ni kenalan Rose kat situ. Minah tu selalu ke Pangkor so no wonder la dia boleh kenal dengan brother ni. Dengan bantuan Abang Lee ni lah kami dapat booking resort (kalau boleh dipanggil resort la). Mula-mula Rose cakap dia booking Suria Resort tapi at last Budget Beach Resort. Hah!! budget? Dalam kepala aku ni mulalah fikir macam-macam. Mesti ntah apa-apa resort tu. Dah nama pun Budget Beach Resort kan? <-- sisi jahat aku. So dari jeti tu kami bergerak menaiki van yang berwarna merah jambu (dah macam naik tren KTM koc merah jambu pulak! Hehe) ke tempat penginapan kami.

Info: Charter satu van dari jeti ke penginapan ialah RM15. 

So sampai di resort terus check-in. Bayar terus untuk 2 malam. Ingatkan ada potongan harga untuk government staff tapi rupanya yilek! Mula-mula ingatkan minah kat kaunter tu Melayu so aku pun tanyalah pasal special price untuk staf gomen tapi minah ni duk pakat geleng memanjang. Last-last dia bersuara.. ler... Filipino rupanya.. Cis!! So terpaksalah 'i sound silly when i speak in Malay, you see..' dengan minah tu. Bla.. bla.. bla.. dia call bos dia.. bla.. bla.. bla.. takda pun special price untuk government staff. Huhuhuhu.. Well, nama ja Budget Beach Resort tapi harga sama macam resort lain iaitu RM120 untuk semalam. RM120 tu untuk three pax. Kemudahan macam biasa; bilik ada air-cond.. hot shower.. cable tv.. free wi-fi.. kemudahan sewa kereta dan motor dan yang paling best ialah hanya 2 minit untuk ke pantai. Best kan?

Lepas solat kami keluar untuk menikmati udara dan pemandangan pantai. Lepas tu mandi laut. Err.. main kat tepi-tepi aja..

Memang berbeza segalanya sejak kali terakhir kami ke Pangkor 16 tahun yang lalu. Kedai makan banyak.. kedai jual sourvenir pun berlambak. Ahhh!!! dah panjang aku menulis nih. Korang layan je lah gambar kat bawah tu. Enjoice.. :)

Penjejak Mimpi: Memang terbaek!!

Welcome to Pulau Pangkor..
Time ni baru sampai kat Jeti Marina Island. Muka penat..(entah apa yang dipenatkan tu..)
Jadual feri. Kami naik pukul 3pm punya trip..
Jangan rapat.. jangan rapat...
Bergaya atas feri bersama sling bag kesayangan. Ekekekeke
Dah sampai pun akhirnya ke Pangkor. Dah cantik pun jeti nih..
Lyana Villa.. tempat kami melepak 16 tahun yang lalu. Lama kan? Sebenarnya kami cuba booking kat sini tapi dah penuh. Sedih rasanya... Ingat boleh mengimbas kenangan silam..:(
Deretan basikal untuk disewa. Basikal zaman dolu-dolu tapi dijaga dengan elok. Tengok basikal ni aku teringat basikal arwah atuk aku tuh. Hahahaha.. Sewanya ialah RM15 sehari. Sebenarnya teringin nak bergambar konon-konon naik basikal nih tapi segan punya pasal langsung tak bergambar. Padahal brader tuan basikal tu kasik aje..
Sebenarnya ini adalah basikal roda tiga yang menjual lempeng pisang dan pulut udang (time siang) dan jagung bakar (time malam). Harga jagung bakar ialah RM2.50 setongkol. Besar-besar jagungnya. Berbaloi lah dengan harganya. Aku tak kisah pasal harga janji sedap. Kalau bayar mahal tapi tak sedap memang aku marah! Penjualnya ialah orang yang sama yang menyediakan basikal-basikal zaman dolu-dolu (yang kat atas tu la..) untuk disewa.
Cik PM bergaya dengan selipar baru yang berharga RM10. Dowang tanya "kenapa tak bawak selipar siap-siap dari rumah? Kan dah kena beli baru?" Aku jawab: "Ahh!! tak kuasa aku nak bawak. Beli aje kan senang?"
Tengah cari port baik untuk lepak.. Usya-usya keliling..
Aku dan Lin. Ntah apa yang dibelek dek minah tu aku pun tak pasti..
Aku, Lin dan Rose.. Menikmati ais-krim sampai terpejam-pejam mata aku. Mula-mula aku cakap kat dowang: "Aku nanti nak makan ais-krim sambil menyusuri pantai" tapi dowang bantainya gelak kat aku. Kelakar kot pada dowang.. Tapi akhirnya aku berjaya juga menghasut dowang menikmati ais-krim tapi tak menyusuri pantai pun. Kami hanya duduk-duduk aje. Tukang tangkap gambar ialah Nur Ain Zulaikha (anak Rose).
Lagi muka aku dan Lin
Ni gambar dowang sedang berendam. Time ni aku dah naik.
Tengah teman si Ain bergayut kat tali tepi pantai.
Lagi pic aku dengan Ain
Mentari petang...
Aku suka pic nie..
Aku dan mentari petang..
Pic ni pun aku suka juge.. 

7 comments:

Anonymous said...

Menarik artikel ni. Saya suka baca dan gambar cantik terutama masa sunset. Ni yang nak gi Pangkor. Tima kasih.

Penjejak Mimpi said...

Anon: Terima kasih sebab suka membaca coretan saya. Sila lah berkunjung ke sana dan menikmati saat2 mentari terbenam.. Indah sungguh pemandangannya.. :)

Achmed Syafiq said...

assalamualaikum..sy asal kelantan and baru menetap d simpang pulai ..sy dh lama tempah hotel d pangkor tp mggu lpas my car excident..so bole x sy nk dptkan info bas dr medan gopeng ke pangkor?n kalau ada no taxi p xpe.yg mna boleh membantu perjalanan sy

Penjejak Mimpi said...

Achmed Syafiq: Terima kasih sudi menjengah ke blog ini. Untuk pengetahuan saudara, sekarang ini semua perkhidmatan bas dari Terminal Medan Gopeng telah berpindah ke Terminal Aman Jaya, Bandar Meru Raya, Ipoh.

Dari Simpang Pulai, saudara boleh dapatkan teksi untuk terus ke terminal tersebut. Pilihan lain ialah dapatkan bas dari Simpang Pulai ke Terminal Medan Kidd untuk dapatkan bas yang menuju ke Terminal Aman Jaya.

Ok, setahu saya tak banyak perkhidmatan bas yang menyediakan perjalanan ke Pangkor. Saudara boleh cuba perkhidmatan bas Shamiha atau Seri Maju. Yang saya ingat 2 tu aja. :)

Muga sedikit informasi ini dapat membantu saudara untuk bercuti ke Pangkor. Selamat menikmati pemandangan dan keindahan Pulau Pangkor.

Selamat bercuti dan terima kasih.

ami zzah said...

Salam...boleh dptkn no driver van tu x??? Urgent

ami zzah said...

Salam...boleh dptkn no driver van tu x??? Urgent

Penjejak Mimpi said...

Ami zzah: 012-5993602